Sunday 15 September 2013

Paris ke Frankfurt..

Pekan yang sangat happening, begitulah kalau saya boleh labelkan ayat yang sesuai dengan Frankfurt yang sempat kami singgah selama beberapa hari dan terima kasih kepada tuan rumah, Khairul Abdullah (KA) dan isteri yang sudi menumpangkan kami bermalam di rumahnya.
Saya dan Ros tiba di Frankfurt dari Paris pada sebelah petang dan kami sudah mula berasa letih kerana hampir seminggu sudah berfoya-foya di tiga negara dengan kadar masa yang sangat ketat, tapi puas kerana banyak lokasi dilawati walaupun kami terpaksa berkejar supaya tidak tertinggal train dan ada kalanya melalui jalan yang sama kerana gagal membaca peta. Namun sesat di dalam bandar moden tidak menjemukan dan paling kejam pun, kami duduk minum kopi sambil berfikir hendak bermula dari arah mana.
Kebetulannya di kawasan komersial berhampiran kediaman KA ada acara seperti promosi makanan dan minuman yang mana ia tidak halal bagi kami kerana ada acara minum dan makan..baunya memang menggiurkan tapi lebih menggiurkan lagi apabila ada acara tarian beramai2 dengan pentas muzik terbuka. Wahh saya dan Ros pun sambil lalu sambil goyang badan dengan beg kandar besar di belakang on the way menapak ke rumah KA.
Dari bilik kami, jenguk je tingkap ke bawah ada laluan yang kiri kanannya penuh dengan bunga mawar, asthma saya pun bye bye sebab dapat hirup udara segar. Kalau boleh simpan bau wngi bunga pada pagi hari itu, harus saya simpan dalam Tupperware bawa balik KL..
Tiba di rumah yang seperti hotel lima bintang itu (KA ini bukan bodek, malah awesome sangat dengan menu yang sempat dimakan itu soto nasi impit yang sangat sedap) kami letak saja bag dan terus zzz kerana penat + cuaca sejuk + kami dah makan sebelum sampai rumah = ZZZZZ saja le kan.. so tuan rumah jangan heran kenapa kami tak makan, sebabnya kami dah pekena kebab berhampiran central station sebelum menapak balik, hehehe.
Ros dah tarik beg nak balik KL.
Ok beberapa hari di Frankfurt, saya dan Ros merancang melawat Heidelburg, pekan lama yang ada banyak istana dan bangunan bersejarah. Sesiapa yang suka meninjau struktur binaan dan runtuhan lama, sila jenguk Heidelberg ya. Dalam perjalanan ke Heidelburg tu saya dan Ros sempat berbual dengan seorang warga tempatan tahap pakcik, sudah agak tua dan saya meneka dia berjalan seorang diri melihat pekan sendiri. Dia mengajak kami join dia tapi kami ambil jalan mudah kata nak lawat tempat lain dulu. Suspen juga kan sebab dia tetiba peramah dan kata pernah melawat Kuala Lumpur dan suka negeri kita..eishh..
Hari esoknya, kami peruntukkan untuk round kali terakhir kawasan high end yang penuh dengan butik beg, baju, kasut etc. U name it, u got it, pendek kata kalau bawa duit 10k pun dalam masa 1 jam boleh habis sebab banyak benda menarik ada dijual di sini terutama hand bag. Bak kata KA, "LW, u nak beli LV, kat Frankfurt ni waiter jer pakai LV tau.." Adehhh dushh dushh! Ahh saya tak peduli, saya duduk di KL dan bukannya di Frakfurt..hahaha tunggu saya duduk di UK ke, atau saya duduk di Frankfurt juga, makan saya akan pakai beg yang saya buat sendiri...haha. Ros sempat beli satu hand bag dan saya pun beli juga satu
Yang sadis tu, kami dah berhari-hari tahan nafsu nak makan lauk Kuala Lumpur specially lauk kedai siam, tetiba KA tunjuk kami satu kedai, namanya Thai Fun..arghhh heaven kehhh...! Saya share dengan Ros dan hasilnya memang marvellous..rasa macam makan kat kedai kat Sg Long..whoaa penangan kedai siam tu memang terangkat. Ginilah agaknya orang tak biasa merantau, baru sepuluh hari berfoya-foya tekak dah meminta2 menu tomyam campur, telus bungkus, kailan ikan masin bla bla bla!
Sungguh, kalau tiada persediaan mental dan fizikal, memang penat melancong cara bajet ciput macam kami ini. Tapi kami bernasib baik kerana ada sahabat seperti KA dan isteri yang membenarkan kami menumpang di rumahnya.
Benarlah kata orang, jauh berjalan banyak pengalaman. Indah tempat orang, indah lagi tempat kita, namun kalau ada peluang saya tetap ingin menimba pengalaman berkerja di luar Negara walaupun mungkin sudah sedikit terlambat akibat factor usia.
Saya ada lebih 2,500 keeping foto sepanjang 12 hari berjalan di empat lokasi. Pengalaman dan catatan memang banyak, tak ternilai pula valuenya. Ok saya tempek pic nya di sini. Banyak sangat nak tulis, balik-balik tak tertulis pun.
Ini adalah bunga liar tepi jalan, cantik gila pada mata saya. Di bawah pula adalah fenomena bulan penuh, kata KA hanya sekali setahun ja boleh Nampak.
Runtuhan kota lama di Heidelberg. Banyak istana lama yang ditinggalkan menjadi lokasi pelancongan. Di bawah ialah pemandangan kota Heidelberg dari atas jambatan..maaf saya lupa namanya.
Ini adalah national theatre di Frankfurt, tak jauh dari rumah KA. Sebelum balik ke rumah, saya dan Ros lepak kejap kat sini..akhirnya tamat sudah perjalanan kami..tak sabar nak balik KL sebenarnya..nak minum air kelapa, nak makan durian..nak makan nasi lemak, nak makan tosei..

4 comments:

  1. Alahai.. bertuahnya la Tuan Badan..
    (ada nada jeles dlm ayat ini)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sham,
      saya lagi jeles dengan kak sham nun di negeri
      isketambola..kikiki

      Delete
  2. bestnyer sys.. muahssss.. :)

    ~nana the lost bubbles~

    ReplyDelete
  3. saya harap dapat berjalan2 dgn akak satu hari nanti ;)
    nanti kita pegi rumah KA lagi
    boleh kot?hihi

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...