Monday 15 October 2012

Anon dan amarahnya...

Aku lemau hari ni...seperti kata Anon, Isnin tak bersalah...hanya perasaan aku sendiri saja yang rosak binasa. Dan panggilan ‘emergency’ daripada Anon sekejap tadi buat aku makin terkesima. Biar aku kongsi bersama kamu semua mengenai apa yang kami bualkan...(jangan risau, aku dah beritahu Anon aku nak buat entry akan luahannya ini, dia kata proceed...)

Anon: LW, aku baru lepas menangis...
Aku: Hahh...apsal ko nanges beb?
Anon: Kau nak kata aku dayus ke sebab jantan menangis?
Aku: Ehh takk..maksud aku apa yg tacink sangat tu? Sampai kau leleh?
Anon: Yelah..bini aku buat perangai tak mahu masak dan tak mahu tidur sebelah aku pun aku tak leleh macam ni tahu??
Aku: Kenapa eh? Cepat citer pada aku?
Anon: Perempuan busuk dan jijik tu sudah tabur garam pada luka dalam hati aku...
Aku: Maksud kau?
Anon: Sebelum ini dia kata tender aku tak complete...kali ini dia kata tender aku hilang dan tak sampai ke tangan dia..aku rasa dia perempuan paling sundal dan celaka yang pernah aku jumpa sejak aku  hidup lebih empat dekad ini..memang hanjing...
Aku: Sabar beb...heyy kau patut sabar.
Anon: Sebab aku sabarlah aku bercakap pada engkau dan bukannya aku sumpah seranah perempuan pukimak itu hidup-hidup...
Aku: Ok aku faham..
Anon: Aku bukan alim pun, tapi lepas aku menangis mengadap kiblat dan, bercakap kepadaNya dan bercakap kepada kau...aku rasa hidup ini adalah adil. Aku tahu Tuhan ada perancangan lain untuk perempuan jijik berhati bangkai babi itu...aku tahu.
Klik!

Talian putus dan aku tak tahu nak kata apa...astaghfirullah..Tuhan, tolonglah dia...dan tolong aku juga...

28 comments:

  1. i rasa ini pasal orang tabur pasir dalam periuk nasi seseorang...

    tak boleh ke kita hidup dalam keadaan yang aman dan damai?

    persoalannya kenapa perempuan tu buat kat lelaki tu mcm tu?

    ahhh duniaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenet Penne,
      Lebih kuranglah...tabur pasir..sekat peluang yang ada...i pun turut rasa sakit hati...

      Delete
    2. ini mmg JAHAT sungguh.


      pssst : pas ni nak kol LW lah nak ngadu hik hik hik

      Delete
    3. boleh tak? kalau boleh, nak cek tgk nilai baki yg tinggal lagi ni hihihihi

      Delete
  2. kesiannya..mesti kes teruk tu
    kalau tak takkan semudah itu lelaki nak menangis kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      Dia terlalu sakit hati, dan cuba mengawal kemarahan dengan cara demikian..gaduh dengan bini pun dia ok lagi...tapi dengan perempuan setan ini katanya kalau boleh dia nak...*&^%$..huhu tak berani nak sebut..

      Delete
  3. cobaannn....
    kerja sendiri payah, kerja makan gaji pun payah.
    kesimpulannya: kerja memang payah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      Banyak benda payah dalam hidup ni..dan kita ingat sebab ia buat hidup kita jadi complicated...tapi ini bagus untuk mematangkan kita...

      Delete
  4. moga anon bertabah. Anon kena kuat.. bukan pasal anon lelaki.Tapi pasal anon orang islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong Propaghandi
      Ya betul, dia ingat juga sebagai muslim, dia berserah pada Allah...tapi nak juga mengadu pada kawan katanya...

      Delete
  5. Aduh mak....semoga dipermudahkan urusan anon. TErasa-rasa sakit hatinya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah,
      Katanya hidup harus diteruskan..nasib baik dia faham kenapa akak buat entry dia di sini..

      Delete
  6. ye kita kena BE STRONG walaupun kirta tak se STRONG mana hehehe...aku tahu rasa pedih pilu Anon tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. El Mariachi @ abg bro
      Ya..anon ini meluahkan kemarahannya terhadap orang lain kepada saya...dan saya dengar saja...itu pun sudah boleh membantu dia dan buat dia rasa lega katanya..

      Delete
  7. org yang buat tu lupa ke.. esok2 dia pun kena jugak.. doa org yang teraniaya ni.. mustajab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HaniAsyira,
      bila kuasa ada kat tangan...mereka jadi mudah lupa bahawa mereka berada di bawah langit Tuhan...semoga kita tak jadi macam mereka kan..

      Delete
  8. moga ada sinar utk nya nanti... insyA rezeki ada di mana2... ada hikmah di sebalik semua kejadian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      Yerp rezeki ada di mana-mana asalkan kita rajin berusaha dan tawakal kepadaNya..saya tahu Anon tu akan masuk sini dan baca...thanks on behalve of him ya..

      Delete
  9. I know someone in that situation dik. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..semoga dia tabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,
      Ya betul, kita hanya mendengar dan dia yang mengalami..is ok..dia dah cool katanya...dia faham konsep rezeki katanya..rezeki dia bukan di situ..:)

      Delete
  10. tak tahu nk kata apa... huu. Harap si Anon itu bersabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ReenApple,
      Anon mesti senyum baca komen kau ni..dia memang sabar dah pun...:)

      Delete
  11. kekadang, kita marah. kekadang kita tak marah. kekadang kita diam. kekadang kita tertidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa,
      yang pasti, kita ada cara tersendiri untuk meredakan kemarahan itu kan...dan aku berasa sedikit lega dapat menurunkan darjah kemarahan si anon ini.

      Delete
  12. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua di dalam meneruskan kehidpuan seharian. Aminnnnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah,
      InsyaAllah mudah-mudahan..semoga kita semua menjadi yang terbaik..termasuklah Anon rakan saya ini..

      Delete
    2. Lady pesan kat Anon , Anggap saje segala yang berlaku ada hikmah. Perancangan Allah SWT itu terlalu sempurna sehingga tidak terjangkau dek akal dan minda manusia.

      Delete
    3. Cik Ina, tq bagi pihak dia...Anon tu memang masuk baca..katanya dia boleh hilang stress baca komen kengkawan kat sini...heee:)

      Delete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...