Wednesday 10 April 2013

MC..mushroom cest la vie...

MC??? It cud be manifesto and candidates, also medical certificate and of coz makan cendawan. In my circumstances..anything is possible now. Yesterday, I had difficult breath due to asthmatic problem and it came in package, heavy coughing, bad flu and end up with fever..alah demamnya tak seberapa kan tapi dengan muka seposen mak menapak juga ke klinik kat kilang sebab geng mafia dok push suruh jumpa Doc. Macam biasa, bila jumpa Doc, dengan manja-manjanya dia kata
"..girl what happen. Quite long u never hv a kind of fever kan..."
 
Doc ni adalah doc kesukaan aku sebab dia sentiasa banyak idea nak explain pasal life healthy. Lepas cek sana sini, test sana sini, dia pun bersuara lagi.
"Let me check ur chest..huh tight. Breath pls..hmm..u need a rest.."
Dalam hati aku, kalbu yang putih dan yang hitam bertekak-tekak antara nak bersuara atau tidak pasal mc kan. Akhirnya kalbu putih menang sebab aku tak sampai hati nak kata nak minta mc..tapi orang baik hati ni kan dan perempuan yang sentiasa dirahmati ni kan, Allah dengar bisikan hatinya. Bila aku bangun je nak kuar bilik lepas dia cek, dia kata..
"Ok I give u 2 days MC...balik rehat, makan ubat.."
 
Perghhh!!! Aku rasa macam nak melompat itu jam juga tapi mak sedar diri..dah nak bernafas pun susah ada hati nak jumping jelly bean..sedar la diri tu sikit ko LW..coba insaf sket..balik berehat nu. Maka I pun  balik ke Windsor, tapi bila dah balik, lain la pulak jadinya..mc ke mana rehat ke mana. rasa nak makan macam seminggu tak jumpa makanan kan..
Jadi disebabkan minggu ini ada banyak benda berkaitan MC, mari kita buat Mushroom Fritatta. Fritatta ni ntah bahasa Perancis rasanya..I kan was born in France..ceittt beherangan jap. Konon dok belek buku masakan step by step tu, terjumpa resipi fritatta ni. Kalau ikut resipi asal depa guna Japanese cucumber sebagai bahan asas tapi sebab benda tu tak de dalam es box mak, maka mak guna shitake mushroom sebab minggu ni sangat mengujakan dengan cendawan. Bahan itu adalah cendawan, tomato cherry, onion, yellow capsicum, lettuce. Semua chop ya. O ya tu telur tiga biji, nak letak empat pun boleh. Kalau dua biji dah jadi mende lain...haha!
Lepas chop macam cincang 18 kerat, tumis dengan tiga sudu minyak zaitun, kita concentrate sikit pasal kesihatan. Tumis lemau-lemau je, jangan lupa letak secubit garam. Cubitan tu cubit saiz baby je, jangan cubit saiz bapak baby, nanti masin pahit la fritatta kita..lepas semua dah sebati..masukkan semua bahan ni ke dalam telur yang sudah dikepuk-kepuk.
Then masuk dalam kuali, renjis minyak sket ya supaya tak melekat. Kat atas ni nampak garing sebab gua tabor chilli flake lebihan kidnap kat Pizza Hut banyak sangat, so sedikit pedas. Korang kalo tanak pedas, jangan nak mengada-ngada letak cihhli cenggini..so ketebalan frittata ini agak membanggakan juga ya..
Danggggg..ini dia, macam murtabak telur..alah sebenarnya lempeng telur je la tapi orang Perancis ni mengada-ngada depa letak nama frittata ke hape..nak mashukk lagi, ini telur dadar je la weiii tapi nampak high class sebab ada salad dan roti bakar tahap hangit sebab gua leka nak masak sup pulak kat dapur.. ehh jom makan...yummy! Sendiri masak, sendiri makan, sendiri puji. NP I tau suka cendawan..nanti mai Windsor kita buat ya lalink..hikhikhik!
Ni Nampak? Nampakkkk punyalah melantak kan..ini tahap orang sihat makan ya bukan orang sakit punya food. Sesungguhnya saya adalah plastic bab sakit..kannya apa, kita tak boleh fikir sangat kita sakit, nanti jadi lagi sakit so since im alone and nobody will taking care of me...sob sob! (lempang kan LW) so I better apply mind control and think positive that im ok, no illness, no pain no gain..no women no cry...ehhh ini lagu kesukaan abang Bob Marley aaa..ekekeke!
Ok dah habis sesi brunch saya dengan mushroom frittata. Ingatkan dah ok la kan..owhh tidak rupa-rupanya kerana cendawan masih menghantui fikiran aku. Tetiba teringat pulak udon mushroom kat Bottanica yg dimakan bersama geng mafia bulan lepas. Ni untuk dinner ya, kita buat linguine mushroom soup..sebab udon tak de la pulak kat dapur mak. So kat sini ada enoki, shitake, bunari dan shimeiji mushroom..jangan risau nama cendawan macam nak kena beli kat Jepun, tapi Jusco tepi rumah saya pun ada jual. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak zaitun..api biru ya. Karang kalau panas sangat hilang pulak zat minyak zaitun tu..dah agak mesra alam semua, masukkan sosej atau meatball sebagai added value. Nak letak anchovy pun boleh, ikut taste memasing. Gua suka meatball and mushroom sosej.
Nak cantik, kalau orang kita letak la mekap sana sini calit lipstick, mascara, eye shadow, foundation, moisturiser dan eye liner segala bagai kan, tapi sebab ini adalah semangkuk sup cendawan dan linguine, kita letak tomato cherry kuning dan merah...haaa nampakkkkk! Sedap ooo..ni kalau kesayangan no 2 tengok ni..sah sah lah dia kata aku poyo..ahh pedulik apa I..you tu..kata nak belanja sate UK tapi sampai ke sudah ghaib..puiii! 
Maka saya pun menikmati makan malam saya sambil menghapdet blog yang hidup segan mati tamau ini sebab tuan punya blog pun ala-ala nyawa ikan dek tugas di kilang kertas yang semakin padat dan sendat. Bila la boleh cuti ni, tadi baru umum election fall on 5th Mei, maksudnya Jun la baru boleh start berjalan.
Abaikan pemandangan lain, saya ingin anda nikmati sup cendawan bersama linguine ini sebaik mungkin..mari kita menghadapi rezeki Allah kurniakan ini dengan penuh syukur. Sedar tak, makanan yang dimasak di dapur sendiri walaupun biasa dan nampak choyy tapi ia adalah nikmat paling dinantikan oleh gua. Biarlah orang lain nak kata apa, gua kena makan dengan berselera kerana buat masa sekarang, ini saja rezeki yang ada kat dapur..Bismillah..

29 comments:

  1. LW,
    speedy recovery..jaga makan and take plenty of rest..musim hujan ni senang nak kena asthma attack..nak2 klu bdn x cukup rehat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blu4sky
      Thanks..betul kan..asal hujan je rasa lain macam..tambah pulak kat office ada karpet..huhu sangat bahaya..

      Delete
  2. Alamak, demam eh. Get well soon, dik LW. Makan ubat betoi2 na. Walaupun demam, dapat masak telur dadar yg jelita & linguine mushroom soup yg seksi, ooo la la!

    Terima kasih dik, dah sampai dah siang tadi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,
      ala deman manja-manja jewww..hehe
      Ok akak dah terima ya, gud..
      Kak tu resipi biasa je tu..resipi yg tak banyak garam dan perasa tambahan..nak makan berlemak saya takut darah naik..
      Akak pun..life healthy ya..xoxo!

      Delete
  3. lately ramai yg kena athma attack. mungkin perubahan cuaca yg mendadak panas, mendadak hujan kan. kalo kat area rumah saya ni br ni hutan terbakar (kat tepi hiway skve). byk hari la duk kena hirup udara tak sihat. jerebu lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti,
      Betul sangat..cuaca tak menentu, kita pun jadi tak menentu juga tahap kesihatannya. sebab tu kalo cuti je akak malas nak kuar sebab effect ke nafas...
      Huhu hutan terbakar tu..bahaya kan..make sure Naqib tak main luar rumah..

      Delete
    2. hutan tu ambik masa lama jugak utk padam pasal situ pun tpt pelupusan sampah. api merebak dr dlm tanah. dah mcm sekam.

      Kitorang mmg dah jd mcm kera sumbang skrg. duk dlm rumah je. tingkap pun kadang tak bukak pasal tak tahan bau asap.

      Delete
    3. Siti
      susah kan kalau environment sekitar tak sihat, kita nak buat apa pun terbatas dan sudah pasti tak bebas walaupun nak keluar dari rumah sendiri..

      Delete
  4. yummy....akak mmg pndai masak...terliur rietta tgk...cara akk citer cm senang jer, tgk hasilan pergh....yum yum...

    pss...haah terung pipit...rietta dlu men juga...tpi guna buah cemperai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rietta,
      Pandai sangat tu tidaklah tapi akak suka explore dan malas nak makan kat kedai kalau mende cenggini. kalau masak kat rumah puas hati boleh makan banyak kali dan tambah menambah..

      oo buah cemperai..ingat2 lupa cemane rupa buah tu..:)

      Delete
  5. tema makanan aku minggu depan adalah cendawan juga lah...

    teruja tgk entri ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      try la..suruh mama muahs ko masak, gerenti jadi
      nanti aku tayang pie cendawan lak eh..

      Delete
  6. nakkkkkkkkk...nak cendawan sup gitu...
    ha ha ha..mintak orang...buatlah sendiri net oi... pemalas lipas betul mak budak sorang nih..ha ha ha..

    hey get well soon yer... bulan 7 lepas exam kita boleh dating2 lagi yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne
      mehhhhh laaaa...I makan sorang je tau..tak de kawan nak ajak makan...sob! kalau u ada mesti enjoy sbb u suka sup sup ni kan nak nak lagi cendawan..

      ok la lepas bulan 7 kita replan...la ni I pun sibuk kalut..

      Delete
  7. Speedy recovery ya :)

    Saya kalau patient kena acute asthma, mmg saya pemurah bagi MC...kena rest...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doc DZ,
      Saya pun tatau saya punya asthma acute...selagi boleh bangun dan buat kerja, saya tak istilahkan sebagai perlu berehat. Hinggalah doc panel cek, dia kata haishh teruknya, terus bagi mc dua hari suruh saya balik rumah...saya terpinga2 sbb saya rasa saya masih berdaya saing (ecececehh padahal dah nyawa ikan) nak meneruskan tugas di tempat kerja..

      Delete
  8. Sekali pandang tak macam menu org sakit pulak.hiks..

    Saya suka frittata mushroom. Kalo fried mushroom pun enak banget sbg kudapan to skip rice.Get well sooner, dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza dear,
      itu menu orang sakit lemau-lemau tapi selera tahap over action kalah denial craig hero james bond kan..hahaha

      frittata, panecota..sumer saya suka..

      Delete
  9. ohhhh mamaaaaiiii.... kalo dekat mau je mintak buat lagi..!!! yummeehhh tu..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      balik Vetnam ri tu nape tak singgah?
      kalo tak boleh berjimba dengan cendawan neh...:)

      Delete
  10. salam

    tu cendawan kat french yg paling mahal dalam dunia, entah apa rasa agaknya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bapak,
      cendawan tu kalau tak silap saya namanya truffle..rega memang mahal sebab 1 kilo cecah sampai beribu pound. Saya pernah try cendawan tu masa ada food workshop kat KL..rasanya biasa saja. Ia jadi mahal sebab cendawan ini hidup dalam tanah di lokasi tertentu di Perancis..

      Delete
  11. salam kak... pg tadi sy buat ala2 akak buat, tapi takde la plak mushroom dgn lada benggala, bubuh bawang sayur campur kobis dan cili padi... dan skrg kepedasan tergigit cili padi... nampak je merah mcm tak pedas, tapi Ya Allah pedasnya! best makan dgn roti...

    terima kasih kak bg idea~!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Kay
      oo buat sup sayur ker? Sedap tew...ala idea akak tu sempoi jer..yg penting kita puas hati dengan taste kita dan makan kena pada masanya..Kay perasan tak kadang-kadang makan nasi dengan telur mata dan kicap pun boleh tambah menambah kan...

      Delete
  12. Okey... aku tak suka sangat mushroom. Hahaha. Tapi mushroom sup, okey la kot. Erk.. ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen
      aku pun tatau cemane aku bleh suka dengan mushroom
      orang kata makan mushroom ni banyak angin sebab ada
      kajian saintifik kata cendawan akan membesar setiap kali kilat petir sabung menyambung, jadi kejadian itu
      merangsang cendawan membesar..kiranya kita yg makan
      ni akan terkena tempias, angin banyak dalam badan..caya dak?

      Delete
  13. LW,

    aku suka makan mushroom.. hehe. saja je nak bagitau kekekekek

    ReplyDelete
  14. LW,

    hebat sungguh info tentang pembesaran cendawan yg menyebabkan kemasukan angin tu hehehe.. patutlah makin masuk angin badan aku ni (makin besar a.k.a gemuk heheheheh)

    ReplyDelete
  15. hahha..tak menahan baca kalbu putih dan kalbu hitam yg berdiskusi itu.mmg pun,kdg2 doc tu tahu kita betul sakit @ tipu
    dulu2 selalu gak berlakon utk dapat mc.

    siyes..telur dadar ala fritta tu nampak sedap dan sup cendawan tu nampak sgt lazat.makan ngan sambal kicap sedap tu

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...