Setiap pagi
kulintas perkuburan sayu
dia ada di situ.
Menjelang tengahari
kulalui hentian rindu
dia ada di situ.
Memasuki malam
aku meniduri lelah
dia ada di sebelah.
Menjelang dinihari
aku bangkit munajat
dia ada dekat.
Setiap ketika
apabila aku luka
dia mengubat nestapa.
Terima kasih, Tuhan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak
Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sih...
-
Let books be your dining table, And you shall be full of delights Let them be your mattress And you shall sleep restful nights. ~Author ...
-
Rumah arwah mak kat kampung adalah rumah papan daripada kayu cengal yang dicelup minyak dan makin lama kayu itu makin gelap warnanya. Arwah...
ye, dia masih ada bila2 masa...
ReplyDeletedan sy tau akak LW seorang yg tabah..
Thanks MN, dan saya tahu awak tahu saya tabah...ngee!:-)
ReplyDeleteBeginilah klu kita sentiasa mendekatkan diri kepadaNya, sekurang-kurangnya kita sedar diri ini kerdil keadaannya.
ReplyDeleteYa MF, kalau kuman dicincang seribu pun, kita masih jauh lebih kecil dari itu di sisi Dia...
ReplyDeletemula-mula dah berdiri bulu roma...
ReplyDeletehaha!
Uncle...don't jump to the conclusion arr...haha!
ReplyDeleteTuhan..mana pernah Dia menjauh dari kita.
ReplyDeleteDia, satu2nya yang tidak pernah menjauhi apatah lagi mengecewakan kita...
ReplyDelete