Tuesday 27 March 2012

Fasilitatorlah sangat...

Dulu masa form six aku jadi fasilitator di sekolah. Bila fasilitate budak-budak form five tu sampai nanges-nanges la derang macam insaf kan. Dan kami geng fasilitator ni rasa hwarghhh tarbiah kami berjaya nak sedarkan budak-budak yg lebih junior. Walhal kami pun masih perlu diberi motivasi oleh cikgu kaunseling.

Rasanya semua orang perlu motivasi untuk memajukan diri. Jangan nak bohong atau berlagak kata diri tak perlu motivasi, tu yang dok berdoa tadah tangan pada Dia tu, motivasi juga namanya...motivasi diri sendiri, meminta pada yang sudah pasti sudi memberi tanpa mengira waktu dan saat. Untung kan jadi hambaNya, sebarang masa boleh mengadu, meminta dan bertanya. Kalau mengadu dengan manusia, belum tentu ada yang nak tadah telinga dengar..kehkehkeh..tapi kalau korang nak mengadu pada aku...silakan...anytime..kalau aku tidur, copycat aku ada dok standby...hehehe...copycat tu..vampire!
Dan kadang-kadang aku berasa down..bukan kadang-kadang...senang citer sentiasa berasa downlah sejak kebelakangan ini sebenarnya. Bagaimana aku mengatasainya..

Bercakap dengan orang hebat, kita akan berasa hebat juga kerana aura kehebatan mereka itu begitu kuat = patut diteruskan.

Bercakap dengan orang yang sentiasa berfikiran negatif, kita pun akan rasa seperti tiada masa depan, takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana sentiasa dibayangi kerja yang tidak menjadi = hindarkan!

Dan bercakap dengan orang yang mengetahui apa yang dia boleh lakukan dan nak lakukan = kita akan berasa teruja. (Opportunities don't often come along. So, when they do, you have to grab them.-- Audrey Hepburn)

Dan pagi tadi sambil bercakap dengan seorang 'uncle' yang aku hormati kerana pengalaman, seniority, budi bahasa, teladan dan segala bagai yang membuatkan aku berasa positif, ternyata amat mengujakan. Dan aku tahu pengalaman mahalnya yang dikutip sepanjang dia berkhidmat di luar dan dalam negara dalam bidangnya tidak ada di mana-mana sekolah sekalipun, sebaliknya aku perlu belajar dan menuntut daripada dia sendiri. 

Sebelum ini aku berasa buntu dengan apa yang nak dan sedang aku usahakan, tapi masa yang dihabiskan dengan 'uncle' mentor aku ni selama sejam lebih membuatkan aku berasa seperti berada dalam kelas yang mengajar subjek ‘hospitality’ selama sepenggal. Dan lecture yang diberikan adalah percuma...percuma! Justeru, aku tidak boleh melepaskan peluang yang ada.

Sebelum ‘kelas’ itu berakhir, itu uncle hulur pada aku satu beg kertas kuning..ahhahh..nak tahu apa ada di dalamnya? Dia baru balik dari London...jeng!!!
 
Mouse pad dan mug coaster berhias big ben..London...hehe..uncle ini memang tahu aku suka berangan...! mekaseh uncle, hadiah uncle aku hargai, dan lecture uncle juga aku dah sealed ketat2 dalam kepala.

26 comments:

  1. Teringat kisah ms belaja dulu. Selalu klu ms orientasi, fasilitator selalu saiko kami dgn cara yg memberi kesedihan. Nak bagi semangat nie tp cite mende2 yg sedih. Cite psl mak ayah berkorban utk kite la, itulah..inilah...Hati sy mmg sayu, luruh dan terasa kesedihannya. Mslhnye, ms mude2 dulu...sy mmb tak pandai nak menangis dpn2 khalayak ramai. Mcm ne kene pakse pun. Smpi kene jerit2 dgn fasilitator. Ada sorang fasilitator siap pakse suh sy nangis gak. Lagilah bt sy ketawa. Ntah pape...ending, stil tak nanges. Hahahahah...

    Tapi kan kak, nape bile umur makin meningkat....makin mudah air mata nie nak mengalir bile cite bab mak ayah? Hahahaha....

    ReplyDelete
  2. Mommy Fara,
    Ya perkataan tepat adalah saiko...akak masa jadi fasilitator dulu memang banyak la saiko budak2 student yg lebih muda dan kami berjaya suntik semangat kepada mereka walaupun kami sendiri memerlukan motovasi untuk menghadapi STP pada masa itu. Kini bila dah berusia, pun masih memerlukan motivasi juga...dan mungkin juga sebab Fara sudah memikul title parent, perasaan jadi lebih sensitif apabila mengingati pengorbanan ibu bapa kita sendiri. Bagi akak sendiri, segala-galanya mengenai ibu bapa adalah sangat berharga dan mengesankan...

    ReplyDelete
  3. Tak kira tua atau muda, kita sentiasa memerlukan motivasi. Ada masanya rasa sangat murung, patah semangat, bercakap dengan seseorang yg sangat positif can do wonders. I like.

    ReplyDelete
  4. Ya Kak Dinas...saya kerap mengalaminya..rasa tidak tahu mahu buat apa. Nasib saya baik kerana ramai rakan masuk ke blog ciput ini sangat membantu saya termasuk kakak juga..:)

    ReplyDelete
  5. aku ni tergolong dalam orang yang macamana? (orang botak kot)

    ReplyDelete
  6. SM,
    ko orang baik-baik...sebab ko memang sentiasa memotivate blogger lain..

    ReplyDelete
  7. memotivate? hahahaa, dengan kata-kata carutan? hahahaa...! power ar. kau memang positive thinking...

    ReplyDelete
  8. carutan ada kalanya diharuskan. kalau orang buat jahat atau aniaya ko, takkan ko nak senyum manis dan kata terima kasih kan..

    kalau aku...tak lain dan tak bukan paling hanjjj pun aku sebut shilake atau vahvi...tak pun foohkee%$#@ je la kan...ini adalah sisi aku yang gelap...so ko jangan tiru..

    part motivate lain citer..masuk kandang ular, membelit, masuk reban angsa..menggigit...masuk ladang buaya....ngap!

    ReplyDelete
  9. i don't get it with your last para.

    ReplyDelete
  10. is ok..i refer to your statement actually:

    memotivate? hahahaa, dengan kata-kata carutan? hahahaa...! power ar. kau memang positive thinking..

    boleh?

    ReplyDelete
  11. Whoa! Motivation gives us spirit!
    Awesome people gives us confidence!
    I bet you must be an awesome facilitator!
    The Aura of the successful people :D!

    ReplyDelete
  12. makin aku tak faham...

    ReplyDelete
  13. SM,
    macam mana ya aku nak memfahamkan ko ni...nanti la...bila2 ya..hahaha..

    ReplyDelete
  14. ha, hok ni kawe paham...

    ReplyDelete
  15. bhahahahaha...moleklah kalu demo pehe doh..

    heippp sila masuk barisan!!

    ReplyDelete
  16. barise gapo dio? kawe barih doh!

    ReplyDelete
  17. masa blajar dulu iya lah....dah kerja ni jarang dah pi seminar2 begini

    ReplyDelete
  18. aku hari-hari motivatekan diri aku... sebab sekarang aku tgah down dan aku tak ada sesiapa nk disharekan cerita selaian daripada DIA....

    Yaa.. motivasi itu perlu... Aku tahu. Tapi penat juga nak notivatekan diri... hehehe. Wish me good lluck.. =D

    ReplyDelete
  19. SM,
    Ko cakap bahasa German ya aku tak faham...haha


    TP,
    Bukan seminar tapi motivasi diri sendiri..bro Lu tak baca habis ek entry tu...


    ReenApple,
    Jom lah kita sama2 memotivasikan diri sendiri..lebih baik kita percaya kepadaNya dan diri sendiri dulu sebelum percaya kepada orang lain...

    ReplyDelete
  20. Liselle,
    Well I'm not a good motivator but I always try to inspire others with my positif spirit..

    ReplyDelete
  21. salam LW


    alhamdulillah

    kita sebagai manusia yg penuh kelemahan sentiasa cuba memperbaiki diri , takda manusia yang sempurna melainkan Allah

    bapak ada kirim keta mr beans kat uncle tu, tapi dia tak boleh bawak balik hhehe

    ReplyDelete
  22. Salam Bapak,
    Owh keta Mr Beans, alahai apa kata bapak pergi sendiri beli kat sana..mesti lagi meriah boleh pilih kaler mana yang suka...hehe..

    Alhamdulillah, kita sebagai hambaNya mesti cuba yang terbaik...

    ReplyDelete
  23. betul betul...menipu la kalau katakan tak perlu motivasi.hidup ni,bak kata orang,ibarat roda...kejap atas,kejap bawah...dan bila bawah tu,masa tu la pentingnya motivasi untuk naik balik ke atas...no man is an island.

    :)

    wahh wahh...dapat benda dari Londonnn lorhhh! niceee !

    ReplyDelete
  24. Mr Clive,
    Yippiee!! Kan..motivasi memang penting untuk mendorong kita mengatur hidup dengan baik...thanks for your motivations about reading a book tu ya...hehe

    Ya..itu souvenier London mari..

    ReplyDelete
  25. tak terbeli pulak i mouse pad gambar big ben... tak per, nanti pegi, beli lagi...

    ReplyDelete
  26. i pun tak nampak benda ni masa pi..ini diberi oleh blogger Uncle815..nanti kalau ada peluang p lagi nak beli juga...

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...