Hari raya lalu, aku dan adik memilih menziarahi 'rumah' mak di Taman Universiti berhampiran komuter Bangi sebagai destinasi pertama kami pada pagi Aidilfitri. Kawasan perkuburan berkenaan sangat bersih dan rapi. Pakcik Shamsudin yang bertanggungjawab menjaga kawasan perkuburan itu sangat rajin dan berhemah orangnya. Aku agak dia mungkin bekas askar atau hanya melakukan kerja kampung, namun raut wajahnya jelas dia bukan sebarangan dan bukan calang-calang kerana setiap hari dia tega keseorangan menghabiskan masa di tanah perkuburan, membersih, menggali, menyiram dan merapikan petak-petak kubur. Walaupun di siang hari, angin berdesir dan bayu yang lalu mengeluarkan bunyi mersik pada pohon-pohon sekitar selain bunyi monyet dari kawasan hutan berhampiran, sedikit sebanyak menimbulkan rasa insaf sebenarnya.
Ini kek paling mewah dalam hati kami.. |
Bukan pasal perkuburan yang hendak dikatakan, tapi ingatan terhadap emak
terbayang-bayang dalam fikiran kami. Semasa balik, adik kata dia nak
makan kek kampung yang mak selalu buat ketika kami masih kecil. Lepas
kakak dah pandai buat kerja dapur, mak ajar kakak buat kek kampung itu
dan kami akan tekun memerhati kakak mengacau adunan kek supaya sebati.
Sukatannya, yang aku ingat adalah lima biji telur ayam dan lima sudip
majerin. Gandum dan gula pula main agak-agak saja sebab mak memang tak
suka melihat buku untuk memasak. Tambahan pula, resipi mak semuanya ada
dalam minda beliau saja. Bagaimanapu, kek kampung itu tetap menjadi.
Kata adik lagi, dia dah puas makan kek
midvalley (layer cake), dia dah bosan makan kek pavillion (red velvet)
dan dia dah jemu makan kek klcc (rainbor cake), jadi dia hanya nak makan
kek kampung (kek majerin biasa tanpa sukatan tepat). Katanya
lagi dia nak makan ketika masih panas, ketika baru dikeluarkan dari
oven. Aku tak tahu siapa yang untung, sama ada adik yang bernasib baik kerana dia boleh roger aku bila-bila masa saja untuk 'order' apa saja menu atau Allah merahmati aku kerana setiap kali aku bakar kek atau bakar biskut atau masak agar-agar, seringkali ia akan
habis dengan selamatnya. Selain adik yang menjadi penerima pertama, security yang bertugas di entrance Windsor juga adalah penerima tetap.
Satu bekas untuk pakcik security... |
Dan kek kampung
adik sudah siap..rasanya macam kek majerin sempoi jer tapi kek ini juga
adalah yang paling sedap bagi kami. Sedap kerana ia menyimpan
nosltalgia, ia mengandungi ingatan kami yang jitu kepada emak yang sudah
tiada, ia menjadi kek paling mahal buat kami kerana kata abah, telur
ayam untuk buat kek ini adalah telur dari ayam yang abah pelihara.
Ahhhhh..kek kampung yang sangat bermakna dalam hati kami...
kalau ia penuh dgn nostalgia mmg kalah la kek cekelat kegemaran aku....
ReplyDeletemesti kek ni dibuat dgn penuh memori indah dan manis.
*1st time kek cekelat aku kalah dgn kek kampung ni
eh kenapa tetiba je jadi sayu bila baca pasal kek ni yer...terus teringat kat mak kat kampung.
ReplyDeleteTelur Power,
ReplyDeleteSegenap ingatan dan kerinduan kepada arwah mak tercurah sepenuhnya ke dalam kek ini, justeru ia jadi kek yang sangat sedap serta enak pada kami berdua...:)
Kek cekelat tu kategori lain la weii...
Khairul Abdullah
ReplyDeleteSesuatu masakan yang dihasilkan dengan naluri dan kasih sayang terhadap orang yang kita sayang, pastinya akan amat dihargai..mak kita kan, tentunya tiada galang ganti. Untung masih ada emak kan!
lain ketegori eh....
ReplyDeletetutup muka ngan sebelah tangan jap heheheeehee...
Telor Power
ReplyDeleteKek cekelat tu kategori manja-manja dengan geng blogger..bhahaha! Adehhhh...:)
samprit ada lagi?
ReplyDeleteSM
ReplyDeleteAda..naper.? Ada orang mimpi nak samprit tu eh? Hihi suka betul dia dengan samprit tu kan...
salam
ReplyDeletealhamdulillah
lama saya tak merasa air tangan emak semenjak dia dah terbaring , terkenang tahun lepas nak hampir raya , dia duduk di kerusi roda hanya mengarahkan apa bahan yang perlu diletakkan semasa nak buat serunding daging .
Walaupun dia tak boleh nak lakukan sendiri, tapi arwah beria2 nak siapkan jugak serunding daging tu yang pada saya tiada bandingannya kesedapannya.
Salam bapak,
ReplyDeleteAlhamdulillah..ingatan kepada emak masih kuat dalam fikiran saya walaupun emak saya sudah setahun tiga bulan kembali ke rahmatullah. Tahun lepas beberapa minggu sebelum pemergiannya, dia juga sempat mengajar adik saya masak gulai kawah walaupun dengan hanya duduk di atas kerusi...ingatannya masih kuat mengenai apa bahan yang perlu dimasukkan. Itu resipinya yang terakhir yang saya dan adik rasa. Air tangan mak sentiasa memberi keenakan yang tiada tolok banding!
kek kampung juga pilihan kami adik beradik.dulu mmg siksa nak buat kek ni sbb kena kacau smpi naik dgn sudip kayu.huhu..mm nak tercabut bahu.skrg dah senang,,kacau pakai mesin je
ReplyDeletebalik raya ari tu saya diam-diam sorang diri kat dapur buat 2biji kek kampung.alhamdulillah naik kek nya
en suami suka kalau balik kg dapat makan kek kg dgn air kopi waktu hujan lebat..best sgt katanya.hehe
Irfa,
ReplyDeleteKan...walaupun bahannya tidak mewah dan hanya dikacau dengan sudip kayu sampai kebas tangan..rasanya makaihh...lebih-lebih masa potong suam-suam tu...makan dua tiga keping pun rasa nak juga lagi kan...tambah pula ada kalau ada kopi atau teh dan makan sambil rebut-rebut...huhu nostalgia...kakak saya suka buat waktu malam sebab kami boleh makan terus bila masak...:)
Taqobbalallahu minna waminkum... Salam Syawal penuh berkat..
ReplyDeleteohh yes.. sangat setuju.. kek ini paling the very sedap one..!! cannot chelen kek2 moden lain..
aku suka kek pelangi celop air oren dalam gelas...
ReplyDeletei love my mum even dia suka nagging... biasalah mak kan...
ReplyDeletei tak suka kek tapi kalau kek panas2 dari oven i makan...
kalau suruh i pilih baking or cooking, i prefer cooking even cooking once in a blue moon..
kek nostalgia tu...
whuaaa....kek kampung! nostalgia sungguh! kek kampung arwah mak ada dua jenis, satu kaler kuning ngan coklat, satu lagi berwarna warno, merah, kuning, hijau...mmg sedap makan masa panas2...bakar ngan oven chop kupu-kupu...
ReplyDeletealahai...memori yg takkan berulang lagi...
kalau bagi free kompom sedap...hehe
ReplyDeletesesuatu yg penuh dgn nostalgia , walau ringkas tetap bernilai.. =)
ReplyDeletemacam ni kek kangpung kak?? fuyoooo..
ReplyDeletesetiap yg ada memori memang sedap.. =)
kak..jap lagi saya nak buat bingka roti bakar. sebab terliur tengok kek akk semalam, jgn lupa bagi resepi nnt ye :D
ReplyDeletem.u.l.a.n
ReplyDeleteYes dear, very the sedap one kan..letaklah kek moden dan kontemp, kek klasik ini juga yang akan dituju dulu...
Nizam.Ariff
Kalau celup air oren, baulu pun ngam kan...kan!
Nenet Penne,
ReplyDeleteDulu-dulu kita orang suka lah duduk dekat2 nak tengok mak i buat macam mana kek tu, kalau boleh nak masuk dalam mangkuk kuih..hehe..
Queenie,
Sist, yes indeed..memori yang tak akan berulang walaupun dinanti seribu tahun...
Lelaki Semalam
ReplyDeleteBarang free semua sedap kan..kikiki!
Reenapple
Nostalgia sentiasa membangkitkan ingatan silam yang aku suka kenang dan kenang...
HaniAsyira
ReplyDeleteYa kek yang kaya dengan memori, menghasilkan kesedapan yang luar biasa...
Niza Romli
Ok Sabtu ni akak akan buat lagi sekali kek cheese tu, nanti akak letak..
Salam dik LW.
ReplyDeleteKek macam ni selalu dibuat oleh arwah maknjang akak. Memang sedap dimakan panas2..
Al-Fatihah buat mereka yg telah pergi..
aku masih simpan resepi cake kampung dari tawau tapi masih belum berkesempatan nak try. lenkali kalau berjaya aku nak tayang gak kat blog hehehe..
ReplyDelete*17th sept free? jumpa nak?
rasanya ini macam kek pelangi kakak-kakak ku, cuma ku sahaja yg tak mewarisi respi itu. huhu!
ReplyDeleteDinas Aldi
ReplyDeleteKita cenderung mengaitkan dan mengingati seseorang yang kita sayangi dengan perkara sekeliling kita seperti makanan dan pakaian. Kek ni arwah mak saya suka buat..maknjang kak dinas tu pun mungkin se-era dengan mak saya...kan!:)
Nong Andy
ReplyDeleteResipi lama tu selalunya bagus dan menjadi kan...17 September ya? Insyaallah..nanti bitau ya menginap di mana...
Blog-tips
Orang senior suka buat kek mentega biasa ini atau ada juga yang panggil kek paun.