Sunday 20 November 2011

3 Anekdot..

1) Diabetes
It maybe u, or others, it can be everybody
anybody, everybody else, siapa2 saja boleh ada
kalau makan x terkawal, kalau family history ada
dan kadang2 masa pregnant pun automatically ada

Dr Siri Harnida kata, diabetes tidak membunuh
tapi jika tidak terkawal
ia menyebabkan organ badan failure to do their task
jantung gagal berfungsi, buah pinggang gagal bertugas
limpa gagal memproses, salur darah juga akan merosot
paling takut, saraf hilang deria
ada satu kes membabitkan remaja lelaki
he's so young, 17 yrs old
lost his ability to sense the need to pass urine
whenever his bladder is full
so kencing terkeluar tanpa dikawal, apabila tidak dapat dikawal
bakteria berleluasa, and it cause fungus and etc..pity him..
and the worst case, this young man
often fail to attend his appt with the doctor
well im very gud in this particular manners
aku ikut peraturan dan x pernah gagal ikut cakap coktor!!!
sebab aku mahu back to the normal life
dan kenapa kalau test darah untuk sugar level
kita kena inject hujung jari? sebab that is the best part
untuk cek kewarasan darah dalam tubuh
kalau hujung jari sudah fail
maybe diabetes anda agak membimbangkan
hmm...pagi tadi, aku potong kuku
ya Tuhan..ketip saja pada bahagian paling hujung
dan tertanggal kuku itu, ada darah yg masih basah di bawah kuku
tapi kenapa aku tak rasa pain..
apakah?

2) Ghosbuster
Dua tiga bulan lalu, office aku havoc pasal ada cik han
ada family cik han kat office aku
sampai kena panggil ustaz satu team untuk halau cik han...tu
patutla bila aku sampai office jam 6 pagi
sentiasa ada bunyi mendayu2 kat bahagian belakang
bahagian office yg jarang orang lalu
aku sempoi je, itu mesti kuceng cari anak
sebab kadang2 bunyi macam mengeow
kadang2 bunyi macam mengaum, ada kalanya macam menangis
tapi ada ahkak kesah, yang penting ahkak sampai awal
boleh park betul2 depan pintu offiece kan, tapi bila ahkak tahu
bunyi itu adalah bunyi dari dunia yang satu lagi
ahkak make sure ahkak sampai office bila hari dah terang
dua tiga hari ni ahkak berfoya-foya sket
so sampai rumah lambat, ada sekali tu, almost half past midnite
bulu roma ahkak separa tegak, sebab anjing jiran asyik melolong
telinga ahkak konon pekak
gedegang, ahkak kunci pintu dan landing jap tarik nafas
oh ya, sebenarnya semasa nak masuk rumah tadi
ahkak rasa ada angin panas dan bunyinya
adalah sama seperti deru di office ahkak
apakah???

3) Pesan
Arwah abah kata, jangan jadi penakut
boleh kalau nak takut, takut pada Allah
kerana Allah yang mencipta kita, abah juga kata
jangan tampar orang, kalau tampar juga
merana orang tu, aku pernah geram kat adik
aku babap dia dengan lima jari lebar aku
berbirat cik tot adik, lima jari aku berbekas kat cik tot dia
arwah mak kata, jangan nak mengata2 apa2 kalau nampak
buat tak tahu aje, sebab tak baik mengata
aku tanya mak, kalau mengata dalam hati boleh tak?
jari mak singgah cubit pipi aku, sakit ngko..
hari tu masa mak sakit, kak rin kata
jangan balik lambat, masuk rumah sebelum jam 12 malam
banyakkan baca yassin, kenali diri
dan sentiasa ingat diri, aku tak faham
masa mak sakit, aku tidur di sisi emak sebelah kanan
adik di sebelah kiri, anisah di kaki emak
kami gilir2 baca yassin, kalau kami x baca
kami minta jasa baik cd dan radio bacakan
bila mak meninggal dengan aman
kami (aku) faham, akan segala pesan itu
apakah???

4) Alone but never lonely
Aku bangun awal hari ini
hujan tahap sopan, tidak lebat dan tidak juga lemau
bila buka tingkap, ada angin sejuk menyerbu masuk
windsor basah, perumahan bata merah sunyi
ye lah sebab jam 4 pagi, segelas teh camomile (teh percuma ya)
dan sepeket biskut digestive, sambil duduk tepi tingkap
membilang titik hujan, di atas aspal depan sana
aku tahu, aku tidak keseorangan
kerana tingkap sebelah juga, ada lampu terpasang
suara Adele lemak merdu, menyanyikan melastik api dalam hujan...
hmm teh meluncur laju, biskut pun dah habis
suara subuh nyaring di hujung minaret
hujan sudah berhenti
......
ketika aku keluar nak ke office
Pengiran sebelah juga keluar
lengkap dengan suit macam nak pergi race
dan cagiva dia mengaum
apakah???
(Ehh sorry aaa...dia tu pangkat adik2..
dan dia panggil aku ahkakkkk...mwahahaha)

Nota: Kalaulah mak masih ada....aku rindu emak!

25 comments:

  1. buat bodoh jer dgn cik han ...lama2 dia pun boring nak layan kita..:)

    ReplyDelete
  2. DL: Masa tak tahu, saya boleh je buat bodoh tapi bila da tahu...tak boleh bertahanlah..rasa seriau semacam walaupun selepas Subuh...

    ReplyDelete
  3. hye,, hihi thanks bagi cadangan..
    memang ada terfikir jugak nak buat tu
    tapi, komitmen la..sebab Cc ni keje n belajar..
    awal tahun depan dah habis belajar, maybe boleh buat kut..:DDDDDDD

    ReplyDelete
  4. owh ya ke? rajinnya...salute! ok kalau nak buat atau dah start, let me know...tak sabar nak ada set doodleliciuouss in chewing gum, chef, snail, teng teng etc etc..ngee!:-)

    ReplyDelete
  5. Hantu? alaa dia nak gurau-gurau le tu ..

    lady, seriau je dengar kesan kencing manis tu. Makin seriau kalau tahap kencing gituuuuuuu je kuar. Tak terkawal .. bayangkan pergi bank duk baris tiba-tiba basah!! kan kes naya tu. hehe
    Utk lady jaga-jaga makan k .

    Bila rindu je kak mak bacalah alfatihah utknya..

    ReplyDelete
  6. Rashid, kan...seriau gila dengar kes budak tu tapi saya punya early stage dan saya concern, tu yg ambil berat nasihat doktor..funny juga lah kalau que kat bank tetiba meleleh ikut kaki seluar kan..kih!kih!kih! Eh tak baiklah...
    Ok thanks...biasalah kan..kita dah x de mak...:-(

    ReplyDelete
  7. betullah tu kalau ada kencing manis kena banyak control mkn..kesian jugak klu sampai kencing tak leh control tukan...arwah mak baru meninggalpun berpunca dari itu huhu ...masa kat hospital tengok org kencing manis rata2 kena potong jari bertambahlah takut jadinya .. sama2 kita jaga ek hihi

    ReplyDelete
  8. Eim diabetes ke? Saya early stage...arwah mak saya dulu kena inject insulin 2 kali sehari, dia kena pada usia 30. Saya ni dah kira sangat terkawal tapi terkena juga...ok take care ourselves! Hihi...

    ReplyDelete
  9. 1)
    salah satu kebanggaan aku, kali terakhir aku buat medical check up, semua normal. bangga aku! (syukur) tapi tu lebih dua tahun lepas.

    2)
    nah kau, nak sangat kan... hahahaa...! itu adalah makhluk dari alam gelap sana. alam yang selalu kau dambakan. ada bran?

    3)
    aku dulu pernah join budak-budak jahat, biasa jugak tengok scene pukul-pukul ni. tapi tengok je, tak sentuh pun. apakah aku layak jadi anak sulung arwah mak kau? (soalan serius shit ni)

    4)
    kalau suasana macam tu, aku pilih TIDUR...

    ReplyDelete
  10. SM
    1. Berbahagilah ko kerana bebas Dari sebarang gejala penyakit, bahkan ko patut bersyukur dengan saiz kurus kering ko tu...
    2. Memang aku sudah lama memasuki alam sebelah sana, cuma aku tidak menyedarinya...tapi bila aku menyedarinya ia jadi lain macam... Beran tak beran, aku terpaksa layan...dengan buat2 tak perasan...
    3. Tak ada jawapan, kalau aku ada peluang jumpa mak aku, aku akan tanya dia nak tak terima anak angkat..hik!
    4. Tdo bila2 pun boleh tapi nak makan biskut sambil minum teh kol 4 pagi sambil ada 'peneman' bukan sentiasa berlaku...

    ReplyDelete
  11. 1)izinkan aku berlagak sekejap...
    2)tapi jangan jadi sebahagian daripada mereka sudah.
    3)anak angkat kepala botak sejak lahir?
    4)ohye, sebab aku ada dinding halusinasi yang jarang aku langgar. kalau aku langgar jugak, maka aku dah melangkah ke alam luar normal.

    ReplyDelete
  12. Ok aku izin ko berlagak...sekejap saja tau...jangan ingat kurus tu cholesterol ko rendah ek...
    2. Eh tak mahulah aku jadi sebahagian mereka walaupun aku pernah masuk ke dunia mereka...
    3. Angkat la sangat...hahaha
    4. Halusinasi kita berbeza...

    ReplyDelete
  13. 1)subhanallah...
    2)takut? hahahaa...!
    3)tak boleh? sebab aku sangat layak berdasarkan semua nasihat dia kat atas.
    4)...sebab kita punya keperluan yang juga berbeza.

    ReplyDelete
  14. 1. Ko apa takut jarum, baik pergi cek...ngeri tau cholesterol tinggi, sebab ia penyebab kepada penyakit cardiovascular lain seperti jantung, paru2 etc...
    2. Memang aku penakut...tapi apa reason naik nak jadi makhluk dunia kedua beb..sebab jadi makhluk di dunia pertama lebih best...ntahnya kalau aku masuk sana, lebih hantu daripada hantu, tak ke naya!
    3. Layak eh? Itu baru suku nasihat, lagi tiga suku nasihat aku tau ko tak akan tertanggung...
    4. Ya...keperluan kita sangat berbeza...

    ReplyDelete
  15. 1)bukan takut jarum, kesian tengok lengan kurus aku ni kena kerjakan.
    2)jadi, kau kena la praktikkan cara hidup makhluk sebelah sini pulak.
    3)ah, belum try belum tau. dah nampak kimia kami berdua. hahahaa...!
    4)berbeza, tapi masih boleh bertembung dan bertegur sapa.

    ReplyDelete
  16. Kak, dlm byk2 point kat atas...sy suka point yg no.1.

    Dulu ms sy peknen, sy automatic diabetes sbb ada keturunan. And 2nd time test darah, gula capai thp 8.1....peh! Rs nak pitam! Org len peknen, dpt mkn ape yg diorang nak. Sy lak, takut sgt nak mkn yg bkn2. Takut gula naik tinggi dlm darah. Pastu appt jumpe doc sgt kerap. Sy tak berani nak miss appt walau sekali. Cuti sy byk habis. Tp kesihatan punya psl! Last2, pas bersalin....gula sy dlm 3.2 (lebih kurang) smpi ke kena tegur dgn misi suh minum air manis. Hohohohoho....

    Kak, sy hrp sgt akak jg pemakanan kak. Semoga akak sentiasa sihat dan gula akak terkawal!

    ReplyDelete
  17. SM, ada je lah alasan ko ni...grrr....kalu ko ni adik aku, aku heret telinga ko bawak p hospital tau!
    2. Aku praktikkan hidup sebelah sini le tapi kadang2 termasuk juga sebelah sana di bawah sedar..
    3. Eh ko ni, mandai jer...
    4. Ceittt! Ada beran?

    MF, tu la yg heran kan, asal pregnant je gula mencanak naik, x chek darah lagi. I never feel how pregnant it is but most csolleague kata memang amat menguji kesabaran terutama apabila deal dgn diabetes semasa pregnant. Dua hari lepas akak cek 6.3, itu bacaan after meal and without medication..so nurse kata it's quite ok, maknanya sangat terkawal. Tapi semalam tempted gila tengok durian kampung dan ia diletakkan di depan akak, memikirkan dah setahun akak x makan durian, so akak makan....5 ulas, tapi kecik2 je sebab durian kampung and it's fresh from kebun in NS. Nampak gayanya tahun depan la pulak baru boleh makan...haha. Ok u too, jaga makan. Jangan sampai sugar level rendah sangat pun x elok juga...thanks MF!

    ReplyDelete
  18. tak paham part no 3...

    p/s: awat dari semlm takle masuk blog you

    ReplyDelete
  19. Blu, no 3 tu kalu nak citer, agak detail sket...

    I sendiri pun masuk blog guna iPad, kalu guna pc atau lappy memang x bleh...I pun tatau nape..

    ReplyDelete
  20. LW, kalau citer agak detail..sila lah buat entry khas...hahahahah....

    ReplyDelete
  21. Blu, hahaha...itu cerita ala2 Siri bercakap dengan Jin tau...

    ReplyDelete
  22. pengiran? ooh pengiran...mana tau tetiba dia suka kat u..haaa kan dah bagus, 1st step before come the 2nd step...

    ReplyDelete
  23. NP, hik!hik!hik! No way....habis tu Pak Dalang I nak letak kat mana....bahahahah!

    ReplyDelete
  24. its not for you lah, for me...
    bila u kenal, u boleh kenalkan kat i...
    muahahahahaa...

    ReplyDelete
  25. Owh ok...noted! Hihi....harus diusahakan...kalau setiap minggu berlaku insiden sama...harus kan...maunya sangkut...

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...