Tuesday 29 November 2011

Misteri sekejap...

1)
Mengembara ke alam roh...warghhh vogue kan?
boleh ke gitu? Boleh! Macam mana?
Maka aku pun dengan penuh taksub bercita-cita
untuk mengembara ke alam roh
ketika aku aku berusia 18 tahun
kata ustaz muhammad, kalau diizinkan Tuhan
roh boleh keluar dari jasad
berterbangan antara langit dan bumi
dan masuk kembali ke dalam jasad...
mati kecil kah itu?

2)
Aku kerap juga tengok
peniaga buah di pasar chowkit
sangatlah tidak  senonoh
kerana jual buah yang sudah busuk dan buruk
tapi disusun cantik dalam pinggan
suatu hari Nasir bercerita
kenapa penjual sanggup jual buah busuk
aku terfikir2 siapakah pembeli buah itu
Nasir kata lagi, ia dijual sebab ada pembeli
siapakah pembeli buah busuk dan buruk itu?
Korang tahu tak siapa yang beli buah tu?

3)
Ada anak kawan aku
comel budaknya...kita orang panggil Nia
hobby dia suka cabut bulu kening kalau nak tdo
asal baring je, tangan otometik melekat kat kening
dah naik botak kening dia sebab tangan dia cabut satu, satu
mak dia puas pesan, cabut bulu kening tu kira ok lagi
tapi Nia jangan pandai2 cabut bulu mata
nanti Nia x boleh tido malam
agak2 kenapa mak dia tak bagi Nia cabut bulu mata?

4)
Dulu aku pernah shooting kat KB
drama tu judulnya Tuk Aji
arahan Meor Hashim Manap
so ada banyak lokasi yang kami singgah
ada satu rumah buruk tu, dalam ceruk hutan
di pinggir kampung
tengok dari luar macam buruk nau rumah tu
tapi bila masuk dalam, mak datuk bersihnya
aku ni bantai masuk jer sebab tugas aku jaga konti
konon nak cek lokasi, ada satu sejadah buruk belakang pintu
dan selonggok pinggan tembikar lama
sekitarnya ada pokok2 bunga, agak terbela
aku tak rasa apa2 pun, sebab dalam hati dah bagi salam
balik ke bandar KB, jam 2 pagi..
lepas mandi aku duduk balkoni dan x ingat apa2..
esoknya Ahmad Insani kata:
kakak, semalam kakak jadi tuan puteri
jenuhlah saya nak sedarkan kakak
kakak main dengan anak siapa semalam
anak kecik siapa yang kakak usik semalam
cehhh..seingat aku, tak ada pun budak kecil yg aku dukung..
apakah???

22 comments:

  1. 1) selalu, aku hampir tiap malam macam tu. tapi roh tu pandai balik sebelum waktu subuh, sejurus sebelum alarm aku berdesing.

    2) aku tau siapa, orang yang tertipu (let alone the mistic entity).

    3) mungkin mengikut kepercayaan, bulu mata tu berkaitan dengan hijab pandangan. apakah?

    4) tu la kau, kan dah kena. warning sebab tak reti hormat tempat orang. ohye, aku pernah jumpa meor hashim manap masa dia shooting kat tanjung ipoh, kuala pilah. muka serious shit, tak berani tegur. tengok orang macam nak kunyah. terpaksa aku menggatal dengan heroin dia. hahahaa...!

    ReplyDelete
  2. nice entry.. uih, kena pikir nak jawab ni.. anyway salam kenal.. jmput lwt blog bc entry br "jika@kalau' :)

    ReplyDelete
  3. nice entry.. uih, kena pikir nak jawab ni.. anyway salam kenal.. jmput lwt blog bc entry br "jika@kalau' :)

    ReplyDelete
  4. 1. Aku pun puas tanya ada ke amalan yg boleh buat roh kuar dr jasad, then masuk balik. Rupa2nya setiap malam roh aku menerawang then sharp pukul 4.30 pagi je dah ada balik kat dalam jasad...

    2. Wei...there's a mistic community who buy the fruit...memang ada but we can't see them...

    3. Apa takut dgn dia tu beb, memang muka siyes rock kapak tapi dalam hati ada taman...aku pernah tengok dia gaduh dengan bini dia..betul2 depan crew..senang jer dia buat nak cop kan bini dia...hihi..

    4. Yerp, bulu mata tu hijab...kalau x dak bulu mata...ngeri beb! Ngeri...tsk!

    Muhamad, thanks singgah..ok malam ni I browse sana yer...kazoom!

    ReplyDelete
  5. 3. Bukan cop tapi cool..typo error..ceittt!

    ReplyDelete
  6. 1) ha, tau pun...

    2) ya, itu adalah satu lagi komuniti yang kita tak nampak.

    3) aku tak takut, tapi muka dia tak cukup sweet banding heroin drama dia masa tu. hahaa...!

    4) sebab tu bulu mata aku lentik!

    *makin kuat typo error kau ni, ada entiti ghaib yang ganggu ke?

    ReplyDelete
  7. Hello...aku guna iPad le beb...tak biasa dengan skrin sentuh iPad yg kekwat tu...lain aku taip lain jadinya...ntah ya kot ada entiti lain yg tolong taip...bhahahahaha!

    ReplyDelete
  8. kau jangan salahkan iPad ke, iPod ke atau monopod sekali pun, salahkan NP yang tak back up kau. dia sedang dalam ketakutan hingga mengambil masa setengah purnama menyepi. hahahaaa!!!

    ReplyDelete
  9. Errk dey tambi SM, mana der...itu entiti exist punya...tarak kena mengena..setengah purnama tak purnama, ko bersiap sedia ya. Bila itu peluru sudah mari...tambi lu tau makan sirih saja lah..bhahahaha!

    ReplyDelete
  10. Sy tau sgt le sape pembelinya. Suami sy sendiri. Tapi first n last la. Dia teruja dgn harga murah. LAst2 smpi umah, lgsg tak ley makan.

    Baik mahal tp elok dan puas.

    ReplyDelete
  11. MF: puas hati kalau beli buah mahal sket tapi mutunya enak...ala sekali sekala...hihi

    ReplyDelete
  12. LW : aku takut...

    MF : ha, kan aku dah kata orang itu adalah orang yang tertipu. suami kau salah seorang.

    ReplyDelete
  13. Salah! Salah! Jawapan korang salah mengenai pembeli buah tu....

    SM, ohh aku ingat ko besi berani!

    ReplyDelete
  14. salah apa kalau ada yang dah beli. contoh macam komen ke-sepuluh.

    ya, memang...

    ReplyDelete
  15. meremang pulak baca kisah misteri yang terakhir tu...biar benau..

    ReplyDelete
  16. SM, aahh tetap salah...itu laki MF yg beli..aku tak maksudkan dia. Ada 'orang' yang suka beli buah busuk ni tau...ce ko teka sapa?

    CC, ya betul...ia berlaku pada saya..tak sedar kena sampuk. Masa tu jam 1 pagi saya keringkan ram but di balcony rumah tingkat atas.. Kata brader yg pulihkan saya tu, saya x masuk ke dalam rumah. Asyik le dok kirai rambut sy yg panjang dan masa tu juga mereka tahu something wrong happen to me..haha..

    ReplyDelete
  17. `orang' tu adalah... aku tau, tapi...

    ReplyDelete
  18. ok. sebab kau tau apa yang dalam kepala hangguk aku. naaahahahaa!

    ReplyDelete
  19. hehe lain macam seramnya cerita yg last tu...:)

    ReplyDelete
  20. Hehe daddy...ya lah, itu antara pengalaman saya sepanjang hidup...

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...