Saturday 26 November 2011

Belaan...

Abaikan gangguan lain, inilah anak ikan I...hikhikhik! (anak ikan tau) di bawah rumpai tu ada banyak lagi anak ikan I...
aku dulu kononnya nak bela anjing, sebab terpengaruh dengan citer lassy kat tv..
tak pernah miss tengok citer anjing yang sentiasa jadi penyelamat kepada tuannya ini,
sekali mak aku kata...ko buang tebiat ke apa nak bela anjing,
aku sentap dan terus tukar cita-cita kepada nak bela ular...
tapi masa tu rumah aku x de semak samun so payah sikit lah nak bela ular.
kenapa nak bela ular? sebab aku suka tengok kulit ular sawa yg cantik tu.
Sekali bila aku jadi remaja purba, arwah abah bela ular sawa
dari sejengkal sampai boleh jadi tali pinggang kulit le..yickkk...geli!
Ada satu ketika, rumah kami bela kucing banyak...
abah ambik di hospital masa kakak kemalangan..
dari hari pertama kakak kemalangan hingga parut di muka kakak hilang dan sembuh,
selama itulah kucing banyak di rumah kami.
Bila parut kakak dah hilang sepenuhnya, kucing2 itu pun hilang juga..
kucing ke apa eh.
Last sekali bela ikan..haa buddy ini ko punya penangan...
aku nak share pasal si gemok, buntat dan segala bagai lagi yg arwah bapak aku pernah bela.
Antara kesayangan adalah seekor koi seberat  8 kilo, dibela selama lebih 10 tahun,
diberi makan nasi, roti, udang dan biskut...kojol dalam akuarium pada suatu petang yang sadis akibat terputus bekalan elektrik.
Mendiang koi buntat ini diberikan kepada Uncle Yong berketurunan Siam.
Esoknya uncle yong datang bagi abah seutas jam tangan sederhana murah
sebab terhutang budi dengan pemberian mendiang koi buntat.
Katanya: lemak, lazat, berminyak dan telur si buntat itu ada sepinggan besar...perghh...kami menitik air mata! Semasa dengan KA, aku bela kelisa perak pasar pudu...
seronok juga sebab kelisa ini spesies mengada2, makan cengkerik je.
Bila tinggal balik kampung, yang tinggal hanya rangka di bawah akuarium sedangkan akuarium bertutup..apakah???
Lepas tinggal sorang aku bela sedozen tetra neon dan peacock,
serta seekor penyedut sampah..beranak pinak ngko tapi kalu dah dasar haiwan tu, haiwan juga le kan...
semua kena sedut  dengan si DBKL tu...la ni tinggal sekor je sambil layan rumpai dalam akuarium kecil..
penapis air aku tetap on supaya bila aku buka pintu balik, ada bunyi air, tak ada bunyi ayam berkokok atap atap..kan!

23 comments:

  1. weh, kelisa silver jalan pasar. beratus tu harga dia! aku pernah tengok harga chichild aku yang mati sebab kena bilas masa open house dulu, rm300 lebih! sekarang aku plan nak bela spider kat ofis. (siapa yang tangankan kau?)

    ReplyDelete
  2. hehe .. banyak rupanya kenangan manis tu. Sukapun ada sayupun ada ..

    Alaaa pelihara le lagi ikan . ia boleh berikan ketenangan ..

    ReplyDelete
  3. SM, bukan aku yang beli kelisa tu, ex aku yg gila bela ikan tu tapi tiba part bersih aquarium, tolah kat aku...
    Errr aku teringin nak bela piranha...

    Rashid, tu la pasal...bela ikan kecikk kecik je..jadilah kot...at least ada ikan buat kawan...

    ReplyDelete
  4. kat mana ada jual piranha? aligator gar ada la.

    ReplyDelete
  5. Dulu aku pernah dengar ada spesies seakan2 piranha ada jual kat jalan pasar. Aku p ronda, x jumpa...kalu ko notice ikan pacu@ bawal merah ke apa, shape dan rupanya seakan2 piranha cuma ia tidak seganas piranha...

    ReplyDelete
  6. mungkin dari susur galur yang sama. bila dah sampai ke iklim khatulistiwa, bentuk fizikal dan tabiat memburu sedikit berubah sebab kurangnya persaingan dari pemangsa lain dan jugak sumber makanan yang banyak. agaknya la...

    ReplyDelete
  7. Aku fikir pun begitu juga, cuma pacu atau dipanggil bawal merah ini jarang dijual di pasar kerana isinya keras dan liat tapi kaki pancing suka sebab spesies ini ganas...mungkin juga ia spesies hybrid antara piranha dan bawal sebab kal ko perhatikan, bentuk badan macam bawal tapi bahagian hadapan muncung macam piranha...

    ReplyDelete
  8. kebanyakan ikan pemangsa yang kegilaan kaki pancing ni terutama spesis air tawar bukan sedap pun. contoh peacock base. ikan ni kecik je saiznya, tapi tabiat terkaman dia yang buat orang teruja gila. aku tak pernah try lagi. ini pun satu lagi spesis ikan pendatang. hari tu kawan aku kata, ikan ni dah ada kat ulu yam! alamak...

    ReplyDelete
  9. Peacock bass...kalau tak silap aku nama local adalah ikan raja, yerp termasuk dalam spesies sondol semua yg ada depan dia...kalau deep sea kira macam barracuda laa...tapi kalau ada jual baka piranha, memang aku nak bela..ko tau temoleh? Spesies air tawar yg rare dan protected, spesies ni kalau bela cantik...

    ReplyDelete
  10. temoleh pun aku tak perasan kat jalan pasar. aku rasa takde kot.

    ReplyDelete
  11. Memang x de kat jalan pasar sebab ia dah kira rare spesies...sama macam kelah @ mahsheer... Aku harap one day nanti aku boleh p jenguk kelah conservation kat ulu kelantan..boleh bagi makan kat tapak tangan je...ikan ini tersangat rare dan ia adalah baka daripada zaman awal manusia...apa ntah scientific namenya, aku x ingat...tapi isi memang tip top...

    ReplyDelete
  12. kalau masher kalau tak silap aku kat indo-china, warna sisik dia lebih keemasan.

    ReplyDelete
  13. Kat sana panggil mahsheer, sini kita panggil kelah...aku lupa scientific name kelah..kamus ikan kat opis...sigh!

    ReplyDelete
  14. dan sekali lagi, aku lantik kau jadi ensiklopedia zoologi aku!

    ReplyDelete
  15. Hmm...atas semua perlantikan ini dan sebelumnya, aku charge ko murah je, bagi aku basic lima angka setiap bulan....tu je...

    ReplyDelete
  16. apa ada hal...! gaji aku sejak setahun lepas pun tak terusik lagi!

    ReplyDelete
  17. Hebat! Habes tu x dak masalah la kan kalau takat ticket ketapi ke JB atau ticket consert kan..? Kan?

    ReplyDelete
  18. tunggu projek double track siap sampai selatan.

    ReplyDelete
  19. Terlajak perahu boleh undur, terlajak tulis...bukti tu! Aku simpan dan akan dituntut...belum sudah lagi....ahahahahaha!

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...