Wednesday 5 February 2014

Red velvet, brownie, macaroon mana satu idaman hati

Kali pertama makan kuih ini ialah pada Disember 2012 di Kota Bharu di kenduri kahwin anak buah blogger NP. Aku langsung teringat-ingat kuih ubi kayu jelita yang disebut Tonyoh ni. Mungkin sebab nak buat menu lama ni, kita kena parut atau sagat dengan menonyoh ubi kayu pada penyagat, tu lah sebab namanya tonyoh. Mari kita namakan ia sebagai Pelangi Ubi Kayu yang cantik jelita. Minggu lepas sempat belajar buat kuih ini dengan tukang kuih underground yang cukup handal ilmu memasak tapi dia mahu low profile. Dapatlah makan puas2 kuih cantik molek ini. Percaya tak ini adalah ubi kayu parut yang dikukus..makan dengan kelapa...arghh terbau-bau wangi ubi kayu kukus ini.
Kuih putu kacang, tepung pelita, tepung bungkus, pulut pagi, pulut inti, kuih koleh kacang, kuib ubi kayu, kuih apam balik, kuih roti kukus, kuih lapis, tepung bunga, belebak, nekbat, akok, jala mas, buah Melaka, onde-onde..hah ambik! Apa lagi..semua yang kena dengan tekok ambo adalah kuih lama-lama yang zaman mak-mak kita suka buat.
 
Kalau tanya lagi, tau makan atau tau buat..hellooooo jawapannya ialah kedua-duanya. Saya tahu makan dan tahu buat juga, sebab kalau makan, saya suka makan lebih dari dua atau tiga jadi jalan selamat ialah belajar buat dan bila saya pandai buat, saya boleh makan banyak.
 
Hmm..kenyataannya makan kuih lama-lama ini ada nikmat yang tersendiri. Ada kisah dan falsafah di sebalik kuih yang dibuat (walaupun bukan semua) kenapa begitu, kenapa begini..yang penting aku suka yang klasik. Macam mana dengan orang? Ya, aku suka yang lama dan klasik juga..kenapa?
 
 
Bab 3
 
Meneguk air di bibir gelas
serasa terbayang di leher nan mulus
menunggu kasih tidak berbalas
serasa walang hati yang kudus
 
"Jadi Sophia suka yang lama-lama? Begitu?"
"A ah..semua yang lama-lama.."
"Apa antaranya?"
"Kuih putu kacang hijau. Saya cuma makan yang dibeli dari Kuala Kansar saja,."
"Kenapa nak kena makan yang Kuala Kangsar? Putu kacang lain tak boleh makan ke?"
"Yang Kuala Kangsar punya sedap. Ada kelainan. Serbuknya kering, berderai di dalam mulut, lambat berkulat. Kacang hijaunya terasa, kena dengan lemak dan manisnya.."
"Ohh sampai begitu sekali?"
"Ya lah..alang-alang makan, biar terasa dan terkenang-kenang. Kalau nak tahu, gula tu dimasak, jadi cair, kemudian kering kembali seperti asal dan digesek pada tepi periuk sampai jadi debu, halus. Kemudian dicampur dengan serbuk kacang hijau yang ditumbuk dengan lesung, goreng kering, ayak halus dan hanya direnjis dengan air. dikepal dan dimasukkan dalam sarang kayu.."
"Wahh wahh hebatnya Sophia tahu ini semua.."
"Tak pernah buat tapi pernah tengok orang buat.."
"Kenapa rumit sangat ya nak buatnya..?"
"Nak hasil sedap, kenalah bertungkus lumus. Tak ada jalan mudah kalau mahu hasil baik.."
"Betul juga tu.."
"Mudah saja falsafahnya, kalau kita goreng tepung sebelum digunakan untuk buat kuih, kuih pun jadi sedap sebab tepung kering sepenuhnya, tiada kelembapan..kalau buat biskut dengan tepung yang digoreng terlebih dulu, biskut pun cantik dan rangup.."
"Ok, saya belajar banyak perkara baru dengan Masjid Biru hari ni..hehe"
"Uhh...nama saya bukan masjid Biru. Hagia Sophia!"
"Tahu..ok pandai tak nak buat kek red velvet. macaroon, whopie pie, congo bar, brownie?"
"Tak tahu. Baru nak belajar.."
"Saya boleh ajar kalau nak.."
Belum lagi chef senior itu habis cakap, dia sudah terlebih dahulu memotong cakap dengan laju dan mata bersinar-sinar seperti kejora terang di langit timur..hati berbunga-bunga kerana ada yang sudi mengajarnya membuat kek dan biskut moden.
"Nak..eh saya nak..bila boleh mula?"
"Ehh nanti dulu..nanti jap. Tak nak tanya ke pengerasnya apa?"
"Gula? Tepung? Esen Vanilla? Ovalette? Ok saya boleh sediakan..."
"Saya tak nak pengeras yang itu.."
"habiskan nak saya bayar yuran berapa? Ke nak saya buatkan kuih? Nak saya buatkan tepung pelita?"
"Saya tak nak tepung pelita. Saya nak Sophia jadi pelita hati saya...boleh?"
"Erkk..?"
Tiba-tiba derap langkah Chef Akub mengejutkan Sophia yang sedang leka berbual dengan Zain. Wajahnya tiba-tiba menjadi merah seperti kepedasan tergigit cili padi. Ada peluh merenik keluar dari dahi dan mula membasah perlahan-lahan. Baru dia sedar mereka berbual berhampiran periuk besar yang sedang mendidih isinya. Kini hatinya juga mendidih seperti gulai kawah itu juga.
Chef Akub berhenti berdekatan mereka dan melemparkan senyum selamba. 
"Yaya hari ni balik pukul berapa? Nak buat OT tak?"
 
Dia tergagap-gagap mahu menjawab. Zain kemudian bersuara, "Yaya jangan lupa pengerasnya yang saya bagitahu tadi kalau nak belajar buat kek..ok saya nak pergi meeting dulu.."
Zain kemudian menghilang ikut pintu besar dapur. Dia melihat lelaki itu melangkah dengan teratur. Memang langkah orang lama, kemas dan segak.. 

26 comments:

  1. tonyoh menu musim sejuk di pasir mas... waktu hujan enggan berhenti menyanyi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chekem
      makan ubi kayu mengundang rasa rindu musim hujan di pasir mas..

      Delete
  2. akak suka kole kacang, buah melaka, onde2.
    salam LW, lama tak masuk sini tetiba jer nak join org makan hehehe

    ya, akak pun suka orang klasik hik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Q,
      sama la kita. yg klasik itu adalah antic, yang antic itu adalah mahal, susah nak dapat kikiki

      Delete
  3. sis,
    bila nak buatkan?
    for my belated....

    luv.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis
      mai la sg long, nanti kita buatkan..kita ada je kat rumah

      muahhh xoxo!:)

      Delete
  4. Belebak. Lama tak buat. Bubuh dlm peti sejuk. Bila makan macam jelira je tekak. Ahhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti
      sedap kae makae belebak sejuk2..lepas tu minum air kosong..perghhh

      Delete
  5. brownies...yummy...eehhh bru pertama kali tgk kueh ubi kayu tu...cantik plak warna warni...

    ReplyDelete
  6. i sendiri pun dah lama tak makan tonyoh tu sejak anak buah kawin penghujung tahun 2012 tu.... sooo longggg time agooo aarrrr...

    eh citer tu best laaa...mcm novel..sila buat novel lengkap...i support u...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Net,
      mood kering, tak leh sambung citer dua tiga hari ni sbb bz biz

      Delete
  7. Saya tahu makan tahu buat tidakkkkk. Haha

    ReplyDelete
  8. sha... kat trg ada kole kacang, putu kacang pun ada. sesekali makan dan makan sedikit boleh. byk2, su tak tahan manisnya. kuih tradisional byk yg terlebih manis, tu yg su kurang suka tu.

    layannnn jer baca kisah yaya dan zain tu.. teruskan usaha gigihmu sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su
      Sy pun makan sikit-sikit je..satu sekeping dua lepas lunch..tak pun buat ulam masa nak telan ubat sbb ubatnya pahit..jadi bila makan benda manis kurang sikit pahitnya..

      Delete
  9. Jadi LW, apa kata nanti kita masak2 ubi kukus cantik jelita masa aku datang windsor nanti?

    Macam best jer.. hehe.


    Nong andy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong
      Boleh jer..kau datang dulu then kita plan yer hihi

      Delete
  10. Kalau LW tulis novel, habaq na. Akak mesti pi beli :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Kak DInas,
      dah siap nanti pasti saya letak sini..

      Delete
  11. kenapa saya x penah jumpa kuih ni masa kt kg ye?
    mgkin terkenal area kB je kot
    hihi

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...