Monday 19 November 2012

Resipi soto enam bintang

Cop! Cop! Ni dah ada resipi..weekend ni boleh try...

Resepi Kuah Soto:

I ekor ayam dibelah empat dan dibersih kan
10 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3" halia
1"lengkuas untuk diblender
2"lengkuas dititik
1/2" kunyit hidup
5 batang serai ( tinggal kan 3 batang untuk dititik )
5 biji buah keras
2 paket kecik rempah kurma babas
1 mangkuk kemancar santan (santan pekat dari sebiji kelapa)
I asam keping
4 helai daun salam
2 batang kayu manis,5 biji bunga lawang, 6 biji cengkih dan 6 biji pelaga
Garam, 1sdt gula
Air sejuk 4 mangkuk besar ( jangan risau kalau air lebih sebab nanti kita masak lama tulang2 ayam tu)

Cara cara memasak kuah:

1. Masukan dalam blender bawang putih, bawang merah, halia,lengkuas,kunyit hidup,2 batang serai
Dan buah keras dan blend kan semua.
2. Panaskan periuk yang dan masuk kan 1 senduk kecil minyak
3. Tumiskan semua bahan2 yang telah diblender dan masuk kan rempah korma,daun salam,serai dan
Lengkuas yang telah dititik,kayu manis,pelaga,cengkih dan bunga lawang dan asam keping dalam
10 minit.
4. Masukan air sejuk dan setelah air mendidih masukan ayam yang telah dibelah empat
5. Agak2 ayam dah masak atau sudah boleh disiat siat, angkat (jangan terlalu lama nanti ayam lembik)
6. Masukan santan, garam dan gula.
7. Setelah ayam disiat siat ketepikan isi nya dan masukkan tulang2 dan kulit ayam kedalam kuah
Dan dengan api perlahan masak lagi selama 40 minit. Siap.

Sambal kicap
15 ulas bawang putih
Segenggam cili padi
Secawan kicap manis
1/2 cawan air
2 sudu cuka
Masukkan semua didalam periuk dan masak sekejap
Sekira nya sambal terlalu pedas boleh lah ditambah sedikit gula
Siap

Bahan bahan untuk di makan dengan kuah soto:
Mee hoon/mee kuning yang telah dicelur
Nasi impit- gunakan yang segera lebih mudah
Bawang goring
Daun sup/saderi
Taugeh

Begedil kentang
8 biji kentang yang telah di buang kulit -potong bulat 1" dan goreng sampai kuning angkat dan ditumbuk lumat
3 ulas bawang putih
1 sudu bawang goring
2 biji buah keras
Sedikit daun sup/saderi yang telah dimayang
Tumbuk semua bahan yang diatas dan masukkan kedalam kentang yang telah ditumbuk lumat, gaulkan sehingga sebati dan bentuk kan bulat bulat. Pukul 2 biji telur dan masukan sebiji begedil kedalam nya dan baru lah digoring. Siap.

2 sudu cuka
Air 1 cawan air
Semua bahan diatas diblender
Masukan air dan bahan2 yang telah diblender kedalam periuk dan masak sekejap.siap.
Kalau sambal kicap terlalu pedas boleh lah masuk kan sedikit gula

33 comments:

  1. ooooooo complicatednyaaa nak buatttt....... complicated senghoti...tapi tq for sharing the recipes... my sista dok laa tanya kan.. mcm laa nak buat esok..pffft...ha haha

    -net-

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne,
      Ala nampak jer complicated tapi sebenarnya senang je tu..semua bahan tu macam yang jenis memang ada kat dapur..perghh i pun tak sabar nak cuba buat. Macam hari tu gian nak makan bakso kan..dah dua tiga kali buat..ok byebye. Sekarang nak tala soto pulak ni..sebelum ‘outstation’ Jumaat ni maunya nak kena sepam dua ni kalau tak asyik dok teringat...dah le tempat nak pi tu tak de jual soto, yang ada cuma itik peking jer..hehe

      Delete
    2. Cop TQ to Kak Sha lah sebab bagi kita share teh recipe here kan..:)

      Delete
    3. menda2 tu sebenarnya tak ada kat rumah i.. ha ha ha..sebab tu lah complicated.

      itik peking rangup wrapped with salad and other condiments..ooo sedap tu.. sedap tu... i tak lah makan tapi tengok kat tv jer...mcm sedap..he he he...aaa hujung bulan ni u outstation.. have fun yer..

      kak SR tq soooo muchhhhiii yerrrr for the soto 6 bintang tu...

      Delete
    4. Ohhh...Kak Sherry punya resepi eh? Nak cuba lah :)

      Delete
    5. NenetPenne,
      oo kat rumah i memang ada sumer mende tu cuma masa jer tak berapa nak ada..


      Kahirul Abdullah,
      Buat ya..jangan lupa up entry soto kak sha ni..yummy ooo!

      Delete
  2. Sat lagi siap arr nih...rasanya tak menyempat nak tunggu weekend.hahaha...

    Tenkiu both of you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza,
      Nak tanya sket..rumah Eliza kat mana yer..nak google maps..sat gi petang-petang sket saya sampai lah naa...hehe dah terbau ni kuah soto...sedap!

      Delete
  3. makan sedap..bukan susah nak buatnya tp kena rajin la
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      betul tu..senang je tapi saspen sebab nampak macam bahannya banyak sangat kan walhal bahan biasa ...akak rasa basic basic je tu kan..

      Delete
  4. Cool! Sy dah lama cri resipi kuah soto tanpa rempah segera tu. Yummeh! TQ kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah
      Try la masak...jangan buat pedas nanti Aydin tak leh makan...

      Delete
  5. LW, last para tu saya tak faham sgt. Something needs to be amended, i guess?

    Really? saya tinggal ulu lah dear...furthermore, i pemalu..eceh..

    i email latter. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza,
      last para tu saya rasa untuk cilinya...sambal penyedap giteww! Ulu eh..ulu mana tu? Hahaha pada saya tak de istilah ulu...heheh mesti saspen tu kan...

      Delete
  6. Replies
    1. Nong Andy,
      Aku rasa Shinta mesti suka..ehh dah lama aku tak dengar citer dia..macam mana sesi sekolah dia kat tadika tu?

      Delete
  7. serai di'titik'? kenapa tak diketuk je?
    kemencar? santan pekat perahan pertama ek?


    glossary masak memasak ni aku tak pandai la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      Try le suruh mama tu buat...gerenti ko bertambah-tambah makan kat pangkin sambil tengok manusia berlumba dengan masa..:)

      Delete
  8. Selepas resepi begedil kentang tu abai kan yang bawah yang ada resepi
    2 sudu cuka
    Air 1 cawan air
    Semua bahan di blender bla...bla
    Sebenar nya itu resepi sambal kicap, dan resepi tu dah ada diatas....sorry akak tersilap taip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      Saya akan cuba buat lepas balik outstation..at the moment schedule hectic sangat...tak cukup tanah rasanya nak kejar 'dead'line..

      Delete
  9. LW/Net dan kawan2,

    Senang sangat nak buat, nampak je macam susah....serai di titik ke di ketuk ke sama je makna nya...orang dulu2 suka guna perkataan di titik...maklumlah akak tulis resepi..sambil mak akak cakap. eliza para yang last tu abai kan...adoi akak tersalah taip...sambal kicap tu resepi nya dah ada kat atas.

    Nak makan sedap mesti lah kena rajin sikit...harap2 semua cuba nya...tapi kalau tak sedap jangan salah kan akak sebab akak bagi resepi ni tak ada tipu tipu ya...ikhlas se ada nya...kalau susah juga....jom lah ramai2 berarak makan kat rumah akak...habis cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha,
      TQ tolong explain..saya tak sempat nak masuk blog hari ni..masa sangat cemburu dengan saya...hehe..salahkan masa boleh?

      Delete
    2. kak sha, resipi tak salah... cuma cara kita buat je mungkin salah..orang kata lain tangan, lain pulak rasanya.. kan kan.. air tangan orang kan berbeza2... :)

      tak perlah kak, saya makan akak dgn LW buat jelah...

      kemancar tu kalau my mum kata, santan yang cair2 tu selepas perah santan yang pekat tu...

      Delete
  10. Nizam Ariff

    Kemancar santan tu makna nya pati santan...sorry lah akak tulis resepi sambil mak akak cakap...sebab tu lah istilah nya istilah orang dulu2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak Sha, LW dan semua...

      Bak kata tajuk diatas, mmg 6star kak. Saya cuma tak letak nasi impit dan daun salam jer. Rasa tetap mabelesss...

      Ikhlas cakap, rasanya rugi kalo tak cuba resepi nih. Makan bertambah2 kak..lunch saya guna mihun, petang saya tukar mee kuning pulak. Kuah dan sambal kicapnya perghhh..Thumbs up! :)

      *Definitely a keeper*

      Delete
    2. Eliza,
      Waaa dah buat ker? Hihi...sedap kan...saya nak buat lepas balik o/s. Currently agak kelam kabut nak pack barang dan nak siapkan tugas semua..

      Delete
  11. biasa saya buat soto guna resepi yg tak guna santan. tp yg ni lain. kena cuba ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti,
      Akak lagi le tak tahu masak soto..kali ni memang nak try sebab selama ini suka makan jer...hehe

      Delete
  12. walaupun aku tak reti memasak, aku berusaha jugak untuk memahami teknikal resipi nih... mungkin, mungkin, di suatu hari, entah bila, aku akan mencubanya jugak...

    kejap. nak ingat balik. pernahka aku makan soto?! mungkin pernah kot.! aku tak ingat mungkin sebab apabila aku makan, aku tak pernah tanya apaka nama makanan yg sedang aku ratah.!

    :)

    ReplyDelete
  13. NP

    Oh ya ke orang kelantan kata kemancar tu santan yang cair..tak tahu pulak akak...tapi kalau kat jb kemancar tu pati santan yang pekat tu.

    ReplyDelete
  14. LW/NP

    Akak lupa ya kamu nak pergi outstation....selamat berlibur...kalau terasa malas nak masak soto sebab busy kamu berdua boleh calling2 akak....akak sedia berkhidmat....hehehe.

    eliza

    Oooo dah mencuba ya...tak letak daun salam pun ok...akak je yang suka letak daun salam ni....tahniah lain kali boleh ajak2 kawan2 makan.

    ReplyDelete
  15. @kak SR
    calling akak kalau nak makan? oooh..kami amat malu gituh...lagipun kami tidak akan mengambil kesempatan atas kebaikan akak ...

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...