Tuesday 28 May 2013

Semoga Rose cepat sihat...

Sehari sebelum saya berlepas ke Spain, dia (Rose) menelefon saya bertanya mengenai perkembangan cuti yang saya mohon selama dua minggu pada hujung Jun ini kerana kami akan melalui perjalanan jauh. Katanya pada saya di hujung corong telefon, cutinya sudah diluluskan ketua unit dan dia hanya menunggu lampu hijau daripada saya untuk membeli tiket ke destinasi yang kami sudah tetapkan. Saya katakan padanya, hati saya sedikit celaru memikirkan cuti yang belum berkeputusan lantaran ketua saya tidak memberikan sebarang kata putus. Dia mohon saya bersabar, katanya mungkin selepas saya balik dari Spain, saya boleh bertanya terus kepada ketua saya mengenai permohonan saya memandangkan saya sudah hampir lima bulan tidak bercuti.

Semalam saya masuk kerja dan bertanya kepada ketua saya, jawapannya masih lagi belum ada keputusan mengenai permohonan cuti. Hati saya semakin walang kerana jika kami membeli tiket saat akhir, harganya berkali ganda. Kami sepatutnya membeli tiket seminggu sebelum saya ke Spain tapi disebabkan oleh masalah teknikal yang sudah dijangka, kami tangguh dulu menempah tiket penerbangan secara online walaupun persiapan lain sudah berada pada tahap akhir.

Sehingga tengah hari semalam, saya sudah berjaya memujuk hati supaya menerima sebarang keputusan sama ada permohonan cuti saya diluluskan atau tidak, saya sudah tidak peduli.Sekitar jam 3 petang, dia menelefon saya dengan berkata sama ada saya mendapat cuti atau tidak, kami terpaksa membatalkan perjalanan jarak jauh yang sudah kami rancang. Saya makin keliru kerana dia membatalkan secara tiba-tiba.

"LW, dapat atau tidak cuti, itu lain perkiraan. Kita terpaksa batalkan rancangan kerana saya kini berada di dalam wad..." suaranya tidak menunjukkan sebarang kesakitan.
"Kenapa? Sakit apa?" saya bertalu-talu bertanya.
"Saya kekurangan darah. Semalam sudah dua pain dimasukkan. Bacaan sudah bertambah tapi menjelang petang ini, ia kembali berkurangan..." katanya dalam nada terkawal.
"Apa masalah penyakitnya? Doktor ada bagitahu apa-apa tak?" Hati saya makin bergetar.
"Tak ada. Petang atau malam ini, doktor kata nak buat scan.."
"Ada mengalami luka? Period berlebihan?" Saya mengasak dia dengan soalan bertalu-talu.
"Tak ada, tiada sebarang titisan darah keluar dari liang roma saya, saya tidak mengalami haid dan tidak luka. Cuma saya risau jika ada pendarahan dalaman. Kena tunggu keputusan doktor.." katanya.

Saya berasa sedih apabila mengingati keadaannya, sahabat saya yang baik budi, kami bekerja satu aras cuma dia di unit lain dan saya di unit lain. Orangnya cantik, kecil molek, berkulit kuning langsat dan seusia saya. Saya berdoa semoga Allah memberikan dia kesejahteraan dan kesembuhan segera walaupun kami sudah sepakat untuk tidak meneruskan perjalanan kerana katanya dia tidak tahu berapa lama dia perlu berada di dalam wad.

Kepada sahabat yang sudah bersedia menumpangkan kami di kediaman mereka sekiranya kami jadi 'mengembara' ke destinasi berkenaan, setakat ini saya tidak dapat memastikan jadual perjalanan kami kerana apa yang penting ialah saya ingin melihat rakan seperjalanan saya sembuh dan sihat seperti sediakala.

Saya mohon doa anda yang singgah dan membaca entry ini walaupun anda tidak mengenali dia. Walaupun anda sekadar menyebut, "..semoga Rose cepat sihat," saya sangat menghargai usaha anda. Terima kasih yang tidak terhingga...


15 comments:

  1. Semoga Rose cepat sihat dan dapat meneruskan mengukur bumi Tuhan...

    ReplyDelete
  2. Salam LW,
    semoga rose cepat sembuh dan sihat seperti sediakala..

    ReplyDelete
  3. spain? bestnyeeee....moga rose cepat sembuh yea...

    ReplyDelete
  4. semoga Rose cepat sihat ye
    sesama kita doakan wpun sy x kenal :)

    ReplyDelete
  5. Bi'iznillah.. semoga Rose cepat sembuh.

    ReplyDelete
  6. saya dengar semalam...saya pun turut terkejut...moga Allah memberi dia kekuatan

    ReplyDelete
  7. Nizam.Ariff, blu4sky, Henrietta Jose, Irfa, Shamsiah Abdul Rahman, Cekem Mirza...

    Terima kasih semua bagi pihak Rose..dia dalam keadaan baik walaupun doktor belum mengetahui punca utama berlaku situasi berkenaan kepadanya..

    ReplyDelete
  8. Semoga dia cepat sihat. Amin.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. reenapple
      alhamdulillah,
      dia dah ok..walaupun
      sakitnya itu masih misteri..

      Delete
  9. moga rose cepat sembuh.

    kak.
    bapak saya sakit sama mcm rose tu la.


    .

    ReplyDelete
  10. Semoga Rose cepat sembuh, amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Dinas
      Thanks,
      dia balik kg berehat..
      tapi dr pun tak tahu kenapa jadi gitu..

      Delete
  11. moga rose cepat sembuh..

    nak ke spain...??? nak ikooott...

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      i dah balik dr spain pun...

      rose dah ok..

      Delete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...