Monday 14 November 2011

Le Cordon Bleu Paris..

Kalau aku tak buat kerja yg aku buat kini
mungkin aku jadi tukang masak cap ayam
mungkin aku belajar dengan makcik aku
tukang gulai taraf kg pinang sebatang
yg sorang lagi tukang gulai tahap
lulus sekolah 6
tapi kalau ada kenduri kendara
yg dua orang ni lah yang dipanggil
sorang lagi makcik bau bacang
tukang gulai versi kawah
padahal dia main jemput dan hagak2 jer
tiap kali aku minta resipi
jawapan dia: ko datang tolong aku masak
perghh memang tak pernah ada resipi bertulis
semua dalam kepala otak je
tapi rasa meletopsss
aku tahu, Le Cordon Bleu Paris
adalah sekolah masakan hebat dan tersohor dengan taraf dunia
memang haku tak mampu nak masuk sana
walau kerja tujuh tahun sekali pun
kecuali kalau ada penaja, aku sanggup
Sherlyn tpon aku, u mau masak?
Aku pun bagai vampire kehausan darah...ya ya ya!
Maka aku pun tunjuk le skil masak aku yg poyo je
hmm...Chef de Cuisine Cordon Bleu pun ngeri aaa tengok skil aku
Mwahahaha..bagi laluan aku perasan dan berangan..korang x ada kan?
Me and Chef de Cuisine @ Le Cordon Bleu Malaysia Sunway, Chef Franck Bruwier after cooking workshop..mercy beacoup...jetaime..heheheh! (Err sila abaikan pandangan tepi, kiri..itu tak masuk dalam entry aku aaa)


Chilled leek and potato cream with truffle, the black item on the top of this desert is the most expensive ingredient, truffle..a black mushroom and the price is RM8,000 /kg..cooking with patient lead us to hv a delicious menu..becoz the added value like a pinch of love (salt), a tea spoon of pleasure (seasoning) and a drop of kisses ( soy sos) will make it perfect for everyone! Bon Apetite!

Sekeping sijil yang sepatutnya dikeluarkan di Paris, tapi sebab chef  Bruwier tu menghargai skill masak cap ayam yang aku tunjuk, dengan skala ihsan kasihan belas dan terpesona dengan minyak angin yang aku jual, dia maka dengan berbesar hati menyampaikan sijil ini kepada aku di Kolej Sunway Petaling Jaya, haruslah aku frame nak tunjuk pada makcik-makcik aku..hikhikhik!



8 comments:

  1. bravo bravo
    masak untuk i cepat.. ha ha ha....

    ReplyDelete
  2. chef ni pandai buat nasi goreng kampung tak?

    ReplyDelete
  3. NP, jetaime..Bon appetite! Mwahaha..weii mai la sg long kalau nak makan...

    SM, nasi goreng kampung versi kampung dia nun dia reti buat....gerenti!

    ReplyDelete
  4. kalau ada ikan bilis, cili kampung dengan kangkung, kira ok la tu... tapi jangan lupa tumbuk lada guna lesung.

    ReplyDelete
  5. lagi apa ko nak, sumer ada...jap aku hello-hello pada chef bruwier..dia guna batu penggiling lagi ngko..

    ReplyDelete
  6. batu tenggiling?

    ReplyDelete
  7. Tenggiling tu menatang bersisik yg selalu kena seludup tu...ini batu giling cili...ko nak kena cili eh mulut tu...

    ReplyDelete
  8. hahahaa...! eh, tapi gila babi apa kalau aku nak makan cendawn busut harga lapan ribu sekilo? aku cuma `small people' yang berlagak `talk about ideas' aje. sedap ke? atau rasa macam kunyah not rm50. hahaaa...

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...