Biarlah walaupun tiada kena mengena langsung dari segi pertalian
darah, sedih dan pilu saya berpanjangan untuk mangsa MH17..saya tulis
kata-kata ini dua tiga hari lepas:
Hakikatnya
sepejal mana sekalipun qalbu insan
meskipun tiada setitik darah pun yang ada pertalian
apatah lagi berselisih di alam nyata
atau di laman maya
naluri kemanusiaan
mengabsahkan secara total
bahawa kesedihan kami bersama anda.
Kami ikuti dalam diam
kami tafakur dalam senyap
dan kami akur,
catatan duka sejarah berwarna pilu ini
kekal dalam khutub khanah jiwa bangsa.
Al-Fatihah MH17..
Thursday, 28 August 2014
Saturday, 23 August 2014
Tiada tajuk...
Kali terakhir menulis di sini ialah awal April lalu, lebih tiga bulan halaman ini tidak diisi dengan sebarang catatan kerana masa sangat terhad termasuklah kekangan capaian internet yang tidak menentu. Mungkin boleh saja dikatakan 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih...'
Honestly, writing in newspaper or magazine is among the greatest things in my life..and of course blogging is my whole life passion. Kalau diibaratkan blog ini seperti kekasih hati, sudah pasti dia merajuk dan menganggap saya tidak sayangkan dia lagi kerana saya sunyi dari mengunjunginya selama hampir empat bulan. Lazimnya manusia kalau berkasih saying setiap hari nak jumpa, ini tidakm berbulan-bulan ditinggalkan tanpa sebarang berita, maka kita putus! Bagaimanapun saya bukan bercinta dengan individu, ibarat kias saja. Blog ini kecintaan saya, saya menulis sejak 1996, di akhbar, di majalah, di ruang maya dan di mana saja ada peluang menulis, saya menulis hingga kini.
Segala-galanya bermula tanpa saya rancang, namun saya tahu apa yang saya alami hari ini adalah apa yang saya sering doakan sebelumnya. Jangan tanya saya apa yang saya doa dan bagaimana atau kenapa doa saya terzahir kerana termakbulnya sesuatu permintaan atau doa itu bukan sebab Allah mahu memenuhi permintaan kita, sebaliknya ia adalah sesuatu yang sudah tersedia untuk kita sejak kita ditiupkan roh ketika berusia 40 hari di dalam rahim ibu (sila perbetulkan andainya saya silap dengan fahaman ini).
Dan sekiranya terdetik dalam hati berkehendakkan sesuatu dan tergerak lidah untuk berkata-kata, maka berdoa dan memintalah kepadaNya kerana pasti ada sesuatu yang DIA mahu berikan. Ketika saya membuat perjalanan ke German dan tiga negara lain pada tahun lalu bersama Cik Ros, saya pernah berkata-kata saya ingin merasa pengalaman berpuasa dan berhari raya di luar negara...
Alhamdulillah, saya sempat berpuasa selama dua minggu di England dan menyambung puasa selebihnya di Sungai Long, di kediaman saya yang sentiasa saya rindui setiap detik...kediaman sunyi yang banyak menyimpan cerita saya.

Wednesday, 2 April 2014
Menaakul bahasa alam..
Duduk depan tingkap lagi...
Waktu pagi je, ada burung tolong kejut
riuh berkicau
ok ok aku faham..
katanya: bangunlah manusia
jangan nak tidur lagi
subuh dah masuk
nanti selimut tu jadi kulit babi.
Sambil minum kopi
berangan adalah enak
sebab free kan
ada angin bertiup manja
sambil cium-cium cermin tingkap depan aku
ok ok aku faham
kejap ya nak mandi dulu
kol 10 pagi ni elok buat dhuha
kalau ada ikhlas nak buat..
sebab dhuha ini tarik rezeki
dan menutup 'lompang' yang ada tapi kita tak tahu.
Dah habis minum kopi,
ehh rasa mengantuk pula..
nampak kat luar, pokok-pokok meliuk lentuk
angin dah mula usik tu
nyamannya udara
tidur sedap ni
ok ok aku faham
pi tidur dulu jap sebelum zuhur
jangan terbabas tau
dan jangan tidur selepas zuhur atau atau asar atau maghrib
tidur lepas isya' tak pe
Dah makan tengah hari
apa-apa je lah janji halal dan kenyang
sambil minum kopi dan makan jajan
sambil buat kerja depan tingkap lagi
tiba-tiba alam hiba
warna langit mula keruh
ok ok aku faham
negara kita pun four seasoh wehh
macam winter
asal jam 4 petang jer, alam berubah corak
mendung dan kelabu
perasaan jadi sayu
hebatnya kuasa Allah
dalam beberapa detik
aku boleh amati
warna alam bertukar
dari ceria kepada sendu
dan sesekali pilu.
Besarnya kuasa Allah
aku yang tidak pernah peka ini
jadi notis
dengan setiap pixel
yang berlaku pada kanvas semulajadi
tiba-tiba sehelai daun jatuh
lantas mendarat di tepi cermin tingkap aku...
Allah..

Monolog angin..
Kalau ada 25 jam
kesemua 25 jam ni
aku nak habiskan depan tingkap
walaupun tingkap ni kecil
tapi boleh nampak 360 darjah
Alhamdulillah
terima kasih Allah
bagi aku view yang tak pernah jemu
untuk dilihat..
Sejak tujuh bulan lalu
kadang-kadang sambil menjahit
angin cium cermin tingkap
sambil sapa
"Salam.." kata angin
"Waalaikumsalam.." aku jawab.
"Rajinnya dok depan tingkap ni.." kata Angin lagi.
"Ya..sebab nak tengok anginlah.."
"Mengintai saya ke?" Angin Tanya lagi
"Ya..bukan mengintai. Tapi dah awak dok berlari, kejar sana sini depan cermin tingkap saya, saya tengok je lah.."
"Owhh ok..dengar tak apa kami bualkan?"
"Dengar. Faham.."
"Apa lagi yang nampak sejak tujuh bulan lalu?" Tanya Angin mencungkil jawapan.
"Dulu ada pokok cantik, dah kena tebang..kesian.." aku kata.
"Lagi..?" Angin masih menyoal.
"Tu haa..daun-daun tu kalau kena geletek dengan angin..cantik tariannya, enak muziknya berdesir.."
"Owhh...faham bahasa angin dah ke?"
"Sikit-sikit..bolehlah faham.."
"Bagus..justeru, pertama sekali, lihat bagaimana kami berbicara, lihat bagaimana kami berkomunikasi dengan alam, lihat bagaimana kami memujuk burung menghargai kehidupan.."
"InsyaAllah.."
"Jangan insyaAllah saja..lihat dengan mata hati ya.."
"Ya..aku tahu.."
"Ni nak pesan..jangan dok ikut kehendak syaitan..kalau bunyi azan tu, terus solat.."
Tiba-tiba bunyi desir angin mencium cermin tingkap, jam 2.11 pagi ketika aku tulis entry ini. Angin di luar mungkin membuat lawatan mengejut sebab tahu aku belum tidur..
Selamat malam angin...
"Lagi..
Tuesday, 1 April 2014
Terbang lagi...
Sungguh
tak akan jemu
membaca mengenai MH370
daripada tak tahu ilmu aviasi
aku jadi tahu.
Dan pada aku
mereka masih ada
di negeri abadi
hanya Allah yang tahu
kita rancang
rancangan Allah lagi hebat
kita hebat
Allah lagi hebat
kita nak hebat
hebatkan dulu perhubungan kita dengan Allah.
Tahun lepas
aku pernah sebut pada Ina
tak akan terbang lagi tahun ini
kerana tabung gajah aku
sudah disimpan rapi
dalam gobok pusaka.
Rezeki kita
tak siapa tahu
aku terpaksa terbang lagi
suka tidak
kesal pun tidak
di mana dan ke mana pun aku
aku adalah milikNya
dan DIA tahu apa yang terbaik untuk aku.
Allah..
saat dunia memerhati kita
saat ramai yang teragak-agak dengan MAS
aku tetap yakin
kerana Allah berkuasa
kerana Allah kerajaan langit dan bumi
Khamis ini aku akan terbang tinggi
selama 13 jam di daerah angkasa
semoga Allah mempermudahkan urusanku
Amin..

MH370 MH17
Selesai sudah
sejarah pedih
sebuah negara bangsa
genap 17 hari
siang berganti malam
keringat dan air mata
bersatu dalam usaha
mencari dan mencari.
Calar itu
berhenti berdarah
dan luka pun ghaib
namun parutnya
terus berbekas
walau habis
segenap dasawarsa kemanusiaan
meskipun cuba dilupakan.
Walau di samudera mana
pusara tak bernisan itu
Al-Fatihah...
Dan semoga roh mereka
dicucuri rahmat Allah
bersemadilah dengan aman
di lautan paling sepi
Malaysiaku kini
bersimbah nuansa pilu.
24 Mac 2014. MH370
Saya karang kata-kata di atas
sehari selepas PM kata,
ia berakhir di lautan Hindi.
Tiada istilah lambat mengenai MH370
dah nak masuk enam bulan,
sedih tak usah cakap
tak de sedara mara saya pun dalam tu
tapi rasa terkesan sungguh
dan benar bagai dikata
banyak iktibar yang kita peroleh
dan saya dapat 'sesuatu' dari kejadian ini.
Saya juga berdoa
kalau Allah izin
beri saya gambaran
walaupun dalam mimpi
bagaimana ia berlaku
dan ke mana ia ghaib,
sungguh saya nak tahu
walaupun ada beratus spekulasi
yang muncul menyendat dalam minda.
Kapt Brahim pernah bagi tahu saya
kenapa dia nak jadi pilot
dan bagaimana dia ketika ada di cockpit
terima kasih Kapt,
sebab pernah hadiahkan ayat Kursi
utk bekal tidur saya
ketika saya dilanda ketakutan..
di satu ruang kosong
terus berdoa..
untuk mereka..
pada saya, mereka masih ada!
Wednesday, 19 March 2014
Notis dak?
beberapa minggu lalu
kat Kelantan khabarnya habis dijual baju sejuk
suhu pula macam paras beku
selain Kelantan
beberapa negeri lain juga sejuk beku
lepas tu panas
sampai pokok pandan saya juga menemui maut
akibat panas melampau
air pun kena catu
sebab kering
pendek kata
banyak kawasan berpokok yang daunnya betukar merah
sekali imbas saya rasa macam musim luruh pula
ehh sorry saya memang suka berangan
saya berada di negara empat musim
apa ada hal
berangan adalah free!
Back to the topic,
notis tak, cuaca bagai diset dengan cepat dari sejuk ke panas
dari panas ke kemarau
kemudian hujan
adakah bumi kita sudah tergelincir dari paksi?
Sedar...

Tuesday, 18 March 2014
Makan apa di London?
Masa saya p UK dulu, saya gila betul makan nasi lemak Pak Awi kat Malaysia Hall
lepas tu gila juga makan ayam goreng kunyit kat Restoran Bonda
suka juga pesan sirap bandung warna merah jambu tu walaupun harganya mengaum
cuma saya tak masuk Restoran Tuk Din je sebab nampak sangat ekslusif
pastinya saya tak mampu nak bayar makan mahal-mahal
sebab saya kalau travel bajet adalah keciputan.
Ok nak tanya, kepada sdr/sdri yang terbaca entry ini
kalau anda ke London/UK
menu apa yang anda terasa nak makan?
Please bagi pendapat ya
thanking you in advance!

Monday, 17 March 2014
Siapakah dia...
#Mimpi
Mimpi mainan tidur, nak percaya atau tak, terpulang kepada kita
ada yang kata, kalau mimpi sebelum Subuh, ya itu benar
ada pula yang kata, kalau mimpi selepas Subuh, tak boleh digunapakai
mimpi terkahir yang dialami ialah dua minggu lalu
berada dalam satu kenderaan bersama seseorang
duduk di bahagian belakang kenderaan
lebih tepat lagi, di bahagian belakang dia yang memandu
cuaca sejuk
dan kami memakai jacket tebal
rasanya macam salji turun nipis di luar kenderaan
yang memandu kenderaan itu memakai baretta
jadi tak nampak muka
ingin sangat diketahui siapa dia
mungkin ada sebab kenapa saya tak sempat lihat wajahnya
mimpi putus
tengok jam tepi bantal ialah 4.47 pagi..sekejap lagi Subuh
saya bermohon sangat
nak sambung mimpi itu..

Wednesday, 12 March 2014
Sentimental value : MH370
Sudah empat hari saya tak switch on tv,
memang sebelum ni pun boleh kira dengan jari berapa kerap saya tengok tv
bila berlaku tragedy begini, lagi saya tak mahu tengok
sebab saya tak boleh menipu diri bahawasanya saya tidak berasa pilu
apabila mendengar berita mengenai MH370
Saya tak pernah naik MH370 ini
tapi saya pernah naik MH yang lain-lain
dan saya juga tak ada masa nak bazirkan air mata saya
untuk hal yg tiada pertalian dengan saya
tapi kes MH370 ini
walaupun langsung tiada pertalian
saya berapa pilu yg amat
mungkin sifat nurani kemanusiaan itu sedikit terlebih dalam diri saya buat masa ini..
Saya tak mahu jadi pengulas terlebih bijak mencipta
pelbagai teori mengenai kehilangan aircraft ini
biarlah pengulas tak bertauliah lain yang buat
sebelum itu, saya doakan rakan2 saya di meja berita
tabah menjalankan tugas
melapor apa saja yang bermanfaat untuk kita kongsi di sini
Begitupun saya ada banyak sentimental value mengenai penerbangan
kali terakhir saya naik MAS ialah Julai tahun lalu
MH0005 dari Frankfurt ke KL
penerbangan banyak jam buat saya jadi bosan
nasib baik ada pramugari cantik manis dan baik hati
dia peramah dan suka datang berbual dengan saya
apabila sudah selesai tugasnya
kejap-kejap datang tanya saya nak makan apa
walaupun saya bukan penumpang kelas bussiness
akibat pengaruh pramugari cantik manis itu juga
pramugara lain pun jadi baik dengan saya
siap bagi juice banyak-banyak untuk saya
masa nak turun tu pramugari tu bekalkan saya satu beg besar kacang
dan pramugara handsome itu pula bekalkan saya senyumnya yang kacak itu
hahaha saya tenggelam seketika
habis kisah ini.
Pada tahun 2010, saya keluar dr penginapan di Sussex Garden pada jam 5 petang
walaupun flight nak balik KL ialah pada jam 10 malam
masa tu salji turun menderu-deru
driver yang bawa saya dan rakan-rakan ke airport berbangsa Filipina
sambil memandu dia sibuk bercakap dengan buah hatinya
saya kira teman wanitanya
ada sepatah dua perkataannya yg saya faham
perjalanan ke lapangan terbang menjadi lambat kerana salji menutup jalan
saya sudah risau takut terlepas kapal terbang
tiba di lapangan terbang, keluar saja dari kenderaan, Ya Allah sejuk melampau
dan hidung saya mengeluarkan darah kerana terlalu sejuk
oh ya, saya ambil flight dari Stansted dan bukannya Heathrow
sebab AirAsia yang taja tiket penerbangan saya dan rakan-rakan
jadi kami akur.
masuk dalam bangunan airport itu, ahhh lega
sebab tiada lagi sejuk yang menikam tulang
saya cepat je pi beli kopi
sambil duduk minum
saya dengar pengumuman
semua penerbangan ditunda
akibat salji lebat melanda seluruh Eropah
justeru termasuk jugalah penerbangan saya.
Rupa-rupanya penerbangan ditunda bukan sejam dua..tapi nak masuk dua hari
bayangkan duduk di lapangan terbang tak boleh keluar pun
kalau boleh round bandar berdekatan tak apalah juga
'Pakcik' saya yang ada di Swiss masa tu pun sibuk meng'text'
katanya kalau boleh keluar dari airport
dia nak booking hotel untuk saya berehat
sayangnya tak boleh
saya makan tuna sandwich dah berbakul-bakul
dan minum kopi bercawan-cawan sudah
guna kupon redeem yang syarikat penerbangan bagi
begitu juga rakan lain
semua benda sudah dibualkan
termasuklah fikiran saya berkata-kata
bagaimana aircraft nak take off sebab salji tebal
tentu akan berlaku kemalangan tambahan pula landasan licin
jadi lebih baiklah saya terkandas di dalam bangunan ini daripada
terkandas di dalam kapal dan tergendala di mana-mana
sesungguhnya mati hidup itu Allah yang atur
namun sebagai insan, ketika itu
fikiran saya sentiasa teringat mungkin ada hikmah
kenapa saya kandas di situ
saya juga nampak seekor burung nightingale menemui ajal
di tepi cermin kaca bangunan di sebelah luar akibat sejuk, kesian!
Apabila kita sudah kandas lama
manusia yang waras akan berpecah-pecah fikirannya
ada seorang wanita mula tidak waras dan membuat onar
di dalam lapangan terbang saat semua penumpang terkandas dan mengenang nasib
wanita berkenaan mengamuk kerana penerbangan ditunda
dan katanya habis urusan lain terpaksa ditunda
syukur saya masih waras ketika itu
tidur atas lantai, atas kerusi, dan berhimpit-himpit juga enam rakan lain
hmm saya dan seorang lagi rakan perempuan manakala lima lagi adalah jejaka
terpaksa kami berhimpit-himpit juga sebab lapangan terbang penuh dengan penumpang yg kandas dan sejuk yang membunuh
tapi masing-masing pakai coat tebal ok..tiada bersentuh kulit..
setelah hampir 36 jam di situ..akhirnya kami naik juga
ke dalam perut pesawat dan selepas 13 jam di aras yg sangat tinggi,
tayar kapal mencecah landasan Sepang..
Ok saya selamat balik...
Masa saya balik dari HK pada 2012,
kapal kami bergegar-gegar juga akibat masalah cuaca
ketika itu saya tidak berhenti membaca ayatul Kursi
dan beristighfar
andai berlaku sesuatu
at least saya sudah mengucap dua kalimah syahadah.
Dan ketika berulang alik KL-KB / KB-KL juga
beberapa kali juga saya mengalami gegaran
akibat cuaca
Alhamdulillah juruterbang cekap
jadi tiada apa yang berlaku, dengan izin Allah, semua ok.
Pagi Sabtu lalu,
adinda saya kata
"Dah dengar ke kapalterbang MAS hilang?"
"Hilang? Ya ke? Macam main-main je"
"Semalam lagi hilang, pagi ni baru nak start kecoh..."
"Oh ya ke, petang ni jumpa la tu.." sungguh saya tiada kerisauan kerana tidak yakin kapal itu akan hilang lama.
Dan sehingga saat saya menulis entry ini, saya berasa pilu mengenangkan nasib anak kapal, kapten dan penumpang yang masih hilang. Walau siapa pun mereka, bangsa atau agama apa pun mereka, mereka adalah manusia, insan, seperti kita kita yang berenak-enak dan tidak mengalami sebarang musibah ini.
Beberapa kali saya melihat rakaman tv bualbicara TV3 dgn Kapt Norudin itu..beliau menyampaikan mesej tersurat sebenarnya. Kata-katanya disusun penuh cermat dan mendalam. Anda pasti lagi arif dari saya untuk mentafsir apa yang beliau katakan.
Saya petik juga kata-kata seorang bijak pandai yg saya hormati di FB yg jarang2 sekali saya online:
"Di saat semua usaha sudah digembleng, kecanggihan sains dan teknologi sudah dipersembahkan, maka ketahuilah bahawa Takdir (Allah) mengatasi Tadbir (manusia)" - A.Khusyri
MasyaAllah...saya bersetuju amat dengan kata-kata ini. Hanya doa, solat hajat dan tahajud saja pertolongan yg saya boleh berikan dalam usaha membantu menemukan atau mengembalikan semula sebuah MH370 dan isinya..sesungguhnya kita tidak tahu rahsia Allah..

"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan." (An-Nahl, 53.)
Friday, 7 March 2014
Terapi perut dengan spaghetti seafood dan ayam goreng
Dia telefon saya sekitar jam 12 noon. Suaranya sebak dan menekan-nekan. Saya dapat kesan ada sesuatu yang tak kena dengan AzS ini.
"Kak, ada kat rumah?"
"Ada..dok menjahit ni. Comforter Kak Lily tempah untuk baby Iris.."Jawab saya.
"Nak datang boleh? Saya EL hari ini." kata ibu muda beranak tiga ini. Dua anak sulung berusia dua tahun ada twin boys manakala yang bongsu baru berusia beberapa bulan ialah petite little girl.
Sampai saja di pintu rumah saya, dia menangis dan apa yang boleh saya lakukan ialah menenangkan dia, memintanya duduk dan menyediakan segelas kopi panas. Panas bertemu panas, tak lojik! Tapi itulah yang terbaik untuk dia. Dia tak boleh minum ais kerana baru habis berpantang.
Setelah duduk dan berbual beberapa ketika sambil saya menyediakan spaghetti seafood untuk kami lunch, dia bercerita berselang seli tangis. Mata sudah bengkak menampung air yang tidak berhenti mengalir. Memang saya kesian melihatnya namun saya tidak berhak memberi cadangan kerana dikhuatiri saya 'bias' dalam menasihatinya dalam usaha mengedalikan rumah tangga yang sudah menampakkan sedikit retak. Saya berpesan kepadanya retak itu masih sangat kecil dan usia perkahwinannya masih muda, iaitu baru mencecah lima tahun dengan cahaya mata yang comel-comel.
Puas dia meluahkan perasaan dan menangis, dia minta izin untuk balik bersemuka dengan suaminya. Itulah yang saya katakana padanya dan itu juga yang dinasihatkan oleh orang lain kepadanya. Saya berharap dia mampu menangani hidup dengan baik. Pasangan muda, banyak yang tergigit dari yang seiring, banyak yang mula bengis berbanding bermanja-manja apakala usia perkahwinan mencecah lima tahun.
Bukan hendak membetulkan cakap-cakap yang sering saya dengar, iaitu setiap lima tahun akan ada gelombang melanda perkahwinan, kerana 'rumahtangga' saya juga runtuh dilanda badai ketika mencecah usia 13 tahun. Jadi tidak wajar untuk saya menasihati dia kerana ibarat mengajar anak ketam berjalan betul, ibunya juga tidak berjalan dengan betul.
Sehingga saya menulis entri ini, saya belum menerima sebarang sms dari dia, harap semuanya berjalan lancar. Saya nak berhenti jap, nak minum kopi dan makan spaghetti lebih lunch tadi..
Spaghetti seafood dengan ayam goreng dan chunky sweet tomato..cukuplah terapi perut hari ini..burp!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak
Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sih...
-
Let books be your dining table, And you shall be full of delights Let them be your mattress And you shall sleep restful nights. ~Author ...
-
1) Jika aku seorang lelaki aku akan pastikan dia menjadi makmunku setiap kali aku sujud mengadapNya aku akan pastikan dia mengaminkan do...