Monday 26 November 2012

MyChef...

Macam biasa...hidup ini kalau tak berfoya-foya memang tak lengkaplah aku nak tulis dalam diari bila balik rumah malam-malam..ehh korang ada diari tak? Walaupun dah masuk fasa purba, aku masih suka menulis diari..targetnya nak ada dua diari setahun. Aku dah cakap pada adik, kalau aku dah tak de besok dia boleh baca semua diari aku dan dia akan tahu apa dalam fikiran aku selama aku hidup..ececehh melankolik sket..hehe.
Jadi, beberapa hari lalu ketika keluar berfoya-foya nak cari makan, tersesat le ke restoran rebung yang dipunyai Chef Datuk Ismail..@ Chef Mail..ala yang comel-comel tu..kebetulannya ada pelancaran produk dingin beku MyChef kat situ. Jadi aku pun tumpang dua kaki..duduk dan minum air selasih..uhhh sedapnya air sirap merah dengan telur katak tu...sangat sedap...macam dah berzaman tak jumpa air tu..jadi apa lagi kan..lepas segelas, tambah lagi segelas..
Kat situ ada nampak juga Chef Zam..kurusnya mamat ni...tak comel dah sebab kurus sangat. Hmm kalau nak diet, kena diet berpada-pada ya...tapi Chef Zam ni rasanya dia buat operation..ada juga Dr Ezani Farhana, juara MasterChef musim lalu..pemalu juga minah ni..dan makcik Florence macam biasa...auntie ni memang bestlah kalau masak..

Ehh u all ada try tak produk ni? Lepas ni kena try le sebab packagingnya meyakinkan...tambah pula kat kotak tu ada tulis every dish is kcal400 jer..so sapa nak diet supaya perut tak bikin malu (Net..amacam kita try makan produk ni..katanya boleh makan kalau nak diet). Aku pun kena tukar juga daripada Brahim's kepada MyChef..

Ok dah siap tersesat dan minum bergelas-gelas air sirap katak, aku pun nak balik le kan..tetiba ada sorang kakitangan bagi empat kotak produk MyChef suruh try? Errkkk apa neh? Ahkak dah le tersesat dan minum percuma..bagi lagu suruh makan..ok boleh jer! Hehehe..berfoya-foya yang tidak sia-sia...mak suka!


Nota: Tuan tanah masih bertekak dengan penjual barang di sebuah pasar raya dan.belum balik dari merantau..

20 comments:

  1. sedapnye sirap katak tu..... tetiba telan air liur tengah2 malam ni.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yong
      kat jepun tak de sirap katak eh? biasa orang jepun air minumannya lagi advance kan..kehkehkeh.
      sila balik KL cepat kalau nak minum air katak ni yer..

      Delete
  2. Fuhhhhh...lama dah take kena sirap katak ni. Paling best ni.
    Bila nak balik dari merantau tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      Memang sirap katak tu mengancam gila bila minum masa panas terik..berdegup-degup lah saya minum..semacam jer nikmatnya..
      Dah balik dari merantau pun..

      Delete
  3. Belum balik dr merantau? Akak ke mana sbrnye? Huuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah,
      tadaaaa..akak dah balik..ala pergi merantau dekat-dekat ni jer..hehe

      Delete
  4. nak tanya. myChef ada jual kat supermarket, tak.?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa,
      ada..kalau tak silap harga sekotak lebih kurang RM8++...

      Delete
  5. td baca cikmatgebu tulis psl mychef..skrg akak pulak
    mmg kena try nih :)

    dah lama x minum sirap yg ada telur kata eh silap,biji selasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa
      Memang masa launch ni CMG ada buat lintas langsung dengan Manager besar MyChef melalui mobile..

      Delete
  6. haha kitorang pun panggil benda alah tu telur katak..memang favourite orang-orang kat rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blu4sky
      saya pun masa arwah mak ada..sirap katak ni adalah wajib ada...

      Delete
  7. sirap biji selasih...sedappp......
    i ada nampak mychef product ni..tapi bila baca keterangan di kotak, kena guna microwave to preheat..i tak ada microwave jadinya kita panaskan guna dapur biasa jelah...

    i nak beli ayam pongteh tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne
      Sedap juga ayam tu. I dapat lima kotak masa pi soft launch tu tapi bila baik rumah lupa nak simpan dalam peti ais..balik out station busuk satu rumah sebab menu tu..

      Delete
  8. Kalau nak rasa air telur katak yang lagi sedap datang TPG....akak buat kan air kathira yang sangat terkenal di JB dan Singapore....kalau bulan puasa pekena air ni memang mata terus juling juling....hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      ok insyaAllah tahun depan bulan puasa kami gi buka puasa kat TPG ya..nanti nak minum air katira tu..cewahhh saya ni belum dijemput dah mengoffer diri..acane tu kak? Kikiki...

      Delete
  9. LW

    No hal lah...phone kat tangan kan...call jer lah kalau nak datang berbuka yek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sha
      thanking u in advance kak
      kalau saya panjang umur
      insyaAllah
      saya akan roger NP pi rumah akak.




      LW.

      Delete
  10. yesssss nakkkk air kathira satu.... satu jug...:)

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...