Wednesday 27 February 2013

Stim di lorong belakang...


Sejak dua tiga hari ini, aku stim memanjang. Bila duduk kat lorong belakang, dengan cuaca redup dan angin sepoi-sepoi bahasa…memang stim. Bukan stim sekali, tapi dua kali stim terus. Kira pakej la, kalau stim sekali jer tak sempat nak rasa kenikmatan stim tu, so kena ambil pakej dua kali stim, baru rasa lepas gian.

 
Ehh ini bukan stim kebiru-biruan tau..tapi ini stim yang mengenyangkan..roti stim uncle senget…perghhh! Sekali pekena pasti nak lagi dan lagi. Rotinya gebu dan lembut sangat, selalunya kalau order, kena order sua set baru terasa kesetimannya. Kenapa stim? Sebab seleas disapu kaya, uncle tu akan letak roti tu atas dulang panas sekejap ala macam kita stim food lenlain tu kan, Cuma stim roti ini adalah biasa2 jer. 

 
Lorong belakang pula ialah sebuah kedai kopi lama yang sempit, ada kipas lama dan kerusi yang digunakan juga kerusi oriental yang sudak kusam tapi keadaan begitulah yang buat kedai kopi wai man kat jalan bangsar sentiasa penuh. Dan ia halal. Bahagian depan untuk hard core dan pengkopi tegar manakala bahagaian dekat lorong belakang untuk pelanggan yang nak stim senyap senyap seperti kami…boleh bayangkan kedai kopi lama yang pengunjungnya semua slow motion..kipas berputar malas, pelayan lelaki tua yang sangat baik dan cashier juga adalah apek tua yang tak berkira.

Lepas tu order pulak yee mee kantonis, lepas tu tambah satu cawan lagi the tarik, lepas tu beli kacang bepang dan lepas tu rasa nak order kuetiau kicap pulak..haishh balik rumah je sambung stim dengan bantal tilam..jadi stim sampai pagi…!

41 comments:

  1. adoi...sy tgk pun stim
    konfem lepas makan minum itu teringat tilam bantal je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      roti tu gebus gila..sama gebus dengan pipi...rasa nak kunyah lama-lama sebab gebus dan lembut sangat..ekekek!

      Delete
  2. masalahnya bila nak bawak i nih? tu masalahnya..cuba fikir..ha ha ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne,
      masalahnya ialah...kedai uncle senget ni hanya dibuka pada hari bekerja..so kalo u nak stim lorong belakang, sila datang jumpa hari bekerja eh...kikiki..sehingga kini u telan ayak lioq dulu yer...

      Delete
  3. tang stim kat rumah tu memang stim lain tu... bukan stim roti aku syak.... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      Haishh kat rumah aku menstimkan diri bersama bantal busuk, tilam empuk dan aircon nyaman sepoi2 bahasa..pergghhh aku boleh tdo 12 jam terus menerus...jangan jeleszz!

      Delete
  4. Teringat masa akak kecik2 dulu, kopitiam yang dekat NewYork hotel di JB tu....tiap tiap hari akak bertandang....beli roti stim untuk abah dan roti bakar untuk akak...pastu abah suruh beli air kopi O kaw yang diletak dalam tin susu dan ditengah2 tin tu dilubangkan dan di ikat dengan tali rafia......ya tempat akak dibesarkan sekarang ada Hotel dan juga Banafe Cafe yang empunya nya tentulah Betty Banafe si artis tu.....dan kopitiam yang dulu setia menunggu akak datang pun telah berkubur disitu.....juga kawasan2 perumahan sekali yang ada sekarang deretan Cafe2 baru, hotel2 dan tempat cuci kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      New York hotel tu femes hari tu sebab namanya kemain gempak tapi service choy.. kawan saya bitau hotel tu teruk.

      pasal roti bakar tu kami kalau masa arwah bapak saya ada, dia suka roti paun yang mak saya beli kat kedai roti di bandar pasir mas. dia tak suka roti gardenia, kalau boleh katanya nak roti paling murah, baru kena dengan tekak dia. kalau air manis, dia akan buat sendiri sendiri sebab katanya kalau mak saya buat tak kena dengan taste dia..lagipun bapak saya jenis tak minum kedai kopi, dia akan minum senyap2 air milo yg dia buat sendiri kat satu sudut di dapur rumah kami...

      Delete
  5. bila nak ajak saya layan stim ni hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg bro aka el mariachi
      hmm tu la pasal kan ..saya pun bila suntuk hari baru free..tu pun dengan ehsang kengkawan, depa tolong order, saya pi makan jer then terus cabut..takut bos carik..

      Delete
  6. tajuk tak menahan tu. mmg best layan roti bakar dgn kopi atau teh. lebih2 lg kalo time br lps hujan. uuuuuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti
      tajuk gempak habis kan..masa dok tulis entry ni itu jer yang akak ingat, lorong belakang dan stim je mata bila nengok roti gebu putih tu..iskk ni pun teringat akan kelembutannya..seb baik tadi akak dah makan net bread..

      Delete
  7. Stim yg macam ni akak memang berkenan sesangat. Nak jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas
      mehh aaarr turun KL kita stim sama-sama nak..hihi:)

      Delete
  8. Pergh...baca pun dah stim! Kat mana ni? Boelh stim sesama! Hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle,
      Kat belakang Lias..nanti lain kali mai kita pi pekena roti stim ni naaa...

      Delete
  9. mak aihhh...tajuk dia...seremmmm sejuk dibuatnya. haha!


    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza dear
      hehehe penangan lama tak up entry, sekali buat terus howt..hahaha

      Delete
  10. Umang aiiii..
    Gatal je jari nak klik bila tengok tajuk..

    P/s;
    Akak dah balik dari bertapa ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sham
      dah balik bertapa ya? Yess so maknanya kami dah boleh visit kak sham ya..

      hehe tajuk je gempak sist..kikiki

      Delete
  11. Salam ziarah dari Sun.
    Kalau sudi, jenguk2 la kita pulak ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sengeh mentari
      wasalam..thanks ziarah..okeh nanti akak ziarah awak juga..

      Delete
  12. salam Lady Windsor

    lama tak singgah sini....... sedapnya yee mee kantonis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mystorypic
      Wsalam..tq singgah, kita pun tak sempat BW walaupun dalam hati ni rasa nak ambilk cuti sebulan khusus nak BW..

      Delete
  13. adeh.. dah lama aku tak jengguk sini LW..

    memang nak jengguk.. nak baca dari patah ke patah dari bait ke bait.. tapi berukband selalu tak izin. rasanya kalau nak ke blog LW aku nak nikmati dgn baik-baik hidangan di sini.. tapi sudahnya hidangan demi hidangan terbazir tanpa di sentuh oleh lidah dan mata hahaha..

    * pasal hutang tu. biar dulu. aku pun sibuk. kononnya nak print more tapi smpai sekarang tak print2 lagi hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong
      Ya Rabbi ko tau tak aku rasa tak cukup tanah nak melangkah..keje amat menekan dan aku setiap malam semput balik keje jam 10..tak sempat nak buat buku, balik je akui terus membuta dan nak BW pun langsung tak sempat. rasa rindu nak bw dan berfoya-foya di blog korang semua...huhu

      Delete
  14. kak, bawak bertenang. makan tu tinggalkan sikit kat kita. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa,
      hahaha ehh bila nak turun KL, bawak dah Hana, Hatta dan Hasif gi makan roti stim..:)

      Delete
  15. ini baru sempoi sis....sangat2 sempoi i like.

    ReplyDelete
  16. Kalau ada satu kopitiam ni, lagi stim...hahhaa..

    dia bakar roti dgn dapur arang....fuhhhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ
      wahhh bakar roti dapur arang, mesti bau marbeles tu..sedap!

      Delete
  17. Hahaha Shasha....akak sendiri pun tak pernah tidur hotel tu.....lalu kat situ semata mata nak kenang zaman kecik2 kat situ atau nak makan kat banafe cafe je.

    Hah abah akak pun suka buat air sendiri..dia suka buat air teh yang wangi2 tu...makan yamg serbuk punya....pastu dia goreng nasi...nasi goreng arwah abah perg terbaik lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa kak Sha..abah saya pun pandai goreng nasi..nasi goreng dia virgin habis..nak tau nape virgin? sebab dia memang letak minyak dan garam jer lepas tu pecah telur..memang sangat plain nasi goreng tu tapi ya Allah sedapnya sampai la ni teringat-ingat kak..

      Delete
  18. salam LW, kita mendarat kat sini dari net, terbuai laju laju gituh, hahaha, tq polo kikta, kita nak polo awak tak tau camner ah..ok tu je nak cakap, bai jual roti..kikiki

    ReplyDelete
  19. They are working on the p-stim aren't they?

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...