Tuesday 1 November 2011

Menangis...

Masa memandu ke opis pagi tadi
jalan jem gila
tenat kepala otak aku
tapi aku suka juga
sebab boleh intai driver kiri kanan
kebetulan ada satu Accord
sebelah kiri aku, drivernya perempuan
aku kira baya aku,
banyak kali juga...
aku lihat dia sapu mata
eh takkan dok dalam Accord perkasa
pun boleh ada habuk masuk
lainlah aku, diam dalam keta veteran tapi banyak jasa
wajarlah kalu ada habuk kan
dengan hati jahat dan penuh prasangka
aku skodeng dia sambil bawak keta tahap siput
owh..dia menangis...tapi kenapa ya
keta besar, dia pun boleh tahan paras rupa
kenapa dia menangis...
Ok abaikan...
dalam hati aku: kesian dia, menangis beria tapi x siapa tahu

“Sebagai manusia, anda tidak perlu mengawal diri mempamerkan yang baik-baik saja. Lagi lama berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku, lagi banyak anda mendera diri sendiri. Menangis sajalah, anda akan berasa benar-benar bermakna hidup ini...”

Aku ada tonton satu kisah di HBO beberapa tahun lalu, (ketika berlanggan Astro, la ni aku dok pakai TM Mengong)  mengenai dua sahabat yang saling berlagak bagus walaupun sebenarnya masing-masing mempunyai masalah dalam hidup. Aku ingat quotation berkenaan kerana terkesan dengan maksud yang ingin disampaikan..
- kita sering menangis di belakang pintu
- di dalam tandas
- di dalam kereta ketika memandu atau
- di dalam gelap ketika kepala direbahkan ke bantal atau
- paling tidak pun, mengeluarkan air mata ketika mandi
di bawah pancuran supaya tiada siapa pun yang dapat
mengesan perilaku berkenaan yang mungkin dianggap
memalukan empunya diri. Benarkah begitu?

Alangkah sulitnya hidup ini walaupun hanya untuk
membuang keluh kesah yang menggunung di dada.
Kenapa tingkah laku itu pun harus dilakukan bersunyi-sunyi
supaya tiada siapa yang mengesan.
Ia tidak menyalahi undang-undang pun,
tetapi kita sentiasa ingin berahsia apabila menangis,
seperti menangis itu satu kesalahan besar.
Aku yakin korang semua pernah menangis,
mengeluarkan air mata kerana kehilangan, kegembiraan,
kemarahan bahkan kerinduan terhadap sesuatu.

Memang sulit untuk mentafsir misteri
air yang keluar dari jurai mata...
walaupun keluar setitik atau dua titik cuma,
ia membawa impak besar dalam kehidupan.
Sama ada makin melegakan atau makin menyesakkan.
Aku tahu ada yang pernah menangis di luar sana.
Usah kata wanita, lelaki juga tentunya pernah menangis.
Menangis kepada rakan melalui surat,
menangis kepada emak kerana kerinduan,
menangis di hadapan pusara kerana kerinduan
kepada saudara yang sudah tiada dan ada seribu sebab.
Dan disedari atau tidak,
menangis sentiasa akrab dengan kita,
paling melegakan apabila menangis dan mengadu kepada Allah..
aku tidak pasti dengan bangsa lain tetapi sebagai muslim,
aku yakin korang pernah menangis kerana sesuatu sebab
dan akan berasa diri korang dekat dengan Pencipta..

Makanya, tiada salah untuk mengeluarkan air mata...
anak buah aku, berusia dua tahun yang menangis tanpa bunyi,
hanya air mata mengalir laju ketika ibunya membawa
adik kecilnya masuk ke dalam rumah selepas bersalin di hospital.

Dia duduk di satu sudut dan menangis dengan senyap..
sehinggalah seorang daripada kami menyedari dia menangis tanpa bunyi..
ntah apa yang dia rasakan ketika itu..hanya bunyi sendu yang perlahan.
Di usia itupun dia sudah memiliki rasa menangisi
sesuatu yang walaupun dia sendiri mungkin
tidak fasih untuk mentafsirnya...
apatah lagi aku, korang dan siapa-siapa saja di luar sana
....sulit bukan?

Nota:...yang aku tahu..kali terakhir aku menangis sungguh2, setelah menyedari tubuh yang terbaring itu adalah jasad semata-mata, tanpa roh..kerana rohnya sudah kembali kepada Pencipta..lima tahun lepas, ketiba abah kembali ke kg akhirat.
...yang aku tahu, malam selepas aku hilang dari pandangannya, dia meraung tanpa suara! ..dia meratapi..kerana menyedari dia sudah kehilangan sesuatu yang berharga, yang tak mungkin ada gantinya!

6 comments:

  1. dah lama kot tak nanges betul2 tapi saya ingat sgt saat itu.saya menanges atas sejadah dan mengadu padaNYa..lepas tu rasa lega

    ReplyDelete
  2. selalu juga menangis dalam kereta... just dont care siapa yang pandang atau tengok...

    ReplyDelete
  3. saya suka menangis senyap2..

    ReplyDelete
  4. HI: ....mengadu dan meminta kepadaNYA...kerana DIA Maha Mengetahui walaupun kita hanya berkata-kata dalam hati..DIA tetap tahu, bila2 masa saja boleh dilakukan...tanpa sekatan, tanpa had..

    NP: yess..dalam kereta..among the best place to release everything...

    Mrs Spicey:...saya pernah melakukannya...long time ago...sejak tinggal sorang..senyap tak senyap..who cares kan..

    ReplyDelete
  5. Klu sy skt hati, sy akan menangis utk hilangkan kebencian dalam diri. Sy tak kisah apa pun. Even air mata nak meleleh dpn org ramai, tp apa sy peduli? Air mata dah tak tertahan nak keluar juga. Btpe sy nak berlakon gembira klu sy tgh skt hati. Tol tak kak?

    ReplyDelete
  6. MF, betul tu...lepaskan saja apa yg terbuku...tapi kalau akak...kalau termenangis di khalayak, akak kata cuci mata dengan mengelurkan air mata....hati di dalam siapa tahukan...
    Cuma kalau memangis sebab gembira, itu lain citer kan...

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...