Tuesday, 11 October 2011

Bersih???

Datuk Rosnah ketika sidang akhbar Persidangan Promosi Kesihatan Kebangsaan 2011 di Cititel MidValley.

Hello..eh ini bukan Bersih 2.0 by Ambigol tu ya..ini adalah kempen kebersihan bermula dari rumah..kempen gaya hidup sihat yg akan lead us to a healthy life...healthy lifestyle! I talk to myself too actally...

Aku pergi pelancaran Promosi Kesihatan Kebangsaan 2011 di Cititel MidValley...guess what?? Ziana Zain ada situ, comel je dia tapi aku x follow sangat sebab aku lebih suka follow Kak Ros gebu ni...dia gebuuu mak suka..eh tersasul.

Mengikut kajian, kes kematian dicatat di hospital sejak 2011, yang mana 25.4% bersamaan dengan 11,812 orang meninggal disebabkan  masalah kardiovaskular (jantung, darah tinggi dan kencing manis)..huh ngeri seh bila aku dengar perangkaan ini yang disebut oleh Timbalan Menteri Kesihatan kita kat atas tu...Dt Rosnah Rashid Shirlin...sungguh mengerikan. Automatically kita boleh set mind lepas ni nak jalani gaya hidup sihat...kalau tak boleh buang tabiat merokok dengan segera, buat perlahan-lahan. Kebersihan jasmani diutamakan, begitu juga dengan kebersihan lahiriah. Banyak lagi info pasal perangkaan kesihatan ni, aku x mo tulis, nanti korang baca kat paper.
Aweks Dettol..thanks ladies for ur kindness!
Apabila kita bercaka mengenai bersih..maksud aku di sini adalah menyeluruh ya...bersih diri, bersih rumah, bersih hati, bersih otak etc...dan ada awek manis ini yg rajin nak senyum dengan tulus ikhlas, promosi kebersihan cara Dettol. Ya, Dettol ada banyak produk kegunaan rumah yg boleh digunakan, bermula dengan sanitasi, sabun, mandian etc. Arwah mak aku dulu suka beli Dettol untuk cuci dapur. Bila aku tanya kenapa guna Dettol, katanya nak basmi kuman..okeh mak, saya yakin kata-kata emak..sebab kini saya pun guna Dettol untuk cuci luka atau basuh tangan bila pegang kekotoran...thumb up for Dettol!
Antabax, Clorox dan Dettol...ketiga-tiganya adalah produk penjagaan diri dan rumah yang bagus jika anda ingin diri dan rumah bersih. (Promosi percuma kepada tiga jenama ini...aku tak dapat upah satu sen pun ya)
Dan selonggok lagi produk kesihatan yang juga bagus untuk digunakan di rumah...aku memang guna produk ini untuk kesejahteraan rumah...antabax tu..pengaruh kak Ziana Zain juga! Dia kan duta Antabax.

Nota: Info sihat! (Aku tahu tips ini semua orang dah tahu..saja ditekankan sekali lagi. Nak baca, silakan..tak mahu, boleh skip!
* Pastikan anda mencuci tangan sebelum menjamah makanan.
* Gunakan pencuci tangan setiap kali membasub tangan.
* Cara cuci tangan yg betul, garu secara lembut tapak tangan dan bahagian atas tangan seketika, then bilas dengan air.
* Lap tangan dengan kain bersih.
* Jika hendak memegang makanan, pastikan tangan bersih

Sunday, 9 October 2011

Bread pudding..

Custard gravy...2 cups of fresh milk, 2 tea spoons of custard and 2 table spoons of sugar..boil till thick..

Magic...sekejap lagi tinggal 1...

Whole meal bread..recycle...

Sapa curi lagi 3???
Nota: Brat, hari ni poyo, aku malas masak nasi, masak puding roti je..esok aku hantar kat opis ko ya..nanti ko belanja je lah aku secawan pull tea kat kedai mamak bawah opis ko tu.

Saturday, 8 October 2011

Breast cancer

mari layan 'selamat ulang tahun sayang' abaikan lagunya tapi perhatikan liriknya..ditulis oleh fedtri yahya..aku rasa liriknya penuh makna...

Isk..ngerinya kalau bayangkan mengenai breast cancer ni..
habis rosak semua..
memang x leh pakai dah
jadi, sila buat pemeriksaan awal
di rumah..
kalau nak lebih detail,
sila buat mammogram
di Pusat Kanser Kebangsaan
di Kg Baru
family history aku memang
takde yg kena sakit macam ni
tapi kena concern
sebab breast cancer
adalah pembunuh
no 1 wanita
Pantai Medical Center
ada buat charity bazaar
untuk kempen ini
aku pergi menyibuk
saja layan mata
ada imran ajmain buat fashion show
sama altimet
dan fazli yaakob
bolehlah..

Gembirakah kita...


gembira ke?
berasa gembira
bukan hak kita selamanya
kadang kala
kita berasa gembira
sebenarnya tiada
pun masih mahu berasa gembira
itu pinjaman saja..
bak kata sesetengah rakan
plastik semata-mata
hahaha...
ya saja
kita perlu berasa gembira
supaya orang nampak kita suka
sekali sekala
gembira adalah lara
pun begitu
telan saja
kerana gembira
adalah sementara.

Yang singkat ini...

Yang singkat itu
bukan sehari dua
bukan seinci dua
sejak dulu
lama
memang singkat
hela nafas singkat
bukan singkat kain
tapi singkat masa
masa makin singkat
aku terasa sangat singkat
semua singkat
singkat akal
lalu singkat nafas juga
dalam masa yang singkat itu
ampun
aku ingin menikmati
singkat yang sekejap itu.

Friday, 7 October 2011

Thursday, 6 October 2011

Gie: Review

(Maaf ulasan ini dibuat bukan sebab aku pemuja filem Indo, tapi haruslah dilihat dari sisi seni keberjayaan pembikinan filem semata-mata)
USAI menonton cerita ‘Gie’ di skrin computer, aku faham kenapa kisah ini memenangi 3 piala unggul di negaranya sendiri, Indonesia. G merangkul filem terbaik, actor terbaik dan sinematografi terbaik di FFI 2005, lama sudah ia dihasilkan tapi baru kini aku mengetahuinya..ada filem bagus seperti ini.
Diarahkan oleh Riri Riza, tidak mustahil G adalah buah tangan hebat kerana Riri (bersama Mira Lesmana) juga adalah penukang kepada filem Laskar Pelangi yang dirakamkan di Pulau Belitong, Sumatera, turut menjadi antara filem Magnum Opus pengarah ini di Indo.
Menawarkan elemen sinematografi (sinematografi adalah gabungan naratif, visual dan teknik , pls correct me if im wrong..furthermore im not a film student, im just an audien) yang cukup excellent aku kira. Setiap scene berjalan smooth tanpa terputus kontinuitinya walaupun agak terkejut dengan beberapa babak cemas tatkala penuntut universitas melakukan demonstran di kota besar akibat ketidakpusan hati terhadap PKI ketika itu dan juga bapak presiden Sukarno.
Riri menangani G dengan cermat, gemar bermain dengan bayang, petak dan simbolisma tertentu ketika short demi short diambil. Riri tidak mensia-siakan keadaan panas ketika manusia bernama G itu hidup di Kebun Jeruk, dengan memasukkan scene bermula pada pintu rumah, melalui tingkap bas, melalui tilt up dari atas ketika G mendaki Merapi.
Simbolik lain, direktur menyelitkan montaj lambang kristian dan ada memasukkan suara azan sebagai pernyataan tanpa mengira batasan agama, manusia bersatu untuk menuntut hak kebebasan pada masa itu. Ada beberapa scene ketika G mendaki gunung, Riri memanipulasi panoramic view yang sangat indah di atas gunung tersebut. Memang pemandangan di gunung cantik lazimnya dan Riri lagi memberi nilai tambah dengan memilih angle tertentu kerana ia selari dengan jalan cerita sekali gus menjadikan filem ini cemerlang.
Kisah berjalan lancar dengan G sebagai pencerita, melalui monolog suara G yang sederhana tapi jelas mengenai perjuangan kebebasan untuk sebuah negara bangsa yang berteraskan panca sila itu. G juga adalah ulat buku kerana dia menelaah Karl Marx, Lenin, Albert Camus, Tolstoy etc. Benar betul kenyataan ingin miliki minda bersifat global, kena baca buku mengenai tokoh global juga.
Filem berdurasi lebih dua jam ini mungkin aku boleh labelkan sebagai epik kontemporari Indonesia kerana G itu hidup dalam keadaan darurat dan kemahuannya untuk melihat negara bebas bersuara sampai kini belum tertunai bahkan berterusan korup. Satu naratif yang bagus dari Riri dan Mira untuk bangsa mereka.
Ada beberapa scene G bersama abangnya Arif Budiman dan Ra, rakan sekuliah yang sentiasa memberi sokongan kepada G. Pada akhir kisah, G menulis sepucuk surat kepada Ra mengatakan dia ingin hidup bersama Ra sampai bila-bila..ya shot yang ini agak menyentuh perasaan kerana Ra dengan penuh penghayatan membaca surat G dan G seolah-olah tahu bahawa dia akan meninggal di puncak Semeru akibat terhidu gas beracun di tanah tinggi itu.
Scene Ra menyanyi bersama guitar dan ditonton oleh penduduk kampong juga amat seronok dihayati. Riri menggunakan banyak lagu latar yang menarik hati selain monolog G jelas menggambarkan gelodak jiwa seorang G terhadap hidup yang tidak bebas (bebas perang).
Keberhasilan Nicholas Saputra membawa watak G tidak perlu dipertikaikan kerana rentak G ada pada pelakon muda ini, berwajah iras cina dan sampai akhir Soe Hock Gie tidak menukar namanya kepada nama Indonesia, tidak seperti abangnya Arif Budiman.
Filem ini hebat bukan kerana pelakon2nya yang berwajah lumayan, tapi kerana ia sendiri mempunyai kekuatan dalam banyak aspek. Skor muzik oleh Thoersi Argeswara sangat menyenangkan untuk dihayati begitu juga beberapa aspek lain. Riri mempunyai team hebat termasuk Sinematografer G, Yudi Datau, menjadikan G filem berbaloi menang banyak anugerah.
(Rasanya tidak adil untuk membandingkan filem G dengan filem2 kita di sini...sebabnya....anda ada jawapannya).

"Love the art in yourself, not yourself in the art" -  Konstantin Stanislavski.

Tuesday, 4 October 2011

spy

aku tak tahu sama ada
aku diperhatikan atau tidak
yang aku tahu,
aku menjadi pemerhati
terhadap yang diperhatikan
mana yang lebih enak,
diperhatikan
atau memerhati...

Orkid yang faham bahasa.....

Jawapan kepada pertanyaan seorang rakan senior semalam, pasal orkid...aku tak sempat nak jawab ketika dia bertanya mengenai adakah aku tidak bercerita mengenai orkid lagi kerana aku sibuk menguruskan sekeping roti canai bersama secawan milo tarik di kala cuaca dingin dan angin sepoi2 bahasa..perlahan-lahan roti canai itu menghilang ke dalam perut sambil aku hirup milo panas...nikmat!

Sdr SO (saya berharap suatu hari nanti anda akan terbaca juga blog haluan kiri saya ini), ya, rumah saya ada beberapa orkid yang belum tumbuh sepenuhnya kerana saya agak sibuk menguruskan rutin harian. Dan orkid pun ada perasaan, ia merajuk kerana saya lupa memujuknya. Suatu ketika nanti saya akan berbisik kepadanya mengenai kenapa ia harus tumbuh subur di laman saya di Windsor Sg Long..kalau dulu ia membesar dengan sihat di laman lama saya di Sri Gombak..kini saya sudah bertukar laman. Saya sudah melangkah keluar dari laman di Sri Gombak dan kini saya bermastatutin di Sg Long dan orkid di laman di Sri Gombak saya tinggalkan kepadanya, kalau-kalau dia mahu menguruskan..

Kenapa saya suka orkid? Kerana orkid boleh bercakap, orkid boleh memahami, orkid boleh menyimpan rahsia, orkid tersendiri dan orkid akan sentiasa menunggu saya apakala saya balik ke rumah..

Gie

Finally, after few months searching and surfing where to buy this cd: a story of Indonesian who died on top of Gunung Semeru while struggle for freedom in his chaos country...i got this cd from someone. Thanks to the 'someone' for his kindness...really appreciate that, till the end.
Mungkin banyak lagi cd lain yang bagus2 tapi entry blogger SM (hahaha...buddy i credit ur name) beberapa bulan lalu cukup mengujakan untuk aku cari cd mengenai Soe Hock Gie..barangkali Gie lebih terdahulu kemunculannya berbanding Chairil Anwar, si penyair malang namun meninggalkan kesan hingga kini. Dan aku mahu tonton cerita ini bukan sebab pelakonnya adalah Nicholas Saputra, tapi oleh kerana jati diri Gie itu yang sebetulnya sangat mengujakan...

Sedikit petikan dari sampul kulit Gie: Lebih baik diasingkan daripada menyerah pada kemunafikan..'Ok, tak mau cakap banyak, let me watch Gie first and do a review...(SM..ko jangan jelesz, aku dah dapat dulu CD ini, nanti aku review ko makan tapai sama air tebu sajalah...mwahahah -gelak jahat)

Nota: Terima kasih kepada Sdr RZ, akan saya kembalikan cd ini selepas usai urusan menontonnya. Dan saya akan sentiasa mengenang catatan ringkas allahyarham adinda Sdr di dalam buku kecil saya itu. Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT selamanya. Dan untuk Sdr, selamat berangkat ke China, semoga apa yang dibisikkan malam tadi akan jadi kenyataan...saya doakan!

Monday, 3 October 2011

Enzim Sampah Dapur...

Yang dalam plastik itu adalah kacang panjang yang dah berusia sebulan...dah buruk dan busuk tapi jangan sangka barang buruk dan busuk ini tiada gunanya...yang depan itu adalah batang dan akar spinach...

Nampak ngeri bahan yang di bahagian bawah bekas ini...macam lintah hidup..hahaha..bukan..it is long bean yang buruk tadi...atas tu batang spinach..

Jeruk sayur busuk...dahsyat gila bau..

Dan yang ini adalah sisa kacang buncis...jangan buang..ada manfaatnya...
Sebelum ni kalau potong sayur atau kupas buah, aku buang terus segala bahan yg tak berguna, tapi lepas sembang dengan seseorang yg concern pasal 'nature and earth', aku berasa wajar mengamalkan recycle dan akan terus terbabit dengan 'love our nature'. Selama ini kita banyak melakukan kerosakan dan menyeksa bumi yang dicipta Tuhan. Elok2 je DIA buat, ganas2 je kita rosakkan dengan segala bagai kerosakan..ozon pun dah semakin tipis...kalau boleh lihat usia bumi...musti ngeri...

Jadi apa kaitannya antara bumi dan sayur buruk ini? Sekali imbas langsung x ada kaitan tapi lepas baca ini musti u all pun akan teruja untuk mencuba..kerana bahan yang nampak 'yuckkk...' dalam balang itu berupaya menyelamatkan bumi kita..walaupun sumbangan aku tersangatlah kecil kepada bumi, sekurang-kurangnya (mulai sekarang) aku sudah keluar dari kumpulan perosak bumi dan aku dah masuk dalam kelompok 'care nature' walaupun tak ada sebarang hadiah atau reward..

Tahu tak, sisa buangan dalam balang itu bersifat mesra alam (x adil lah kalau nak compare bab bau ni..dah namanya pun bahan buangan....so agak-agaklah baunya macam mana...) kerana ia ia tidak akan sama sekali menipiskan lapisan ozon, ia tidak bersifat merosakkan kerana sudah terbukti..(later..ill put a detail abt this ENZIM SAMPAH DAPUR)

Kenapa aku kumpul sampah? Kerana sampah ini bukan sampah, tapi bahan untuk diekstrak menjadi enzim, yang mana enzim itu boleh digunakan untuk menghalau semut di dapur atau mana-mana bahagian rumah, enzim ini akan menjadikan singki anda bersih dan ada banyak kebaikan lagi,.akan diberitahu kemudian..

Ada sukatan khusus untuk buat enzim ini tapi aku belum terima info detail dan oleh sebab semalam ada rajin sikit masuk dapur, jadi sisa masakan disimpan terus untuk dijadikan enzim.

Caranya, kumpul sisa buangan daripada sayur atau buah (yang senang reput). Masukkan dalam balang, bancuh gula perang dan tuang ke dalam balang tadi. Peram sehingga semua reput, ia akan mengeluarkan enzim yang ntah macam mana rupa, aku pun baru buat. Enzim akan naik ke atas dan kita boleh gunakan untuk banyak perkara...(i promise..will attach the detail later).

Ok, marilah jadi umat manusia yang menghargai alam...sekian.

Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak

Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sih...