Friday 7 March 2014

Terapi perut dengan spaghetti seafood dan ayam goreng

Dia telefon saya sekitar jam 12 noon. Suaranya sebak dan menekan-nekan. Saya dapat kesan ada sesuatu yang tak kena dengan AzS ini.
"Kak, ada kat rumah?"
"Ada..dok menjahit ni. Comforter Kak Lily tempah untuk baby Iris.."Jawab saya.
"Nak datang boleh? Saya EL hari ini." kata ibu muda beranak tiga ini. Dua anak sulung berusia dua tahun ada twin boys manakala yang bongsu baru berusia beberapa bulan ialah petite little girl.
 
Sampai saja di pintu rumah saya, dia menangis dan apa yang boleh saya lakukan ialah menenangkan dia, memintanya duduk dan menyediakan segelas kopi panas. Panas bertemu panas, tak lojik! Tapi itulah yang terbaik untuk dia. Dia tak boleh minum ais kerana baru habis berpantang.
 
Setelah duduk dan berbual beberapa ketika sambil saya menyediakan spaghetti seafood untuk kami lunch, dia bercerita berselang seli tangis. Mata sudah bengkak menampung air yang tidak  berhenti mengalir. Memang saya kesian melihatnya namun saya tidak berhak memberi cadangan kerana dikhuatiri saya 'bias' dalam menasihatinya dalam usaha mengedalikan rumah tangga yang sudah menampakkan sedikit retak. Saya berpesan kepadanya retak itu masih sangat kecil dan usia perkahwinannya masih muda, iaitu baru mencecah lima tahun dengan cahaya mata yang comel-comel.
 
Puas dia meluahkan perasaan dan menangis, dia minta izin untuk balik bersemuka dengan suaminya. Itulah yang saya katakana padanya dan itu juga yang dinasihatkan oleh orang lain kepadanya. Saya berharap dia mampu menangani hidup dengan baik. Pasangan muda, banyak yang tergigit dari yang seiring, banyak yang mula bengis berbanding bermanja-manja apakala usia perkahwinan mencecah lima tahun.
 
Bukan hendak membetulkan cakap-cakap yang sering saya dengar, iaitu setiap lima tahun akan ada gelombang melanda perkahwinan, kerana 'rumahtangga' saya juga runtuh dilanda badai ketika mencecah usia 13 tahun. Jadi tidak wajar untuk saya menasihati dia kerana ibarat mengajar anak ketam berjalan betul, ibunya juga tidak berjalan dengan betul.
 
Sehingga saya menulis entri ini, saya belum menerima sebarang sms dari dia, harap semuanya berjalan lancar. Saya nak berhenti jap, nak minum kopi dan makan spaghetti lebih lunch tadi..
Spaghetti seafood dengan ayam goreng dan chunky sweet tomato..cukuplah terapi perut hari ini..burp!!!

9 comments:

  1. Pasang surut kehidupan...


    Speghetti nampak yummy. Sos prego dah habis... yang tinggal hanya speghetti yang tersadai tidak terlayan... hurm..hurm.. dah lama tekak ni nak makan speghetti tau LW

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong, tak guna sos pun still boleh masak..buat style olioaglio..

      Delete
  2. Dearest LW,
    Nampak tersangat sedap.
    So unfortunate tekak rasa bagai semua tak kena.
    Hati jauh terbang ke Tanah Malaya.
    Still praying for the safe of all passengers flight MH370.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sham
      lets pray for them..mudah-mudahan mereka kembali kepada kita semula

      Delete
  3. Sis! Terliur!!!

    Semoga kawan sha tabah dan bijak mengendalikan kehidupannya.. Benar bagai kata Nong Andy di atas, hidup ini ada pasang surutnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su
      Alhamdulillah dah selesai kemelut rumahtangganya itu..

      Delete
  4. yummeeeehhhh.. bila lah dapat santap kat sg long...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulan dear, kalau nak dating roger I yek..nanti kita santap sama2..:)

      Delete
  5. emm nampaknya akak mmg jadi bahu utk ramai yang ingin bersandar
    bukan semua orang dpt keistimewaan tu tau ;0

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...