Friday 23 November 2012

Paranoid?

Khamis, jam 1 tengah hari..
LW: Dik..akak tak mo stayback..awak tau le kan opis kita ni 'ramai' penghuni..
Adik: A ahye kak..
Abang: Semalam aku stayback..dia main tarik-tarik kaki aku..kol 4 pagi baru aku balik lepas berdialog dengan dia..
LW: ko biar betul??
Abang: Ehh betoll la..dia cuit bahu aku segala bagai..aku pulak sibuk nak nganto email..
Adik: Ehh ya ke bang? Kat abang punya dept eh?
LW: Ko nampak apa-apa tak bang?
Abang: Aku dengar bunyi bisik-bisik je tepi telinga..
LW: Elehh setakat bisik..hmm aku selalu dengar dulu. masa tu aku tatau opis kita ada geng tak nampak tu..aku buat donno jer la..
Abang: Tu kalo ko bunyi macam bersiul dan bisik2 pepagi buta tu..ye la tu..

Cheittt sembang pasal hantu tak ingat sekeliling sekelalang..itu hari Khamis..bererti semalam adalah Khamis malam Jumaat. Aku lupa sebenarnya aku balik rumah lazimnya selepas jam 9 dan suasana sunyi...siang hari gedebuk gedebak mengata hantu..ntah malam-malam by time aku balik kerja, hantu pulak skodeng aku.
Lepas masuk rumah, letak bag etc...konon aku nak makan buah..diet. Malam2 mana boleh makan heavy kan buddy, nanti perut bikin malu...jadi ada sebiji pisang kaki yang masih berbaki. Ia dibelah dua..makkkkkkk!!!!! Apa ni??? Hantuuuu.....?? Cer korang tengok betul-betul wajah/rupa apakah yang tertera pada pisang kaki ini?
Ini sebiji pisang kaki dibelah dua..rupa apakah itu? Ke aku yang nampak wajah seram sebab kepala otak tepu dengan cerita seram? Korang nampak apa-apa tak?
Aku tak puas hati..mana boleh wajah seram ni dok ada dalam buah pisang kaki yang aku nak makan?? Potong lagi jadi quarter..eeeeee!!!!
Ini pula yang separuh tadi dipotong lagi jadi suku...pun muncul rupa sama..aku cepat-cepat makan..sebelum 'dia' telan aku baik aku telan dia..adakah ini paranoid yang suck? Atau memang rupanya amat menyeramkan?
Hari ni hari Jumaat..penghulu segala hari..apa kata kita lafazkan sedikit doa untuk saudara seagama kita di dunia sebelah sana yang berada dalam keadaan huru hara dan perang berpanjangan...ikhlas hati...Al-Fatihah.

29 comments:

  1. first!

    (macam puppy)

    ReplyDelete
    Replies
    1. smbotak,
      ko nampak macam puppy eh? Aku nampak macam hantu halloween..muka serigala jadian pun ada gak tu..perghh tinggi imaginasi aku..

      Delete
  2. cantik!!!

    Macam muka anak burung hantu... comey ja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff,
      Cantik ker? Aku rasa menyeramkan la beb..nak nak lagi aku potong buah ni jam 12.30 malam, automatik kepala otak aku kata hantu dan kelenjar otak mengeluarkan adrenalin seram..

      Delete
  3. rupa hantu labu halloween...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tasekM
      Pandainyer...Tas otak ko sama cam akak la dik...nampak ghope hantu labu tu kan...

      Delete
  4. oi...seramnya..
    ada mata, dgn rambut tak sempat nak bojeng. mcm tengkorak pakai rambut pelesu. :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti,
      Oo itu yang Siti nampak eh? Apa-apa pun, ia adalah imej menyeramkan bagi akak...huhu!

      Delete
    2. itulah dia kalau dalam kepala otak kita dah pikir benda yang menyeramkan dan menakutkan apa saje benda yang kita pandang nampak menyeramkan dan macam hantu.tak tahu lah kan cik ina cakap ni pasal diri cik ina tak tahu plak orang lain cam mana.

      Delete
    3. eh tapi bila tgk lama2 mcm comel pulak...hahaha..

      Delete
    4. Siti,
      bagi akak sekali tengok nampak comel, dua kali tengok tak boleh jadi..rasa macam makhluk tu ada kat depan dan seram...




      Cik Ina dodo Cheng
      Sama la kita Cik Ina..saya ni siang hari gelak ketawa citer hantu, bila malam dah gigil nak gerak setapak pun takut dan buka lampu seluruh rumah...

      Delete
  5. buah pisang kaki????

    nak tgk gambar full.. aku kenal ke tak buah ni?

    *ya.. mcm seram aja rupa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy,
      buahnya bulat dan warna kuning. aku pun tak faham bagaimana ia boleh dapat nama gitu

      Delete
    2. dah google buah tu. oh.. pernah nampak kena jual di supermarket. Pernah juga nampak drama cina gi panjat n petik buah tu :D

      sedap tak?

      opis lama aku dulu pon selalu ada 'orang' kadang kat project department ada 'bunyi' org photostate bila kami stayback. kadang ada bunyi main-main tendang pintu (tendang2 lembut la) ada pula yg bunyi macam main-main pen kat meja.

      dah tu kalau kami makan2 ada2 jer yg minta. Kat tempat yg sama makanan selalu jatuh. kwn ckp ada yg minta lah tu.

      Delete
  6. bukan mata akak je..saya pun duk bygkan yg sama.hehe
    sblum dia makan akak,baik akak makan dia dulu

    smpi skrg pelik..nape dia dipanggil pisang?
    takde rupa pisang pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      kan..masa terbayang rupa yang menakutkan tu akak cepat2 kupas kulit dan makan...hehe

      Delete
  7. Salam LW,
    ceman rope sebenar pisang kaki tu? Confuse jap sbb buat tu bulat..tp serious buah tu cam muka hantu..
    Sib bk ler i x pernah nampak jelmaan sebenar..terdgr bunyi-bunyian tu biasa juga..nak2 my hse skrg..sll dgr bunyi org tarik perabot tp biasa selepas 10pm..but sll assume jiran seblh terlebih rajin kemas rumah. Malas nak fikir..kang sendiri takle tido..

    ReplyDelete
  8. Nampak macam alien pun ada..foxy pun ada. Macam hantu? tak kot...kalau "standard rupa hantu"..mata besar lonjong tu pointing ke bawah instead ke atas.

    For me..those images is kinda cute.

    ReplyDelete
  9. kalau dipotong melintang, camner rupanya.?!

    ReplyDelete
  10. Akak nampak muka ala2 sugar glider gitu. Tapi tetap seram. Dahla akak ni penakut.

    Kat staffroom akak pun ada jugak tapi cuma dengar2 bunyi saja & akak pun dah biasa so buat tak tau saja, tak payah tegoq. Boleh pulak tahan padahal akak ni penakut ya amat. Mungkin sebab bukan selalu dengaq.

    ReplyDelete
  11. LW

    Akak pun nampak macam hantu labu gak.....kalau akak mampus dah lari bertempiaran....dan lagi satu terus tak jadi makan buah tu....bukan apa kalau makan takut kita pun jadi hantu....tapi serius memang menakut kan lah.

    ReplyDelete
  12. hahaha...imaginasi terlampau niee...hahah :P

    ReplyDelete
  13. agak menyeramkan buah tu. Ehehehe

    #tapi aku rasa aku terlamapu fikir.. relax3.. huhhu

    ReplyDelete
  14. it looks creepy ... kalau dah paranoid, yang tak apa2 pun jadi apa2...

    ya malam2 mana boleh makan heavy2 kan tapi penimbang tetap menunjukkan 53kg..what is this?? tak makan nasi pun naik?? mana tak naik kalau hari2 makan sausage mcmuffin...pfff..

    bon voyage my buddy..

    -its me net-

    ReplyDelete
  15. itu aku... I suka yang muda mengkal... tu dah masak sgt tu...

    {Pisang Kaki}

    ReplyDelete
  16. isshhhh.. scary wajah buah tu... kat sini tengah banyak gangguan jgk. nyampah..!!

    ReplyDelete
  17. Always the cute one sis. I love persimmon!
    Tp adik Sha selalu panggil benda tu leg banana :-P

    Anyways...kat opis mmg byk hantu. Mine siap ketuk tingkap dr luar padahal tu tingkat 8 ;-)

    Careful eh!!!

    ReplyDelete
  18. Nak komen pun jadi paranoid.huhu...

    *Paranoid yg mengada-ada. Take care and safe journey, LW.

    ReplyDelete
  19. Betul la.. nampk cam hantu pumpkin haloweenn tu.. buah tu memg camtu ker?

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...