Saturday 24 November 2012

Yayy!! Bulan depan nikah...

Ooo sudah ada yang masuk meminang...sukanya dalam hati..bulan depan kahwin! Lepas ni tak akan keseorangan lagi. Kad kahwin, katering, baju..tak perlu susah-susah sebab ini kahwin dah lambat...orang tua kahwin..lain le kalau muda bujang-bujangan kan..
Untuk Encik Ez..selamat bertunang dan kenduri kahwin awak nanti saya dan adik akan pergi..kenduri adalah makan-makan..jadi kami suka..hahah!
Meriahnya barang hantaran, ni yang nampak di mata, dok ada nak dekat 15 dah tu..duit hantaran berapa? 5K..jadi lah kan...sebab pengantin lelakinya pun dah baya-baya aku..ehhh?? Bukan mak yang nak kahwin nak, mak cuma tolong buat barang hantarannya saja...

Sebenarnya kakak pengantin lelaki (berusia 40 tahun) minta aku buatkan barang hantaran untuk adiknya ini. Puaslah aku fikir nak gubah macam mana sebab tangan dah keras, dah lama tak buat barang-barang gini..tapi sebab bakal pengantin sendiri datang ke rumah dan minta seikhlas mungkin...jadi kepala otak ni sehabis pulas dan siaplah beberapa bekas termasuk sirih junjung.

Masa nak melangkah balik, kakak pengantin datang dekat aku dang tanya.."awaknya bila nak kahwin?"
Danggggg!!!!
Akak nak jawapan skima atau jawapan mafia?
Jawapan skima: Kak , belum ada jodoh..lagipun saya sibuk kerja...hehe
Kalau aku jawab gini, dalam hati kakak tu mungkin terdetik kesiannya awak ni...
Jawapan mafia: Kak, akak tau tak?? Bekas laki saya masih tunggu saya tau tak kak? Tapi saya yang tak nak kak!!!
Kalau aku jawab gini, mungkin dalam hati kakak tu terdetik...elehhh ye ke ko neh...ntahnya ko auta.. laki ko memang tak mo kat ko lagi kan..kan?

Ok..agak-agak apakah jawapan terbaik yang boleh diberi kepada soalan macam ini?

Nota: Tuan tanah berada di luar kawasan kerana pergi merantau cari rezeki kais pagi makan pagi. Balik merantau nanti baru boleh bikin onar di sini..:) Ok happy weekend!

28 comments:

  1. Replies
    1. Nieda Ramly
      Tq Nieda..adik beradik sama Nieza Ramly ke?

      Delete
  2. semoga cantuman rusuk kekal abadi hingga ke jannah kau jumpa... biaq pi lah depa...

    {Pisnag Kaki}

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pisang Kaki,
      Aku rasa semua kita mahu perhubungan kekal sampai akhir hayat kan...insyaAllah..

      Delete
  3. tuan tanah jangan lupa beli souvernier kat saya...saya tunggu di Liyas corner...

    ReplyDelete
    Replies
    1. El Mariachi @ Abg Bro
      Ok bila dah cool kita pekena teh kat Liyas tu yer..

      Delete
  4. baik-baik.. aku tunggu LW buat onar kat sini dgn penuh sabar heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nong Andy
      Aku da balik..tak sabar nak bikin onar kat tanah ko juga..agagagag!

      Delete
  5. Alaaa.. akuy ingat kau yg nak kahwin. Ehehhee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reenapple
      mana der..aku tunggu ko kawin dulu eh...kikiki!

      Delete
  6. aku cadang gini je kak.
    kalau yg bertanya tu dah kawen.
    ko cakap gini, 'cuba tanya laki ko, dia nk tak kawen lagi satu... kita bermadu?

    keh2.


    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tasekM
      aku pun rase rasenya nak tanya dia soalan sama..lepeh ni pun kalo ada yg tanya giteww aku jawab macam ko sajest ye dik...kikiki

      Delete
  7. Haha. U're funny. But very open and sweet and kind. Saya suka!!!

    Sbnrnya tu skrip standard bila org kawen. Mcm lagu raya. X bole kalo x ada ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cHeRyNa PiReS
      Sha..o yesss so kita jawab je la kan walaupun dalam hati malas nak jawab..:)

      Delete
  8. LW,

    Kalo org tanya awak, awak tanyalah dia balik..Boleh carikan calon `Prince Charming' utk saya tak? :)

    * Hati-hati dlm perjalanan tu yer..Kalo jatuh, bangun sendiri tauuu..saya takde kat sana nak tolong. Hepi wiken to u too :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ELiza
      thanks...hehe..tak pe lah kita tunggu kalau ada mana-mana dracula nak datang pinang saya...ekeke..sebab saya ni ala-ala vampire...hik!

      Delete
  9. Oooo rupa nya ada bakat buat hantaran....mana tau kalau akak kawin oops silap kalau anak akak kawin boleh panggil tuan tanah kedaung buatkan..

    Sambil lambai2 tangan.....kita jumpa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      Ala bakat suam-suam kuku je kak..tu pun kira macam bidan terjun sangat sebab dah segan dengan permintaan kakak pengantin lelalki..saya taram je buat tapi depa kata ok..thank God..hehe

      Delete
  10. Chanteknye hasil tangan...ada jdoh nnti, tuan tanah plak nek pelamin....hmmm merantau ya...bestnyeeee.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HeNRieTTa JoSe
      besa besa je Rieta..orang kata tiada gading tanduk pun berguna juga...tak pun macam tiada rotan akar pun berguna..kira macam tukan gubah tak de so saya tangkap muat je ..jadi pulak tu..

      Delete
  11. saspen eh tajuk.!

    yg mana satu sireh junjung.?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa,
      aku saja buat tajuk gempak gila..
      dah agak ko mesti tak boleh cari mana satu sirih berjunjung..cari sampai jumpa eh..

      Delete
  12. euwwwwwwwwwwwwwww suka taknya soklan cepu gangsa gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      kannn...nanti kita jawab pun kena jawab macam jawapan gangsa juga le..kekek

      Delete
  13. soalan yang memang malas nak jawab kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne
      Yerp..soalan depa pun macam saja je tanya kan..

      Delete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...