Wednesday 19 February 2014

A Karim Sulaiman

Saya mengenali beliau sejak 1996, tapi sekitar 2005 baru saya berpeluang berbual dan mengenali beliau lebih dekat. Ketika itu beliau baru pulang dari London setelah bertugas beberapa tahun sebagai koresponden di sana. Balik KL, beliau menjadi Editor di Unit Rencana dan ketika itu saya di Unit Joran, BH.
 
Beliau meminati lagu lama dan beliau yang saya kenali juga menjadi tempat rujukan beberapa DJ tersohor kerana pengetahuan dan minatnya terhadap lagu lama. Saya masih ingat beliau menunjukkan kepada saya piring hitam Allahyarham Yasmin Ahmad dan beberapa lagu klasik yang lain setiap kali saya berhenti di mejanya. Tiada segan untuk bercakap dengan beliau kerana budi bahasanya yang peramah dan rasa hormat juga sangat tinggi kepadanya. Semua memanggil dia Abang Karim. Saya jadi akrab dengan Abang Karim kerana beliau suka masak, isterinya Kak Hawa, pandai membuat kek dan biskut serta roti. Setiap tahun kami beli biskut raya dengan Abang Karim.
 
Pengalaman paling berharga sepanjang saya mengenali Abg Karim ialah ketika kami menyertai pertandingan memasak secara duo anjuran padi beras nasional bertempat di The Mines. Kami dah beberapa hari berbincang untuk menyediakan tiga resepi. Kami menyediakan nasi, desert dan minuman. Ahh sebenarnya saya dah lupa sebab peristiwa ini dah hampir 10 tahun berlalu. Lebih manis apabila kami mendapat tempat ketiga..Satu percubaan yang amat berbaloi walaupun nombor 3.
 
Dan perbualan kami tidak berhenti di situ walaupun Abg Karim sudah berhenti kerja dan menulis dari rumah akibat sejenis penyakit yang dialaminya. Ada juga sekali dua saya menjenguk Kak Hawa sambil menziarahi Abg Karim juga kerana bertujuan nak beli cookies Kak Hawa.
 
Semalam Abg Karim yang saya kenali sudah berpulang ke rahmatullah dijemput Ilahi setelah hampir 10 tahun menangani penyakit dialami dengan tabah di samping keluarga yang sentiasa menyokong beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham A Karim Sulaiman, bekas Editor dedikasi di BH. Al-Fatihah...

6 comments:

  1. alfatihah utk abg Karim
    kehilangan org yg rapat dgn kita, kesannya lebih mendalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. irfa,
      terima kasih..allahyarham juga adalah abang yg sangat prihatin terutama bab kerja menulis..:)

      Delete
  2. Salam

    Al Fatihah
    tiada lagi coretannya di akhbar nanti sebagai penulis jemputan
    membaca pengalamannya menunaikan haji beberapa tahun lalu dalam menanggung sakit sangat menginsafkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Bapak,
      Saya tinggal berdekatan dengan kejiranan Allahyarham A Karim suatu ketika dulu. Ada jiran bagi tahu beliau sentiasa bersemangat dan gagah menunaikan solat Jumaat meskipun dalam kepayahan akibat penyakit dideritai..Al-Fatihah untuk A Karim..

      Delete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...