Sunday 28 April 2013

Nafsu serakah...yee mee!

Muehehe tajuk entry gempak siottt! Dulu masa arwah abah ada, aku tak pernah makan yee mee..yang aku tahu adalah maggi yang dimasak dengan telur berkeladak. Arwah abah suka sangat makan maggi dengan telur pecah-pecah tu. Mak tak akan masak, abah akan masak sendiri dan kami tunggu je nak makan. Bila dah besar aku mula banyak berjalan dan makan pelbagai jenis mee..yee mee, mee kuning, pasta, spaghetti, wantan dan pelbagai lagi..aku makan semua jenis mee (yang halal) tapi mee kuning tu agak kurang sebab tak tahan rasa kapur pada mee. Jadi aku tukar mee dengan pasta atau spaghetti.
Ada pendapat mengatakan mee atau spaghetti bagus untuk diet kerana ia kurang karbo. Jangan salah faha, mee atau pasta atau spaghetti juga ada karbo tapi mungkin kurang sedikit dan ia mengenyangkan juga, maksudnya boleh ganti nasi. Bagi aku yang kena alert dengan nasi, aku ganti diet dengan mengambil mee dan mee yang jadi pilihan ialah yee mee atau mee sanggul. Tak pasti kenapa aku begitu addict dengan mee sanggul ini. Dan aku boleh makan dengan sup begitu saja, tapi kalau mood rajin, masak seperti di atas..konon yee mee kantonis versi gua lah kan.
Aku juga tidak pasti kenapa yee mee enak dihidang dengan sawi dan baby corn. Gua suka sayur-sayuran berwarna warni kerana ia lebih menarik dan menyedapkan mata memandang. Bukan saja sedap makan, tapi sedap mata melihat.  Deyy nak makan pun kena ada nafsu mata tau..menggoda pada pandangan, menggoda juga pada tekak, nyaman lagi pada perut kan..tak gitu Cik Net..u tau kan taste serakah i pada makanan ni kan? Kan? Ehh tatau? Alaaa jangan gitu weii, nanti nak g steamboat kat Bangi naaa...
Ini adalah entry lama sebenarnya, tapi baru kini aku teringat nak up..sebab dua tiga hari ni addict datang lagi terhadap makanan bernama yee mee ini...

20 comments:

  1. the last time i makan yee mee adalah kat rumah u.. lepas tu dah tak ada makan lagi...ingat nak makan claypot kat food court IOI mall tu tapi tetiba rasa geli sebab last time i tengok lipas merayap kat claypot tu... not so hygiene...

    steam bot kat bangi tu eh? kat red wok tu eh? tak best sebab dia pakai bowl yang claypot tu...lama2 sup jadi kaler hitam...ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. NenetPenne
      Lepas masak dan makan sama u that day..i pun lupa jap nak masak sebab banyak masa dan makan di kilang kertas...tapi ada juga gian nak makan olio aglio, maka gigihlah mencampur aduk bahan kat kitchen, sendiri masak sendiri makan, tak abes sumbat jer dalam peti es..lepas tu reheat lagi...

      a ahh steamboat redwok tu u..tapi malam tu i makan sekejap je kot so kuah supnya nampak bersih je la..

      LWindsor

      Delete
  2. yee mee..makan panas panas...sedap yang hotplate punyer..bila nak ngeteh ni? PRU13 saya turun Lembah Pantai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. El Mariachi
      Abg bro tunggu aa lepas habis election yer..huhu!

      Delete
  3. seperti biasa buat aku telan air lur. Huhuhu Nasib aku sedang makan maggi je.. huuu

    reenapple~

    ReplyDelete
    Replies
    1. reenapple
      ala besa je, ko pun bleh masak cenggini..
      ini menu sinple yg aku suka buat, campak sumer..
      lepas tu makan la sambil berangan..hihi

      Delete
  4. sedapnya... nk cuba juga la, ganti mee kuning ngan yee mee. mee kuning memng tk bagus skit utk kesihtn, byk kapur.. kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue,
      kita memang serender, tak leh tahan rasa mee kuning yg pelek tu kan..

      Delete
  5. Akak suka entri2 berunsurkan nafsu serakah pada makanan yg macam ni. I like. Mintak ciket. Ok tak cukup, nak mintak banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,
      kena mai turun KL nanti kita makan busat aaa..
      mai la kak..mai laa...

      Delete
  6. Takut.. ngeri.. sadis... tang tajuk tu la..
    Sini takda jual yee, so.. bertabahlah wahai mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sham
      tajuk tu ekzejeret jerr lelebih..haha..
      saja buat gempak kan..

      Delete
  7. aku pun suka yee mee tapi tak pandai nak memasaknya...

    sibuk lagikah dengan kertas-kertas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      Yer aku masih berperang sakan dengan kertas kertas kat kilang, selagi tak habis PRU13 selagi itulah aku kelam kabut dan penasaran di kilang..

      apa kata ko ajak mama muahh muahh pekena yee mee kat restoran jerrww...

      Delete
  8. telah Yong terbangkan stock YeeMee dari tanah malaya ke padang pasir. barangan kawalan kat rumah nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong Is My Name
      oomakk jauhnya yee mee ti teghebang..boleh tak kalo saya nak teghebang sesama yee mee tu juga..hihi

      Delete
  9. yee mee.... yummeeehhhhh tapi tak tau buat... nafsu makan memang agak susah utk dikawal oleh saya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      kannn..yeemee memang yummehhhh!
      sejak tiga bulan terakhir ini, saya bekerja keras menambahkan berat badan tanpa rela..huhu

      Delete
  10. Not into yee mee..tetapi saya sangat suka gambar yg awk ambik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      not into yee mee? aishh sedap tau yee mee..
      suka gambar tu ek, saya kena berterima kasih pada pak incik iphone 5 yang sangat mantap hasil kerjanya..hehe

      Delete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...