Wednesday 24 October 2012

Nostalgia kedai kopi dan Sekeping Kong Heng..

Arwah abah tak pergi kedai kopi sebab kedai kopi beliau adalah di dapur emak. Lazimnya dia akan bangun pagi-pagi dan selepas solat subuh, dia kacau segelas milo dan duduk depan pintu dapur mengadap pokok rambutan gading dan reban burung merpati sambil baca akhbar semalam. Itu adalah rutin dia yang tidak pernah gagal dilakukan selepas pencen sehinggalah empat hari sebelum meninggal pada 2006.
Pelbagai lampu dilekatkan pada dinding, menyuntik rasa romantik sebab cahaya suram..aku suka lampunya yang ada banyak butang besar itu..
Tapi masa dia bertugas sebagai mandor jalan di JKR, ada kedai kopi dekat stor mandornya dan dia pergi minum situ. Arwah mak kata, abah suka minum situ sebab tauke kedai itu cantik lawa orangnya. Abah kata bukan sebab lawa dia pergi minum, tapi sebab ada Ir JKR yang suka belanja dia minum situ. Ok aku sekali sekala suka juga dengar ‘pergaduhan’ mereka yang akhirnya akan ditelan angin lalu bila abah kata, “ Cik Maryam, saya dah kukur kelapa, buatkan gulai lemak ketam, nak makan. Saya dah beli ketam segar dari Pantai Tujuh kan...” Dan mak pun akan bergegas menyediakan gulai lemak ketam.
Kek oren lembap dengan krim karamel ini amat mengetuk perasaan..dinikmati bersama orang yang mendatangkan kegembiraan kepada kita, dalam suasana yang juga membangkitkan semangat positif dalam kehidupan...ehhh berangan lagi...fuhhhh! Seperti mana minyak wangi, makanan juga ada aura dan magisnya yang tersendiri...aku teringat kepada mak sebenarnya kerana dia akan kata apa saja kek yang aku buat adalah sedap pada cita rasa dia, seorang mak..akan sentiasa membahagiakan anaknya...kalaulah mak ada..!
Aku tak pernah buat macaroon..sebab leceh. Macaroon adalah manisan yang manja dan sangat menuntut perhatian kala membikinnya. Kalau tak biasa buat, ia jadi choyyy! Jadi aku tahu makan saja. Macaroon di BnP ini secara umumnya jadi sangat menyelerakan sebab kami makan berebut-rebut, cubit sana sini cubit sini sikit dan dalam sebiji macaroon ada semangat setia kawan...
Ok ini adalah kisah kedai kopi sebenarnya, bukan kisah mereka berdua yang selama-lamanya buah hati pengarang jantung aku. Di kampung kami, ada satu kedai kopi femes diberi nama kedai kopi abang awang. Sehingga hari ini, kedai kopi abang awang masih wujud dan beroperasi macam biasa walaupun pemilik asal, En Awang, sudah meninggal dunia, namun legasinya ‘Abang Awang’ masih utuh dan sinonim dengan kedai kopi itu. Pengendali kedai kopi itu kini adalah Abg Manaf, anak kepada En Awang dan Makcik Esah.
Barang lama, antara aksesori di BnG...
Kedai kopi ini adalah satu-satunya kedai kopi di kampung kami dan aku tidak tahu lagi sama ada wujud kedai kopi lain. Bagi aku, kedai kopi mereka adalah versatile kerana daripada pakcik beca hinggalah imam surau dan YB datang minum situ. Ada jual juga nasi berlauk. Pendek kata walaupun statusnya kedai kopi tapi ia adalah level kedai runcit sebenarnya kerana ada jual macam-macam di situ, belon tiup yang harga 20 sen tu pun ada jual dan aku adalah pelanggan tetap yg membeli belon itu.
Inilah dianya canele yang dikatakan berasal dari Bordeaux itu. Rasanya macam kuih sarang semut dan teksturnya sangat lembut. Kami pesan dua biji canele dan dimakan berlima...sangat teruja!
Kini, setelah bekerja dan hampir setiap hari memasuki kedai kopi mahal dan murah (tugas aku kadang-kadang memaksa aku lepak kedai kopi), aku jadi agak sentimental dengan kedai kopi. Kedai kopi pertama yg aku masuk waktu dating dengan KA ialah di belakang Kota Raya, kira-kira 18 tahun lalu. Kedai mamak sebenarnya, dah tak wujud pun kedai itu. Kedai kopi lain yg aku masuk selepas sejurus seperate dengan KA ialah di Ulu Klang, kedai itu masih wujud. Dua kedai kopi ini mencatat sejarah sendiri dalam kamus hidup aku kerana ada peristiwa di sebalik seronok menghirup kopi.
Burps and Giggles yang aku masuk di pekan lama Ipoh adalah antara kedai kopi paling happening rasanya sebab ada banyak ciri yang aku suka ada di situ. Di belakang kedai kopi itu ada satu lagi kawasan dinamakan lazy lane, kiranya lazy lane ini adalah private area sekiranya main area penuh, so pelanggan boleh beredar ke lazy lane. Memang lazy lane habis sebab kerusi plastik jer dan berdindingkan simen lama dengan payungan pokok ara yang meredup meneduhkan meja.
Lazy lane..kali pertama lihat kerusi lama ini, ia buat aku teringat pada kerusi meja makan di rumah emak suatu ketika dulu. Ada sejuk yang melata-lata di lazy lane ini..nyaman dan tenang. Menghirup kopi dengan suasana begitu, berteman seseorang...nikmat!
Syam leka mengambil ingatan di bahagian bawah Sekeping Kong Heng. Bahagian bawah butik hotel itu dijadikan kawasan menelaah kerana ada banyak buku disusun pada rak batu bata. Ia berkonsep terbuka, bersatu dengan alam, didakap gelap malam...sambil bulan kelam, menyuluh rasa suram, pada hati yang mula merindu...(ayat ini akan muncul dalam satu karya kreatif..soon..hehehe..wish me luck yeahh..the project is on the way...)
Kalau duduk di situ sehari suntuk pun aku boleh sebab ia membangkitkan satu rasa yang sangat halus, terutama bagi mereka yang suka berangan/menerawang macam aku. Sambil hirup kopi, sambil makan canele, sambil puff...ehhh? Dan sambil roger2, blogging, FB-ing dan off to Sekeping Kong Heng untuk relax (ohh tidak, mak tak mampu nak bayar sewa di Sekeping tu..uhukk!). Oh ya Sekeping Kong Heng itu ada aku sebut dalam entry terdahulu, butik hotel yg disetup di bangunan lama, namun kaya dengan elemen artistik. Hebat sungguh hotel itu pada pandangan aku, hebat sebab idea dan ilham pemiliknya menukar wajah bangunan terbiar kepada sebuah tempat istirehat yang sangat menyenangkan. Kalaulah bangunan terbiar di KL dibuat begitu, mesti KL jadi antara bandar pelancongan yg terkenal kerana pelancong Eropah dikatakan suka akan penginapan begini.

33 comments:

  1. this is nice...
    lagi nice kalau dapat pegi lagi
    lepak situ minum kopi
    tengok gelagat orang
    tengok keindahan tempat lama
    makan2
    seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne
      Yep..very the leisure sangat...we deserve kan, lepas seharian kerja keras dengan jumpa pelbagai jenis manusia kepala batu, sekali sekala kita membatukan diri sambil pekena kopi pekat...di lorong malas tu...perghhh!

      Delete
  2. I just love coffee shops,Vintage!
    I can imagine myself living in the 50's era. Huhu
    I miss you btw :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ma Cherie Liselle,
      Yes..i miss u too dear..how is your study? Hope you doing well. YESSZA the right word, vintage...!And i often imagine sitting at the balcony while sipping a coffee...berangan lagi!

      Delete
  3. Dan seperti biasa, sebut kedai kopi terus rasa nak lepak bersama. Sbb minat kita macam sama je:)

    Masih tak pergi Sekeping Kong Heng lagi. Nak pergi dekat Kopi Kluang, katanya ada babi. So, ntahlah...rasa niat nak berkopi makin menjadi2 nieh:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha,
      ya rasanya banyak persamaan..one day nanti kita lepak pekena kopi ya..sambil makan skon atau whoopie pie..dari dapur sendiri..sambil dengar deru air dari fountain kecik tepi pintu..:)

      Delete
  4. suka hidu bau kopi especially kopi tumbuk tapi i tak minum kopi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. blu4sky,
      best kan bau kopi, rasa melayang minda kalau dapat sedut bau biji kopi fresh!

      Delete
  5. sungguh nostalgik, terasa nostalgianya. arwah pak aku suka hinggap di kedai kopi, dia akan order satu cangkir kopi 'o'. ...dan kalau dia bawak aku sama, dia akan tuangkan sebahagian kopi 'o' itu ke dalam piring, untuk aku...! (ada ka patut.!)... dan kami berkongsi secangkir kopi 'o' itu... hehehe...
    ya, aku masih ingat lagi kedai kopi, zaman retro itu, yang dipenuhi meja marble bulat, berkaki satu yang seperti banir pokok tapang...

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa,
      kedai kopi kat kampung aku tu guna bangku panjang..jadi duduk pun berhimpit-himpit dan kalau nak bangun kena kankang besar sikit bagi yang rendah..ada juga depa campur dengan meja marble dan kerusi rotan..
      meja tu memang nostalgik kan..ada satu zaman ia jadi sangat femes...:)

      Delete
    2. criter history fiction memang feveret saya. kalau saya beli novelpun, saya lebih cenderung untuk yg genre nih. novel yg sci-fi, romance, atau thriller kureng sket. eh, cubala buat cerpen genre nih pulak.!

      Delete
  6. Akak nak kek oren lembab dengan krim karamel tu, pliss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,
      Nak kek oren lembab?? Sila turun ke Windsor yer..nak makan apa pun boleh. Jangan lupa bawak Cik G sekali naaa...hikhikhik!

      Delete
  7. dah lama tak masuk kedai kopi eh tak masuk sini, tp kedai kopi pun dh lama tak masuk gak....last masuk kedai kopi dlm tahun (tahun 74) kalau tak silap...kat kampung cuma ada satu tu jer kedai kopi, kami panggil "kedai kopi hailam" sebab memang nama kedai kopi tu camtu, china dari suku hailam yg meniaga, cawan dia yg bibir tebal gambor bunga kaler ijau tuh...kopi dia fullamak! nangis kalau diingat2..sampai sekarang tak jumpa lagi aroma camtu...taktau la kedai tu wujud lagi ker tak pasal akak tak pernah lagi masuk kampung tu...

    tp akak selalu masuk situ bukan utk minum kopi tapi untuk beli aiskrim colet dgn duit upah dari Nek Yam lepas semak dia punya hafalan surah yaasin...sekeping 20sen tapi heaven..

    gambor2 menarik eh tp dua yg last tu seram jer ek?

    selamat hari raya aidil adha sis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sist Quennie,
      Wahh kedai kopi hailam tu femes kan suatu ketika dulu, even sekarang pun ada keai kopi cina style macam tu. Saya lalu kedai kopi dekat rumah bila nak pi mengaji..sambil tu singgah beli jajan...saya paling ingat kedai tu pun sinonim dengan cawan berbunga hijau dengan bibir tebal tu kan..nostlagia sungguh!

      Delete
  8. aku juga suka kunjungi tempat macam ni.. sejuk aja hati bila lepak tempat macam ni...

    nampak LW selamba jer jenjalan dgn selipar jepun hehehe.. cayalah :D

    *Selamat hari raya... jom minum kopi sambil termenung dekat tingkap :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy,
      Kalau aku berpeluang ke Sabah nanti, bawak aku ke kedai kopi paling best yeah..
      hehe selipar jepun itu trademark aku sebenarnya...
      Selamat hari raya juga, memang malam ini adalah masa untuk bermenung2 tepi tingkap tau!

      Delete
  9. Hi Lady windsor, wow! I love this place, cozy ambiance.
    And the cakes looks really delicious.......great decor too.
    Here's wishing you and all at home selamat hari raya haji.
    You keep a song in your heart.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Uncle Lee,
      Thanks for dropping by..you should try it.. i tell you, its awesome and romantic...hehe.
      Okeh wish you good day too...tc!

      Ya sudah simpan satu lagu dalam hati.

      Delete
  10. wahhh..apa dah jadi ni...semua menyorot kat kenangan yang paling berharga dalam hidup..klassik ni...abang bro suka...

    el mariachi @ abang bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abang Bro@ el Mariachi
      Kat Ipoh tu banyak mende klasik, tu belum gi jelajah kat Kuala Kangsar atau Bukit chandan lagi tu...kalau tak, lagi banyak benda nak tulis...best kan!

      Delete
    2. ye ke...baru gi Ipoh ke ?tak ajak punnn..hehehe...

      Delete
  11. Just an opposite of me...dont favour coffee and dont like lepak2 kat kedai kopi..or mamak. But i love the cozy ambience of that place. I love the interior, and i thought it is a good place to hang out and chill down. Eh...tercakap omputih plak hari ni..sorry eh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah,
      Opposite tak opposite, i bet you will love the cozy ambience and romantic feeling being chill at the place..ehh tersasul cakap omputeh celup plak...kehkehkeh! Nak nunggu excellent memang tak akan excell nya i ni...so taram je lah...muehehe!

      Delete
  12. cerita kedai kopi (bila aku ikut bapak) selalunya seram-seram... ala-ala siri Bercakap dgn Jin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh menariklah cerita kedai kopi ko tu...buat la entry bercakap denan Jin tu weii..

      Delete
  13. Saya tak pernah minum kopi di kedai kopi. Bila balik kg ja baru minum kopi..tu pun kopi yang mak masak dan tumbuk sendiri.

    Cantik2 gambar kedai kopi yang kak pernah pi. Memang artistik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Niza,
      akak ni lately ni jer baru pandai minum kopi kat kedai kopi..dulu akak minum milo kat dapur sendiri jer dik..:)

      Delete
  14. Salam kenal dari Kak Sham.
    Kak Sham jarang melepak kat kedai kopi sbb x minum kopi & Cik Asben pulak jenis yg suka memerap di rumah.
    La ni pun cuma dpt peluang bfes di luar sbb anak2 ada kelas karate Sabtu pagi. Otherwise.. memerap lagi.
    Tho' Kak Sham mmg sebenarnya suka mkn2 di luar especially with my mom. My dad jenis memerap di rumah. Hence tiap kali balk Msia mmg jarang Kak Sham bersarapan di rumah. Siap buat wishlish lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Kak Sham,
      Thanks singgah. Sebetulnya minum kopi di dapur sendiri lagi heaven kan, tapi orang macam caya ni ala-ala lone ranger, jadi mana sempat singgah sama kawan-kawan saya pun zass je la..seronok juga leisure sejam dua kat kedai kopi, sambil minum sambil imbas nostalgia lama..
      Kak Sham kalau balik Malaysia jemput minum kopi kat Windsor ya...kita minum sambil chat..must be nice..hehe!

      Delete
  15. Replies
    1. RieTTa,
      try le..sedap juga tapi kat sini tatau sama ada mereka ada jual atau tidak..

      Delete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...