Thursday 20 October 2011

are we racist?

Scenario @ Malay Warung

I went out with Brat and his gang
for late night dinner
7 of us...masing-masing hungry bcoz of duty.
Naveen order maggi kari
Anne makan nasi goreng kampong
while i had kuetiau sup..
Brat diet katanya..konon!
Shan and Mohan
cuma minum dan sekali sekala
mereka curi nasi Anne..
lagi sorang
Malay gal
i guess Naveen punya mata air
baru settle dengan mee goreng
and only me...wearing hijab.
so gedebuk! gedebak!
gedebuk! gedebak!
almost 11pm
i felt weird..
tetiba rasa macam diperhatikan
aku try lebarkan radius mata
x nampak apa salah pun...
tapi bila toleh kiri
ada satu kakak tudung labuh
maybe dengan suami dia
tengok aku
macam nak telan..
anything wrong kakak?
Aku cuma makan
dan bercakap
patutlah aku rasa pelik
kerana diperhatikan
racist???

16 comments:

  1. Alaaaa....

    tak nak la racist-racist, ni....

    Huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Kan uncle...derang ni, i makan pun tak habes sebab kakak tu pandang i pelik...ceittt!

    ReplyDelete
  3. Ala, kak...jgnlah sangka buruk. Agaknya akak comel sgt kot. Tuh yg die tgk je akak tu....

    Hiks!~

    ReplyDelete
  4. pandang dengan positif. mungkin akak tu tertanya-tanya kenapa budak2 ni tak balik rumah lagi, esok tak sekolah ke? (ewah!)

    ReplyDelete
  5. MF: ahahah..cemane u tau i comel? bak kata NP, musikil eh!

    SM: ouchh...kau membahasakan aku budak sekolah? terima kasih kerana meremajakan aku..miahaha..suka!!!

    ReplyDelete
  6. itu kalau pada pandangan positif. kalau negatif, mungkin dia pelik kau yang berhijab akan makan semeja dengan orang-orang berlainan warna yang menguliti badan mereka.

    ReplyDelete
  7. ye lah tapi aku dlm persekitaran yg terbuka..namun tetap mengundang syak wasangka kan...

    ReplyDelete
  8. persekitaran terbuka dan tempoh waktu yang dikira kurang sesuai oleh sesetengah pihak.

    ReplyDelete
  9. maybe tempoh waktu menjadikan mata mereka rasa nak je melihat-lihat tanpa berkelip dan membuat sedikit tanggapan negatif dalam minda..

    ReplyDelete
  10. ya betul, sebab pada fikiran yang konservatif (macam aku contohnya) itu adalah tempoh yang lebih sesuai seorang perempuan tidak berada di luar rumah, atas sebab-sebab tertentu.

    ReplyDelete
  11. okeh aku setuju dengan ngko..noted!

    ReplyDelete
  12. aku adalah seorang yang berfikiran kolot (mengaku) dan sebab tu jugak kadang2 aku akan memandang dengan cara yang sama macam wanita tu, tak menyenangi dengan wanita yang berada di luar rumah terutama ketika waktu dah menganjakkan tarikh (selepas 12 malam).

    ReplyDelete
  13. masa... pukul 11.00 malam tak elok anak dara tak balik rumah... auwww

    ReplyDelete
  14. SM: aku pun kalau aku jadi lelaki, rasanya aku akan tertoleh-toleh kalau nampak ada pompuan masih dok lepak sama lelaki bukan muhrim, apatah lagi berlainan bangsa walaupun kat tempat awam..namun begitu aku akan cuba berprasangka baik..

    NP: kalau mak dara cemane pulak yer...auww..hihi

    ReplyDelete
  15. ...ada orang kata aku ni kolot. "biar la kalau perempuan tu nak keluar malam, bukan dia buat benda tak elok pun". aku tak boleh terima. pada aku, itu adalah salah satu nak menjaga kehormatan diri bagi seorang wanita iaitu tidak berada di luar rumah pada waktu malam kecuali atas urusan kerja atau kecemasan. tak perlu keluar sampai dekat subuh semata-mata nak jumpa kawan.

    ReplyDelete
  16. tiada istilah kolot dalam kes begini...kalau aku jadi mak, kakak, atau adik atau ahli keluarga pun akan risau bila ada ahli keluarga perempuan belum balik2 lagi pada jam 12 midnite...cuma refer pada kes kes aku tu..tak apa le kot ya sebab aku kuar makan, dalam group dan lepas tu aku balik...tapi kalau aku jadi mak esok2...mana le tau..aku musti mengamuk sakan kalau anak aku buat pangai macam tu..hik!

    ReplyDelete

Retorik ayam dan cornflake di Secret Recipe

  Nak makan ayam, ada seninya: Ayam masak sempurna Tak ada ketulan lemak Tak ada bau hanyir Garing Cukup masin manisnya So.. C...