Monday 15 October 2012

Daripada anonymous...

"Aku tak tahu apa yang kepala otak aku nak sampaikan pada aku hari ini, tiba-tiba bau asap rokok menjadi sangat sedap pada deria hidu aku, rupa kopi hitam pekat aku nampak seperti segelas watermelon sejuk, sebuah treller panjang yang bergerak perlahan sebelah kereta aku subuh tadi nampak seperti sebuah beatles yang sangat cantik dan perempuan itu nampak sangat hodoh dan busuk pada pengamatan aku..bluerkkk..

Beberapa keping roti yang aku sapu nutella pagi tadi pun rasa seperti kuih karipap paling sedap dalam dunia manakala hujan meleleh turun dari langit, seperti air mata kesal yang tidak pernah mahu berhenti menangis akibat kemarahan bertahun...

Hari Isnin tidak bersalah, aku juga tidak bersalah...tiada siapa yang salah...cuma aku perlu tahu jalan untuk mengundur diri dari satu peradaban penuh warna buruk dan tidak langsung mencetus ilham untuk aku terus kekal di sini..aku perlu tahu cari pintu exit dan mahu pilih lane mana...semuanya sudah ada, cuma aku yang perlu tahu membuat pilihan.

Aku sudah injek morphine positive dalam jalur minda aku...aku harap morphine itu akan kekal untuk beberapa bulan akan datang, supaya aku tidak perlu lagi mengambil morphine dalam masa terdekat ini...

Aku perlu menjauhkan deria pandang aku dari sekeping lukisan jijik yang mengganggu minda aku..aku perlu menutup deria dengar aku dari sebuah transistor buruk yang kerap meroyan tanpa mengira wantu dan aku perlu menyediakan satu perisai teguh supaya syaitan itu tidak boleh menembusi kalbu aku yang satu ini.."

Daripada: Anonymous!

17 comments:

  1. ...aku tak faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain macam pulak cerita pagi ni (reply pada komen sendiri).

      Delete
    2. SM,
      kalu ko tak faham..aku lagi tak faham sms anon ni pada mula-mulanya...

      Delete
  2. cool....

    akak tak aktif lagi ke post cerita kat warna kaseh....schedule akak utk bulan ni, akak post tak nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. farah,
      tak sempatlah dear..kat S7W pun akak dah lama tak up entry..akak cuma tumpu pada sini saja...walaupun dalam kepala bersimpang siur kispen minta dilepaskan...
      Akak punya turn kat Warna Kaseh tu bila ek..

      Delete
  3. i hate office politics... seriously i am...

    ReplyDelete
  4. huh! full of metaphors!
    Jangan buat pasal sama lady.
    Yet, this is a very positive post. Thanks...thanks for lifting up my spirit:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cHeRyNa PiReS,
      O yeahh bebeh...terpaksa memberikan sedikit spirit yang ada kepada mereka (kengkawan) yang memerlukan...at least...with me..sharing is caring..and i mean it!:)

      Delete
  5. My guess is...I think somebody needs to be heard. He/she either chooses LW to listen up. That person seems to use metaphors in expressing their guilt feelings. Maybe about finding inner soul and Faith to keep going. Just breathe..:)

    *Satu luahan perasaan yg jujur*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza
      Yerp..he's my old fren and often buzz me when he's trap in a major problem..even nak beli present utk mem dia pun..he will roger me to ask and ok pulak tu bila i suggest beli itu ini...hehehe

      Delete
  6. kak, bila nak buh criter dlm secret7writer.?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik ahkak sedang mengeramkan idea,
      Tak naknya idea tu menetas dik oii...ekekekeke?

      Delete
  7. sebenarnya aku masih di opis.. jadi belum dpt 'jamah' hidangan ini dgn nikmat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy
      Tak pe bila-bila pun kau boleh ‘rasa’ hidangan itu..hehe

      Delete
  8. mcm boleh kenal saja si anon tu

    hmmmmm....aku perlukan detektif conan skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telor Power
      Ehh ko kenal si Anon tu yek? Jap bro aku tanya dia, dia kenal ko ke tak..hoho!

      Delete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...