Sunday 21 April 2013

Tokoh dunia Malaya...

# Takziah untuk keluarga Tan Sri Hajjah Aishah Ghani. Beliau tokoh politik wanita Melayu yang sangat extraordinary kerana kesungguhannya menaikkan martabat Melayu dalam banyak hal. Sampai akhir hayat pun beliau masih berpesan kepada anak cucu supaya menjaga 'Tanah Melayu'..hmm bagaimana perjuangan kita generasi muda mendaulatkan tanah air...so jangan lupa mengundi ya!
Tun M ketika ditemui di rumah Tan Sri Hajjah Aishah Ghani di Bukit Ledang, Damansara..bekas PM ini sentiasa hebat penampilannya walau di mana saja berada dan beliau tidak pernah menghampakan peminat2 tegar beliau yang sentiasa menunggu kemunculan dan kenyataan yg keluar dari mulutnya..
# Perihal calon bebas sana sini, ada yang kecewa tak dicalon jadi mereka ambil keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas. Aku tak follow sangat pasal cerita politik ni walaupun menarik sebenarnya. Namun kisah Dt Kamilia Ibrahim bertanding sebagai calon bebas di Kuala Kangsar walaupun sudah ditawarkan jawatan EXCO oleh PM, ditolak Dt Kamilia ini agak hangat dan menarik..bak kata kakak idola saya kerana barang kemasnya yang awesome sentiasa, Tan Sri Rafidah Aziz..."Stop it!" Ahhaa...sampai dia kata gitu kan..
Kakak..I admire u sebab barang kemas u memang awesome..besar dan uniq..hehe..dan statement u juga vavavoom..
# Dan Sabtu adalah hari selamat sebab aku konon nak pergi jogging dan berfoya-foya di Tasik Titiwangsa, nak jogging dengan kesayangan la konon kan tapi termasuk ke dalam crowd pencalonan kerusi P118 Parlimen Titiwangsa. Waduhhh hati mak tensen sebab tersasar target, ingat nak p jogging tapi terseret ke dalam kancah politik, jeling abang2 FRU, abang2 bomba dan abg2 polis yang boleh tahan..aaa sorry aa geds  jap..korang nak join meh la. Pencalonan berkenaan berlangsung di Stadium Titiwangsa, kebetulan mak cadang nak p main tenis situ kan..ternampak lah dua calon kat bawah tu. Calon BN diwakili ahli perniagaan dari Melawati, Dt Ahmad Fauzi Zahari dan calon PKR mengenengahkan Ibrahim Yaacob. Kalau tak silap, Ibrahim Yaacob ni adalah son of the KL second mayor, Tan Sri Yaacob Latiff. Asrama Yaacob Latiff di Jalan Yaacob Latiff near HUKM tu kan..haa tu nama bapa dia tu.
Calon PKR Ibrahim Yaacob bersama penyokong tiba untuk proses penamaan calon PRU13.
Kedua-dua calon steady jer walaupun neves bahh...aku nampak depa menggigil masa pegang borang tu.
Calon BN, Dt Ahmad Fauzi Zahari persama pencadang, Datuk Seri Hj Abdul Halim Samad dan penyokong, peguam yg juga SU MCA TS Hoon kalau tak silap aku namanya..melangkah menuju ke dewan penamaan calon..
Sapa tau body language depa ni? Sorang tangan lurus ke depan seolah-olah lapang dan straight manakala sorang lagi berpeluk tubuh tapi tidak kemas, sekadar menampakkan posisi seperti berpeluk tubuh..apa maksud body language begitu? Kedua-dua calon berhadapan dengan Pegawai Pengurus Pilihan Raya , Tn Hj Mohamad Yahaya sambil diperhati penyokong, pencadang dan pegawai SPR lain..
Abaikan wajah-wajah lain, I tertoleh banyak kali kat uncle rambut putih ni..I know he is somebody but cant recall who is he..cuma yg i suka..his white hair tu..totally white..macam sutera..and he is sport man..siap muncul situ naik basikal bukit lagi..hoho u hebatlah uncle..tengoklah dia siap berkaca mata hitam dan berMP3 lagi..gua caya lu!
Ehh tetiba ada kawan mak roger, brader ni dilihat di Gombak menyokong adik beradiknya..ala Azwan Ali yg femes tewww..korang ader??? Hikhikhik..jom kita mengundi..I undi pos uollsss....bye!
Posing tetap maintain..hmmm...walaupun panas terik...

18 comments:

  1. Aku juga tak masuk campur dengan hal-hal politik walau aku tahu ada satu ketika harus juga kita ambil tahu.

    Selamat mengundi. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaktus psiko
      Aku pun tak minat pasal politik tapi Kali ni aku terpaksa ambil tahu sbb nak mengundi, semangat tul aku rasa nak pangkah undi tahun ni..

      Delete
  2. Tan Sri Hajjah Aishah Ghani tercetak namanya dlm sejarah Sarawak kerana telah menukarkan nama sebuah pekan Nonok menjadi AsaJaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa,
      Ya ke nama pekan tu begitu?
      Isk..tak cantik kan nak sebutnya, seb baik lah arwah ni peka..
      Selamat mengundi bro!

      Delete
  3. Al Fatihah.

    #Selamat mengundi. Walau siapa pun kau undi, kau tetap kawan aku tau. Ehehehehe. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reenapple
      Samalah, ko pun. Tunaikan hak kita sbg warganegara ya...

      Delete
    2. Tapi aku tak daftar mengundi lagi. (Kononya tak cukup umur) Keh keh keh. Tak apa. NExt election, aku cuba, =)

      Delete
  4. Undi itu rahsia..
    Tp K.Sham x ngundi pun.. setem lupa nak beli.. takut sebulan dah mengundi, baru sampol sampai kat Tanah Malaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awakkkkk.. kita tambah kat sini je la ya.
      Orang tu dah sedia dipinang.. line clear..

      Delete
    2. Ok kak sham, tq
      Nanti kita p meminang ya..sat ni dok sibuk nak pangkah undi, lepaih ni na...

      Delete
  5. Pelik kan tgk ada org bergaduh, putus sedara bagai sbb politik. Tak cool langsung.haha..

    Tepuk dada tanya selera, undi di tangan memasing. Tanggungjawab memilih pentadbir yg amanah utk menjaga kebajikan rakyat, harta dan khazanah negara tercinta lagi dirahmati ini.

    No gaduh-gaduh but gado-gado okaylah, boleh dimakan. Selamat mengundi adikku sayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza deAr,
      Ya tak faham kita apabila fikir ada yg sanggup putus saudara
      Kerana mempertahankan pegangan parti.

      Kita undi pos..hihi

      Delete
  6. alfatihah to tan sri aishah ghani..

    awat la u ngundi pos... nak ke mana tu? tak ajak pong...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. M.u.l.a.n
      Kita undi pos, tak sempat beli tiket balik..;)

      Delete
  7. Al-Fatihah, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman & takziah kepada keluarga beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Dinas,
      Sama-samalah kita doakan utk beliau dan yg lain juga..

      Delete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...