Wednesday 3 October 2012

They are special...

Akhtar, leka bermain dengan peralatan bilik sensori yang sesuai dengan permalahannya...
Sekali sekala geng dengan kanak-kanak autistik ni memang best. Macam Akhtar, kanak-kanak ni comel dan handsome. Ahaa tapi sebab dia adalah penghidap autisme, Akhtar perlukan lebih perhatian. Jadi mak bapanya hantar dia di rumah penjagaan untuk dididik oleh terapis berkebolehan. Ada satu bilik dalam rumah tu dinamakan bilik sensori yang sangat unik...aku sempat masuk dalam bilik sensori tu dan ternyata kesan ketara dalam bilik itu ialah rasa nak tidur dan cool..bilik sensori ini bertujuan nak kontrol kanak-kanak autistik supaya lebih tenang dan tahu apa yang mereka nak sebab kanak-kanak autistik ini selalunya hiperaktif. Akhtar ada satu kakak yang khas untuk manage dia.
Pic di atas ini adalah bilik sensori untuk kanak-kanak autistik...bilik ini memang magic sebab nampak tak kanak-kanak lelaki yang dok celah tiang tu..kata cikgunya, boy tu memang suka dok celah2 tu sebab dia akan duduk diam dan menikmati ketenangan bunyi air dan lihat buih2 dalam tiang kaca..kita tidak tahu apa ada dalam fikiran mereka bukan. Justeru sebagai individu dewasa, ibu bapa khususnya jangan berasa kekurangan kalau anda ada anak autistik. Mereka ini bijak dan boleh diasuh sebenarnya..
Macam biasa, lepas penat2 belajar dan main dalam bilik sensori, Uncle Ronald McDonald akan datang memeriahkan suasana. Last 2 weeks ada sambutan Purple Day (Austisme Day) kat Suria KLCC..macam-macam benda depa jual dalam usaha mengutip dana untuk kanak-kanak autistik. Semuanya berwarna purple, sebab tu dipanggil Purple Day. Suki Low pun ada buat show.
Suki menyanyi dengan penuh penghayatan untuk kanak-kanak autistik yang ada di acara berkenaan. Pic bawah, Jason, juga menghidap autisme tapi dia suka main organ dan masa acara ini, dia mainkan tiga lagu gubahan Bethoven...aku tak ingat Symphony no berapa yang dia main, kami semua terkepun dengar dia main..walaupun autisme, Jason boleh bermain instrumen dengan baik dan kemas.
Nota: Ada banyak pertubuhan dan organisasi yang boleh membantu anda sekiranya ada anak atau adik yang menghidap autisme. Jangan nafikan hak mereka untuk belajar dan bermain bersama-sama rakan sebaya sebab mereka ini bijak jika kita tahu mengendalikan masalah mereka.

23 comments:

  1. ni anak buah yg akak citer kat saya tu ari ke?
    sebenarnya..kalau bg yang mmpu anak2 sebegini akan terbela tp bg yg tak mampu dan juga takde info,anak2 ini akan terbiar.kasihan kan?

    moag yg terbaik utk akhtar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      anak buah akak tu nerve problem. Yang purple day ni akak pergi sebab dapat invitation daripada KLCC...depa buat kempen nak kutip derma untuk OKU. Ya betul kalau kat bandar, mak bapa ada kemudahan untuk hantar anak tapi kalau kat kampung, mereka kebanyakannya tak bersedia dah dedahkan anak begitu...

      Delete
  2. kena banyak bagi awareness pada mereka yang ada anak mcm ni sebab kadang2 mereka tak tahu kemana nak dihantar anak mereka tu... lebih2 lagi pada mereka yang dikampung2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenet Penne
      Mungkin lepas belanjawan hari tu, taska di kampung pun akan dapat juga kos untuk bina pusat pendidikan bagi kanak2 autistik kan...harap duit tu tak hilang le...

      Delete
  3. kalau ada anak-anak yg autisme memang kena masuk kelas khas kan?? susah gak nak control sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mystorypic,
      A ah beter parents pergi hantar ke sekolah khas sebab mereka ni boleh dididik cuma kena ada kesabaran lebih je..:)

      Delete
  4. Memang kanak2 autistik ni istimewa. Kadang2 kita perlu belajar dgn mereka cara berfikir mereka yang unik tu. Akak pun kadang2 kagum dgn kebolehan bebudak ni.
    Dik, terimakasih kerana doakan mak akak ya. Semoga doa para malaikat utk adik dimakbulkan Allah. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Aidah..owhh tak apa..saya pun dah tak ada emak..baik juga saya doakan untuk mak kak aidah. Saya tahu macam mana suffernya kalau kena backpain. Saya kerap kena problem tu kalau stress di tempat kerja...memang mengganggu sangat...
      Btw saya harap mak kak aidah dah ok ya..:)

      Delete
  5. Setuju dgn nenetPenne kena banyakkan lagi di kawasan kampung2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon..ya betul. Mereka yang dikampung pun wajar diberi kemudahan sama kan...

      Delete
  6. Penting untuk sediakan mereka dengan kemahiran menjalani kehidupan kerana ibu bapa takkan dapat berada di samping mereka selama2nya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak DInas
      Ya, sebab tu ibu bapa kena ajar mereka berdikari, bekalkan mereka dengan kemahiran hidup yang mereka boleh jadikan bekalan masa depan...

      Delete
  7. kekadang kita konpius antara orang autisme ngan orang pemalu, kan.!

    budak autism dalam criter 'six sense' bulih nampak hantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa,
      autisme ni pesakitnya, lazimnya kanak-kanak mereka bukan pemalu tapi tak boleh bercakap dan suka duduk dalam dunia mereka sendiri, tapi ada juga yang akan bergerak aktif dan mesra dengan siapa saja..itu sixth sence buleh caya ka? hehe

      Delete
  8. bagus ada org prihatin dengan kanak2 istimewa nih..
    haih lama tak bermesra dgn dorang..dulu aku jadi cegu sementara mengajar kanak2 istimewa nih..
    aku sedih , tapi mereka hepi dgn hidup dorg..sungguh kuat kan mereka!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. CikZaitul pernah deal dengan kanak-kanak autisme ke dulu? mereka ni sangat peramahkan...kita banyak kali juga jumpa budak2 ni. Mereka tak kenal kita tapi tetap nak salam cium tangan dan belek-belek muka kita..macam kanak-kanak down syndrom...yg kita notice, mereka ni comel dengan perangai gitu..

      Delete
  9. aku tak sesuai la kot sis....pasal aku suka lihat budak kecil dan kanak2 menagis, menyakat itu perlu supaya mereka cepat dewasa hihihihi

    *time nangis jgn harap aku ada ditempat sekitar tu.bila dah senyap aksi menyakat akan berulang kembali. seronok sgt sakat orang ni kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, one day nanti kalu ko datang windsor, ko mesti try usik anak buah aku, tengok apa tindakan dia..sekali dia meraung...pintu kaca pun boleh pecah tau tapi sekali dia da baik dan kenal ko..buat apa pun dia tak heran eh...muehehehe

      Delete
  10. suka suki!!!
    dan sangat suka apa yg ditulis. kenapa tidak perasan ada event macam nieh walaupon sangatlah dekat dgn tpt itu.
    hanya teringat purple day je.

    terasa ignorant pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cHeRyNa PiReS,
      tak pe..next time ada lagi..ill remind u then...best tau deal dengan dia orang ni..full of love and really consistant dia orang punya kasih sayang...

      Delete
  11. budak2 istimewa ni bijak2 sebenarnya kan.. ah! aku teringat semula movie mercury rise lakonan bruce will

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy
      yer, derang memang ada specialty memasing...cuma kita je tatau cemane nak build up derang punya kelebihan...kalau ibu bapa, mesti jangan cepat fade up kan...shinta buat apa weekend ni?

      Delete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...