Friday 30 November 2012

Darth Vader is in the room..?

Apakah perkara paling syiok dilakukan sebagai pengguna/pembeli? Tentu je tawar menawar atau minta harga kurang dari harga asal kan. Aku tak mahir sangat bab tawar menawar ni sebab kalau beli barang kat kedai gergasi, haremmm boleh tawar, lagi kena sembelih ada. Kalau pergi Chicongkai atau Petaling Street, Cina situ memang garang. Kalau pegang tapi tak beli, siaplah kena pegang suruh beli kan..iskk ngeri.

Jadi sambil berfoya-foya kat sebatang jalan ni, namanya Dongman Street di tengah-tengah bandar Shenzen, aku dah termasuk ke dalam kedai yang penuh sesak dengan manusia. Berkepit-kepit lah juga..tapi nasib baik cuaca sejuk 13 C langsung tak de rasa penat. Berjalan dengan dua lagi backpakers macam aku, kami masing-masing tuju ke kedai yang barang kami nak beli. Sorang sibuk dengan gajet audio, sorang lagi nak beli tshirt dan legging dan aku dah rambang mata tengok thumbdrive yang comel dan kenit tu.

Kat Dongman ni kedainya rapat-rapat dalam satu bangunan besar. Semua ada jual, pendek kata u name it u got it, cuma mak bapak dan atuk nenek je tak de jual..:) Sedar tak sedar, ini adalah sesi tawar menawar yang dialami...

LW: You got Pocoyo?
Amoi: Pocoyo (dia tunjuk bentuk pistol pada aku)
LW. Not the pistol. Pocoyo?
Amoi: (dia buat muka poyo).
LW: You got Ben10?
Amoi: (Lagi sekali dia buat muka seposen)

Bayangkan kalau harga 1000gb tak sampai RM400...arghhh memang tergoda-goda nak sambar benda kecik cenonet tu pada harga yang sangat murah. Sapa-sapa yang tengok mesti nak beli banyak kan. Jadi bermulalah sesi bargain membargain thumbdrive itu. Kualiti lain cerita, aku harap semua ok sebab minah penjual tu siap test nak tunjuk yg benda itu adalah 8gb dan harganya 16rmn (renmimbi) Campur tolak duit kita, jatuh RM8 satu..waahhhhh kami semua memang buntang mata dak si Unn sambar 50, adik Farina bantai 30 manakala aku berpada-pada sebab bajet mak ciput je nak, sempat beli 14 ketul jer..

Akhirnya penat tanya watak yang aku nak tapi tak ada, tersambar juga darth vader, lilo, buzz, minimouse, sponge bob, smurfs, garfield, donald, goofy, tom the cat, kitty and nikon. Aku konon nak beli yang 8gb sebab rasa dah hebat gila dengan benda sebesar tu manakala si Unn pula yang sambar 50 unit tu, ada termasuk yang 64gb dan 32 gb sebab amoi kedai tu dah pening kepala bila kami serbu serentak.

Kalau ada orang nak bagi benda ni satu pada korang, suka tak? Suka kan? Kan?
Ini adalah Dongman Street, sebuah lokasi membeli belah gajet elektronik yg sangat awesome..sebab boleh bargain kaw kaw punya..macam wall street..time orang ramai harga melambung tinggi. Time nak tutup kedai...jatuh suku je harganya terutama pendrive yang dibeli tu..best kan!
Ini adalah ahli mesyuarat tingkap saya yang baru..lilo, mini, kitty, darth and buzz..tu watak hijau tu apa ke namanya..obi ke apa? Siyes aku tak ingat..
Saya adalah sangat comel...korang ada? Ngeee...

24 comments:

  1. ololo..comeynya kak. serius tibe2 jd mcm kanak2 riang bile tgk benda2 kecik cinonet ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti
      Kan, terus bertukar watak masa pilih2 gajet tu..semua nak gambar kartun..:)

      Delete
  2. Yang hijau tu obi wan kenobi :) saya nak darth vader yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      O ya obi wan kenobi...oo nak darth vader?
      Meh balik KL..hehe

      Delete
  3. alahai spongebob comel.. sy penah shopping kat beijing.. erkk.. sebijik mcm petaling street.. sabor jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haniasyira
      betul dik, kena sabor banyak-banyak
      kalau masuk ke kedai gitu..
      rasa semua nak beli...:)

      Delete
  4. Asslam LW..memang murah dan macam2 bentuk dan rupa..acik tak pernah tengok..mungkin sebab dah lama tak beli benda ni..yang lama masih elok..guna je..dah pehun padam..masukkan yang lain..he he..teruk kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Acik,
      Saya pun guna satu dua jer, delete bila penuh.
      Lepas tu recycle guna lagi...
      ni dah ada banyak pun sayang nak guna..hehe

      Delete
  5. lor.. ada eh bentuk2 gitu?
    aku baru tau.
    kesian.


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tasekM
      Laaa dik..akak ingat ko tau..
      ada lagi bentuk aneh yang pelik
      yang mungkin buat mata ko
      buntang tau dik..

      Delete
  6. Alahai comeeeel nya....nyampah dengan hubby dulu dia gi sana langsung tak beli benda2 macam ni.... Beli barangan yang dah memang ada kat malaysia jugak...tapi malas nak komplen redha je lah daripada tak beli langsung kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa kak sha
      ruginya...len kali akak kena gi sendiri,
      mesti akak rambang mata nengoknya sebab
      macam-macam ikon ada kak...saya rasa nak
      borong satu kedai tapi kepala agong adalah terhad
      jadi nafsu memborong pun terhad juga..ekekek!
      bajet ciput je kak sha...

      Delete
  7. Comel-comelnya! ni kalu budk2 mesti diaorg ingtkan mainan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Su
      toksah kata budak2,
      remaja purba macam saya
      ni pun suka nengok mende
      kecik cenonet ni...heeee(>.<)

      Delete
  8. Pernah kena jugak kat Petaling St masa zaman study kat KL dulu. Rasa nak nanges masa tu :(

    Comel2 semuanya & murah plak tu, bestlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,
      Memang tak boleh tahan kan...
      Sila ajak Che G melancong ke sana kak,
      banyak benda menarik kalau suka gajet
      elektronik...

      Delete
  9. buzz light year..i sukaaa....

    -net-

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne
      I pun suka buzz,
      nak beli dua
      tapi dah habis
      ada saty jer...
      nak ke? hehehe...


      LW

      Delete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...