Thursday 9 May 2013

Casa Del Mar...

Ada banyak sebab kenapa kita mengingati seseorang. Kerana kebaikannya kah, atau kerana kekhilafan yang pernah dia lakukan pada kita? Kalau merujuk pada fikiran aku, kenapa aku ingat dan suka seseorang itu, sudah pasti jawapannya ada tiga jenis. Jawapan skima: saya suka dia sebab dia baik pada saya! Danggggg plastik sangat jawapan ini kan. Okeh kita bagi jawapan malu-malu kucheng sket: Saya suka dia sebab dia sangat istimewa...ada la kenapa..takkan saya nak bitau kan..! Hah..itu jawapan malu-malu kucheng. Okeh jawapan aku: Aku suka dia sebab dia ada ciri-ciri yang aku minat..antaranya ada sedikit uban pada rambut, sebab dia tukang masak dan sebab dia lebih bijak dari aku! Correct!

Jadinya pada suatu hari, aku balik kg naik keretapi..ada la rakan ni sibuk offer diri nak teman chat sebab katanya tak mau aku tertidur dalam train, bimbang ada pencopet katanya. Jadi sepanjang dalam train selama hampir tujuh jam, dia sms aku non stop. Aku tak pasti berapa RM dia melayang. RM aku pun banyak jugalah tapi sebab post paid, aku tak tahu berapa jumlah. 
"Jangan tidur ya..kita bersembang.."
"Okeh..boleh jer..ni nak tanya, apasal kalau masak kari, kari saya cayor jer..?"
"Ya ke..tak cukup santan kot. Macam mana selalu masak kari?"
"Macam biasa....bla bla bla..."
"Pandai dah tu..."
"Eh macam mana saya nak buat tiramisu halal?"
"Senang je,..gini..bla bla bla.."
Sampai lah ke jam 5 pagi, dia masih menghantar sms dan aku pun membalas sms dia. Dari traditional cuisine sampailah ke western cuisine, rasanya mau khatam satu buku masakan aku tanya. Bila train sudah sampai, aku kata dah sampai ke destinasi. Dia kata ok, dia pun nak balik rumah sebab dah habis tugas di dapur hotel. Bila aku tiba di rumah, dia sms nak pastikan adakah aku benar2 tiba di rumah.
"Ya Chef saya dah selamat tiba.."
"Ok gud, saya nak balik rumah.berehat, nanti petang saya sms.."
"Tq.."
Dia pun balik, aku pun dah sampai destinasi. Cadangan demi cadangan mahu mencuba masakan istimewanya di dapur Casa Del Mar di Langkawi tidak kesampaian. Aku kira kini dia pun sudah bersara, atau kalau tidak pun, sudah bertukar hotel. Peristiwa ini berlaku beberapa tahun lepas.

Casa Del Mar, antara hotel terbaik dalam senarai pelancongan dunia. Ada sebuah di Melaka dan banyak lagi di serata dunia. Antaranya  Hotel Hospes Palau De La Mar yang terletak di Valencia, Sepanyol. Hotel mewah ini sangat mengujakan untuk dicuba. Hmm tak dapat pergi Casa Del Mar di Langkawi, dapat menginap di Palau Casa Del Mar Valencia di Spain pun jadilah ya..here i come! Danggggggg!!!!
Hmm mana satu akan jadi bilik gua ni..
U olls cer bayangkan ada sorang blogger nama LW berdiri di pintu kaca hitam tu, sentap tak? Kuikuikui jangan marah...owhh berangan adalah kesedapan tak terhingga...

21 comments:

  1. LW, Sham ... Ini minggu buah berangan ye ... good good ... rather than tengok air keruh banjir yang belum reda :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Real Life
      A ahh yer, kita memang sker verangan ni..lepas sambung..sambung lagi..kikiki

      Delete
  2. Bestnyerr..dia nak gi holidays kat oversea lagik.Sampai sana nnt, kim salam ngan orang Sepanyol yer.Jgn nakal-nakal tau.huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza
      dear kalau i nak naka nakal juga acane?
      hihi...

      Delete
  3. lepas baca entri ni, baru saya tau kewujudan hotel casa del mar kat Langkawi tu..harga boleh tahan..hahaha...ada la option lain kalau gi langkawi nak habiskan duit selain melepak kat The Datai..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy Ziyad
      Wahhh nak lepak di Casa Del Mar..??
      Kelaszzzz!

      Delete
  4. kak... ko kalau gi mana2 jgn lupa belikan aku FM tau.


    (tak malu mintak.. hehe)


    .

    ReplyDelete
  5. kak... ko kalau gi mana2 jgn lupa belikan aku FM tau.


    (tak malu mintak.. hehe)


    - aku copy/paste sebab malas nak menaip-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dino, akupun nak jugak...

      "kak... ko kalau gi mana2 jgn lupa belikan aku FM tau.


      (tak malu mintak.. hehe)


      - akupun copy/paste jugak sebab malas jugak nak menaip-"

      .

      Delete
    2. TasekM, Nizam.Ariff, Sepa

      sebab korang copy paste, so aku jawab sekali je la ekk..

      'BAIKLAHHHH!!!!'

      hahahaa...

      Delete
  6. Dari Spain nanti langsung terus ke Jerman eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah,
      Eh tak laa, lepas Spain balik KL jap..Jun ke sana InsyaAllah..

      Delete
  7. oh okay jalan jalan sampai ke tulip ye ... okay then "Hasta MaƱana" :) all foreign phrases tamparan zaman muda Mills & Boon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Real Life
      Hehe..insyaAllah kalau tabung penuh memang boleh jalan2 ke mana saja..hasta manana..kikiki..;)

      Delete
  8. dekat kemaman,terengganu ada satu bangunan nama casa limbong. pergi la tu, casa jugak tu.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong
      Baiklahh,nanti kita pergi casa limbong tu..hik!

      Delete
  9. Sungguh baik hati si peneman SMS itu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas
      a ah tapi org baik ni cepat nau hilangnya..

      Delete
  10. tak terkata ;)
    pastinya akak sgt istimewa sbb snggup bersms smpi berjam2 lamanya

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...