Friday 9 December 2011

Warna kesayangan...

Youseff Abdullah, semoga perjalanan kau
sebagai muslim di muka bumi ini
berada di atas landasan yang betul..warnamu sentiasa memercikkan bias cantik pada kanvas hidup aku!
Hari Jumaat...
banyak warna muncul dalam kepala otak aku yang sudah sedia tepu
warna warna yang tercalit di kanvas hidup yang besar
yang diperoleh dengan harga yang sangat mahal
dan satu kanvas saja bagi setiap orang
warna kesukaan aku yang sudah aku calit pada kanvas hidup
merah jambu, biru langit, hijau serindit, biji kundang
merah kesumba, lemak ketam, mega mendung
dan banyak lagi...semuanya adalah warna kesayangan
dan apa khabar warna kesukaan aku yang di atas itu,
kau jauh di Derby, aku tak tahu bila
kau akan mendarat di kota lumpur
atau kau ada singgah di kota singa,
dekat saja jika kau mahu jenguk aku
walau ke mana kau memercikkan warna
aku harap kau ingat pesan dan doa aku
sampai bila.bila, aku akan berdoa untuk engkau
 kalau kau ingin tahu,
kau adalah  antara warna kesayangan aku!

Nota: Buddy, apa khabar warna kesayangan u? Alaa itu warna Joe Bastianich? Dan buddy yang ini bagaiamana warna Adele yang selalu buat kau pandu gila...hahahaha..selamat menikmati keindahan warna pelangi pada kanvas hidup!

18 comments:

  1. katanya dia tak mahu 'bau eropah'itu hilang dari dirinya...matcam-matcam kan..ngee!

    ReplyDelete
  2. ....warna sy warna-warni tau kak. hiks~

    ReplyDelete
  3. warna akak tak banyak, dua tiga calit je...dan memang x akan lusuh..

    ReplyDelete
  4. cat aku dah tumpah ke lantai, jadi aku buat keputusan nak me`lutsinar'kan dinding kat depan batang hidung aku. ada cara? 9alamak, tak dapat first pulak!)

    ReplyDelete
  5. ceitt..ko sengaja tumpahkan cat itu ya...aku ada cara, tapi aku nak ko guna cara ko sendiri...

    tak dapat first? apa peduli beb belog bukan apa-apaan pun...tak perlu risau kalau ko tak jenguk pun...

    ReplyDelete
  6. biasalah kalau dah galak sangat mengecat sambil terkinja-kinja, kaki dan tangan tak reti diam. terlanggar cat di lantai yang sepatutnya elok aku warnakan atas permukaan dinding. bukan aku je, orang lain pun turut terpalit sama. my mistake...

    tak dapat first. tidak...!

    ReplyDelete
  7. tak apa, ko boleh cari cat baru, rona warna yang lebih memberangsangkan...kau ada banyak masa untuk cari warna yang ko suka...

    hmm...sekurang2nya aku mengekalkan 'first' aku kat entry ko kan...haha!

    ReplyDelete
  8. jalur merah putih mungkin menarik...

    blog `longgokan sampah' aku nak buat apa. buang masa lagi ada. naaahahahaa!

    ReplyDelete
  9. Putih merah ek, ko suka kaler cab ya..
    Ko tau tak ko ada silence reader kat blog ko tu?

    ReplyDelete
  10. apa cat2 ni.. cakap direct je lah..
    memandu cepat2 balik rumah kalu ada masterchef US hanya kerana Joe...

    ReplyDelete
  11. Haha...SM tu cakap cat..dia nak cover line.
    Hmm kalau semua tu ada kat rumah, memang le I pun habis keje terus zass balik rumah...masak sama2.

    ReplyDelete
  12. LW : silence reader? jangan kau harap.

    NP : tahniah sebab kau suka masterchef US. tapi tarik balik kalau kau pun minat masterchit malaysia. dengarnya next season joe dah takde, digantikan dengan...

    LW : aku tunggu kau punya 2012 macam yang kau `bitau'.

    ReplyDelete
  13. SM, ya silence reader, ada wehh..aku tau sapa dia...O ya apa aku bitau kau pasal 2012? Lupa la weiii, tolong ingatkan aku bleh tak?

    ReplyDelete
  14. ada? hah, koya la kau! lupa? adui... ala, kau ingat sendiri la. hahahaa!

    ReplyDelete
  15. Sorry, ingatan aku merosot...aku x ingat apa pun...

    ReplyDelete
  16. pasal asstro la...

    ReplyDelete
  17. O ya...sedang diusahakan..aku tunggu penyewa baru masuk, then br blh masuk asstro.

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...