Monday 27 May 2013

Singgah Doha kejap...

Kali terakhir menempuh perjalanan yang lebih daripada 10 jam ialah pada 2010. Masa tu aku rasa naik kepam vontot sebab terpaksa duduk dalam tempoh waktu yang lama. Sebetulnya mengambil masa 13 jam, tapi masih lagi ok sebab kiri kanan adalah individu yang aku kenal, jadi pok pek pok pek la kan..tapi minggu lepas lagi lama..17 jam..campur transit segala bagai, jadi 30 jam dan melebihi sehari semalam. Nasib baik ada tempat boleh mandi tapi baju tak tukar sebab semua barang dalam kargo.
Hukum pertama apabila ingin berjalan jauh ialah kena bawa hand luggage dan ada baju yg boleh tukar. Kalau tak, memang spray minyak wangi je la jawabnya. Aku masih lagi bernasib baik sebab kami berempat dan tiga daripada kami tak tukar baju..hanya N yang tukar baju. SW dan J sama macam aku, buat je apa yang patut. Bayangkan daripada KLIA, kami terbenam tujuh jam dalam Qatar Airways..yang buat hati sejuk ialah jejak saja lantai aircraft, depa dah tanya nak minum apa. Perghh..lega hati mak. Dah la penat angkat beg sebab panas, tetiba tekak siram dengan orange juice, terus jadi cool. Lepas tujuh jam, kami sampai di Doha Airport jam 1 pagi. Minda fenin sudah sebab nak adjust masa..
SW kata: LW..pls adjust ur watch or else u gonna get sleep problem.
Aku kata: I can't, kalau adjust lagi rasa lost. Let me stay with Malaysia time and hp will be local time..dan penyudahnya jam 1 pagi waktu Doha kami makan sushi sejuk di Business Lounge di Doha Airport..
Ya Allah..sangat cantik padang pasir waktu malam, dan menjelang pagi..keadaannya semakin cantik kerana Subuh mengerlip dengan lampu neon sekitar airport. Walaupun tak keluar dari airport, aku boleh lihat dari dinding kaca..Doha ada bangunan cantik..padang pasir pun nampak cantik. Mak jakun hokeh! Tujuh jam transit rasa sekejap sebab kami boleh makan, mandi dan sibuk berinstagram..o ya orang lain mungkin dah lama dengan instagram. Tapi aku ni baru nak mula dan sedang howt dengan benda tu..rasanya instagram lagi fun berbanding FB sebab hanya pic yang banyak cerita, tak payah tulis banyak. SW pun suka dengan instagram.
Business Lounge di Doha Airport..besar dan luas..paling best ada banyak food station haha ini yang mak suka..sat naa..next nanti kita goda-goda mata dengan pelbagai jenis menu..
To be continue..sleepy sudahh..Zzzzz..zzz

27 comments:

  1. Oooo... cemburu. Aku harap kau tak tambah rasa cemburu aku dengan post gambar3 makanan. Aku on diet skang ni. Mih mih mih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reenapple
      tungguuuu..jangan cemburu hihi!
      Aku pun diet, diet atas angin..haha

      Delete
  2. syoknya makwe ni...
    lepas ni fly mane?
    nak itot!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog tips..
      tak de fly mana dah..
      duet da habes...haha

      Delete
  3. Weh lama tu dalam flight, kebaih la aih. Akak tak pernah naik flight lama sampai camtu. Ada tempat boleh mandi rupanya eh & kena bawak baju salin. Okeh. Check.

    Jangan lama2 sangat nak sambung cerita ni na. Akak tungguuu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas
      kalau boleh saya nak siapkan jurnal perjalanan ini secara lamsam jer tapi mood macam putting beliung..acaner tu kakak saying..:)

      Delete
  4. doha? betsnye....err.mkn sushi sejuk jam 1 pg? itu xbest...ekekeke...

    psss...oo ada erk marmalade...rietta pown xtaw...org ksi pown dh kira sykur alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rietta
      yer makan sushi sejuk, sangat tak best. tapi sebab lapar, kami slowly telan..uhuk!

      pstt marmalade rasanya lagi sedap, kita suka!

      Delete
  5. salam LW,
    aii terlepas ke doha...isshhh isshhh isshhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. blu4sky
      a ahh terlepas selama tujuh jam
      jenuh la meronda sana sini
      bilik air pun mewah..ekekeke

      Delete
  6. Hamboih kak....jauh travel kali ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. farah,
      kebetulan ada orang murah hati bagi tiket flight business class, jadi kami-kami pun berfoya-foya la di beberapa perhentian melepaskan penat lelah...

      Delete
  7. La ni suboh dah awal.
    Kul 3.15 dah masuk waktu.. tu sbb cepat terang.
    Btw, Doha mmg cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sham,
      ya la kakak, jenuh saya nak adjust mata supaya tidur ni, tak juga mengantuk. hari tu masa sampai sana, nak adjust masa sana, pun seksa juga..

      Delete
  8. wow..dah apdet ;)
    suka baca kisah org lain
    x sabar nak tahu kisah seterusnya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      hehe..okeh darling nanti kita share share yer..

      Delete
  9. salam LW

    Qatar Airways rasanya servis bagus dan tip top,
    hari tu bapak naik Saudia masa pegi servis teruk hingga ada yg pi komplen kat ketua pramugara dia , pramugari dia malas sikit

    Kesian kat org yg dah berumur,
    bila tanya air, pramugari dia madang jawab "finish, finish" hehehe

    padahal depa malas nak pi ambik

    Masa balik , OK pulak , minta jelah air dan depa hantar punya

    Tu mesti LW dan cliks pi London kan kan

    Cuba satu hari LW naik Emerates atau Itihad psl servis depa pun tip top

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bapak,
      setakat ini Qatar Airways cukup excellent pada saya sebab dalam empat penerbangan yang saya cuba, kesemuanya sangat rajin melayan kita orang yang sangat jarang dapat duduk business class secara percuma. jejak kaki jer depa dah Tanya nak minum ayaq apa...perghhh! kami pun suka suki je cakap nak oren juice. lepas ti pramugari cantik manis siap Tanya nak apa-apa lagi tak..adehh cayor le kata teman...

      Saudi ok pulak masa saya naik tahun lepas dan KLM agak bengang sebab depa arrogant bila tengok org Asia yg saiz kecil.

      Japan Airline saya ada pengalaman bagus juga dan MAS sudah tentulah sangat terpuji. O yer Emirates pun saya ada pengalaman suka hati juga...hihi.

      Bapak kami pi Valencia, Spain. Transit di Doha dan Madrid..perjalanan yang sepatutnya 17 jam jadi 30 jam sebab transit lama di setiap epot..

      Delete
  10. 7 jam transit? wowwww!

    Saya tak pernah sampai epot Doha tu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daddy ZIyad,
      yer 7 jam transit, puas kami tidur baring dan berfoya-foya di airport tu. kira macam tidur jaga macam rumah sendiri..haha

      Delete
  11. jauh jalan, kak.?! dah hilang jetlag.?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa,
      belum hilang..ni masih tak boleh tidur walaupun jam 2 pagi sebab kat sana baru nak masuk 7 malam..adehh penat lagu ni nak sampai seminggu..

      Delete
  12. bahagianya hidup jenjalan ni kakkk... :)


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Tasz,
      memang bahagia hidup jenjalan jer kojenya tapi lepas tu perang badar nak siapkan report kat bos..huhu

      Delete
  13. LW,

    Bestnyaaa... nak jeles pun tak mampu rasanya ni, so, tumpang bahagia jer la.. hahaha...

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...