"...i will never let age overtake my life..."
Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Shahrizat Jalil @ Launch of Unicefs State of The World's Children Report 2011
"...age is a matter of figure..its only a figure..but life will be more meaningful the way i manage it wisely..harmony and reach the target at certain level.."
LW @ Windsor SL 13..
"..life is too short..grab the chance while its infront of u.."
Prof Z @ Special Wings, HUKM..
"..let celebrate life.."
Someone..@ therapeutic coffee shop..long time ago
Nota: apabila dengar Shahrizat berkata begitu dan melihat seorang budak perempuan yang sangat comel sedang bermain-main dengan rambut ibunya di depan aku..aku berasa aku sudah terlalu lama membiarkan masa berlari sendiri tanpa disaingi..sedangkan jalan masih panjang untuk dilalui...
Thursday, 8 September 2011
Wednesday, 7 September 2011
mana satu yang sesuai...
Aku nak beli kasut..dan nak jual kasut juga...sapa nak roger aku..
Kasut aku dah buruk..kasut anak anjing..dah lunyai dah pun pakai..sebab beli sendiri, jadi aku pakai sampai puas hati..kalau kasut beli dengan voucher f.o.c, aku tak peduli sangat...sebab percuma kan...konon macam kasut tiri..tapi kalau beli sendiri, macam kasut kandung..la ni anak buah aku sorang gila ikut pangai aku, beli kasut..lepas tu pakai sekali, letak tepi..lepas tu sapa2 datang, berkenan, terus sauk bawak balik..dia ingat mak dia cap duit..
Kasut aku dah buruk..kasut anak anjing..dah lunyai dah pun pakai..sebab beli sendiri, jadi aku pakai sampai puas hati..kalau kasut beli dengan voucher f.o.c, aku tak peduli sangat...sebab percuma kan...konon macam kasut tiri..tapi kalau beli sendiri, macam kasut kandung..la ni anak buah aku sorang gila ikut pangai aku, beli kasut..lepas tu pakai sekali, letak tepi..lepas tu sapa2 datang, berkenan, terus sauk bawak balik..dia ingat mak dia cap duit..Ini kasut gergasi..merah jambu..ntah sapa la sesuai dengan kasut ni,..aku pakai saiz 8, kakak aku size 5, kasut kecik, size dia pun petite..langsung tak leh share barang...sigh! Adik aku yg tengah size 10 atau 11, adik yg sorang lagi size 6..semua x boleh kautim..kalau kumpul semua kasut boleh buka kedai kasut 2nd hand..
Kasut idaman aku sumer..tapi kepala agung tak ramai masa aku ada depan kasut ni..choyyy!
Abaikan amoi baju hitam tu...eh tapi kalau nak tengok, tengok je lah..no problem beb!
Ini kasut yg aku beli sebab suka dengan warnanya..bila pakai...dinjjj sangat..sakit kaki aku..yang sebelah kanan tu aku bayar lima hengget jer, lagi dua ratus penjual sponsor...aku pakai sekali terus rabak..cehhh..memang dasar kaki tak sekolah..Okeh, lagi sekali, sapa nak beli kasut kasut ini, roger me ek...ini baru 10 peratus, ada lagi 90 peratus tiada dalam entry..sila ke kedai kasut windsor 2nd hand sungai long...buat appointment dulu..dijamin akan dijamu minuman percuma dan makanan percuma sehingga kenyang semasa pemilihan kasut..service konsultansi disediakan..cash and carry..diskon 50 %.
kampung warisan lama (ll)
| Contoh rumah kampung tradisional yang sengaja di bina pemerintah tempatan... |
| Ada antara rumah ini dibina dilereng kawasan tanah tinggi dan strukturnya kukuh walaupun kedudukan aras tidak sama dgn unit kediaman lain... |
"Terima kasih banyak. Keadaan ribuan warisan kg lama di negara ini memang sedang mengalami kepupusan - secara fizikal dan semangatnya ." - Ibrahim. (Prof Dt Dr Ibrahim Komoo)
Prof lebih tahu bagaimana untuk menjentik mereka yg di atas supaya menghargai kampung yg ada, yang mempunyai nilai sejarah, yang menyimpan intipati kepembangunan dan stuktur peningkatan taraf hidup manusia di sini..saya ini orang kecil, suara pun tidak didengar orang..tapi saya melihat ada satu kesinambungan terhadap kehidupan, budaya, sosial dan hirarki manusia menerusi kampung2 lama ini..yang mana Prof sendiri begitu teruja dengan Kampung Guai di Pahang..
Prof mungkin belum melihat kg2 lain di Kelantan dan Perak,yang masih ada menggunakan gayung daripada tempurung dan timba daripada upih kelapa, ia bukan simbol kemiskinan tapi pengabdian kepada sebuah kehidupan yang sederhana, mesra alam dan seadanya...Prof, saya bukan berada dalam bidang perancangan bandar sebaliknya saya adalah blogger yg hanya boleh bercakap secara bebas dalam dunia kecil saya ini saja bersama beberapa yang lain dalam usaha memperkatakan isu yg kami rasa perlu...saya yakin Prof ada cara sendiri untuk melestarikan warisan khazanah tamadun kita..
Sekian, terima kasih...
LW.
tit...sent!
Nota:
Dalam kepala otak aku, kalau kg baru tidak dilacurkan perakus2 moden ini, musti ia akan jadi macam kampung tradisional di Seoul yg nilainya tiada tolok banding.
Dalam kepala otak aku lagi, kalau kg baru kekal dan lestari, ia akan jadi satu monumen kekal sebagaimana Stratford Upon Avon di England, iaitu kampung Shakespeare yang dilawat berjuta-juta orang setiap tahun...
Dalam kepala otak aku lagi, rumah Pak Ali di Gombak ibarat macam jendela Juliet yang menunggu Romeo di Verona, Italy..Verona jadi femes sebab anjung kecil itu saja dan rumah Pak Ali pula sebab kiri kanannya adalah rumah moden manakala rumahnya terhimpit di tengah-tengah macam nasi himpit...tapi kalau tak silap aku rumah itu terbakar sudah dulu...
Tuesday, 6 September 2011
agar........agar
Tunggu seminit, dua minit dan akhirnya lima minit, tak juga keras2 dan kerana berasa dipermainkan oleh nenek, mak mencurah adunan agar2 ke perdu pisang di belakang rumah. Petangnya nenek tanya mana agar2 yg dimasak., mak kata dia dah buang belakang rumah kerana adunan tidak menjadi. Nenek minta tunjuk tempat agar2 dibuang, alangkah tegezutnya mak bila tengok ada agar2 yg dah keras membanjiri perdu pisang, tapi memang x boleh kutip dah sebab dah kena sudu sama itik..nenek marah dalam ketawa kerana perangai mak yg ini..katanya lain kali bertanya kalau tidak tahu dan selepas itu, mak menjadi terer buat agar2 selepas belajar pelbagai teknik menyediakan agar2.
Cerita lain, setiap kali raya, aku suka pergi rumah cikgu wan bedah, sebab anak lelaki dia, abang din, suka buat agar2 pancawarna..cantik sangat agar2 tu..dan rasanya memang tidak pernah mengecewakannya. selain nak makan agar2 cantik dan sedap tu, abang din pun handsome macam agar2 itu juga..jadi keselesaan berganda2 kerana selain dapat makan agar2 cantik dan sedap, aku dapat lihat wajah abang din yang sejuk mata memandang..lebih mengujakan, abang din tinggal di scotland dan balik setahun sekali untuk meraikan raya dengan keluarganya..okeh stop cerita abang din...cerita selanjutnya mengenai abang din adalah rahsia!
Petang tadi aku buat agar2 air tebu..jangan marah ya kalau ada org kempunan agar2 air tebu..hik! Sedap oo...sejibik rasa macam air tebu yg ada ais...nyaman..! Nak rasa? Mai la Sg Long...hehe...
kampung warisan lama...
Syabas Prof, walaupun isteri Prof sangat sinonim dengan auto space dan segala bagai, Prof nampaknya masih menghargai sesuatu yg bersifat tradisi...i like! Justeru, apabila bercakap mengenai bulan dan bintang dengan isteri Prof, tentu ada terselit pasal rumah papan berukir awan larat kan..bagus!
..dan kalau ada seribu orang di Malaysia macam Prof ini, tentu kampung2 tradisional akan jadi produk berharga negara bagi pelancong asing..macam sebuah kampung tradisional di Seoul yg aku pernah jejak..rumahnya kecil2 dan penghuninya semua tua ganyut@ tua bangka..dan kampung berkenaan terletak di tengah2 kota Seoul yg serba moden itu..namun pentadbir tempatan mengekalkan reka bentuk asal dan struktur lama binaan kerana sedar hamba2 tua di dalam rumah itu adalah penduduk asal Seoul yg juga dianggap harta bernilai negara.
Kampung di tengah kota itu juga bernilai berjuta2 dollar dan tidak akan dimusnahkan walau seribu tahun akan datang..kerana mereka menghargai tradisi yang ada pada hamba2 tua itu, yang tertera juga pada pintu rumah, sunyi yang damai dan harum sakura yang dijaga rapi..
tapi kalau kat Malaysia, pantang ada rumah lama, terus kena taram dek pemaju yg akan buat rumah ntah hapa-hapa...tu pun kalau siap..kalau tak siap, jadi sarang dadah lah agaknya..!
out of service..f*&%!!!
Apa lagi yang aku boleh kata..
sumpah dah berbakul-bakul..
seranah x payah cakaplah
kalau boleh nampak, penuh satu bilik
...service macam lahanat..
lebih celaka daripada mulut puaka
bukan aku x bayar bil,
walhal bil belum sampai
aku dah bayar dulu
tetiba berukband pula buat hal..
x boleh nak connect
samalah kau orang ni
masa nak tawar service
janji kemain lagi manis
lembut gigi daripada lidah
tapi service..
lagi sekali aku ulang..macam haram jadah!!!
macam segala bagai %^$#@)&%$#@

Monday, 5 September 2011
back for good but no mood..
drove to office...
at 6am...
road is clear...
(my mind is -0)
definitely not in kerja mood...
but not in syawal mood too..
o yeah...something can wake me up..
adelechubby...setfiretotherain...
predict it as my national anthem for the time being...
melampau!!!
but i need that...
pain is everywhere
Godpleasehelpme...

Sunday, 4 September 2011
2K: kebetulan, kenyataan...
1. KEBETULAN
Tadi pagi, melawat 'kediaman' mak aku di pinggir Bangi..kediamannya adalah kawasan kelas pertengahan yang berbau elit..sebab ramai yang dah renovate 'kediaman' ahli keluarga mereka menjadi elit dan mewah dengan batu marmar bertinta emas..antara yang aku ingat..Raja Mohd Amin bin Raja Mohd Adnan, Yong Khalijah dan etc...manakala kediaman mak aku tiada sebarang renovation, masih berwarna asal..warna tanah dan batu yang di halamannya ada sepohon pokok puding ihsan pak cik pengawal di situ..perhiasan batu pula ada yang besar dan kecil, ada batu bukit, batu sungai dan batu loh..memang cantik..ada yang letak bangku, mungkin untuk memudahkan keluarga dan saudara berziarah membawa hadiah mingguan atau bulanan. Landscape di taman kecil kediaman itu, ada yang tanam pokok bunga melur, kemboja dan ati-ati. Duduk seketika di laman rumah mak aku...melihat sekeliling dengan pusingan 90 darjah kiri dan kanan, bayu siang mengelus lembut dan nyaman..mendamaikan dan meresap..
Balik dari melawat kediaman mak aku, singgah kedai mamak beli magazine, belek punya belek, ada artikel mengenai kak nasha..supermak glamer yang aku admire sejak dulu...sebab dia cantik, walaupun dia pernah dibogelkan pemilik rumah yang didudukinya dulu...dia sangat cantik di mata aku...baca artikel itu sampai habis..di para terakhir...katanya...selepas balik sekolah di Taman Keramat, dia suka singgah di perkuburan di atas bukit.. tenang dan mendamaikan...sambil perhati nisan dan kubur..ada yg berbatu mahal dan ada yg guna pelindan kayu saja..itu tanda kasih sayang yang hidup kepada yang mati..
..ya, tanda kasih sayang dan ingatan..mak, walaupun kediaman mak bukan daripada batu marmar bertinta emas, kasih sayang aku pada mak selamanya melimpah!
2. KEBETULAN
Kucing..selamanya comel..jiran aku, nama Mak Yah, ada dua ekor kucing parsi nama Goku dan apa ntah sekor lagi..kedua-duanya gemok gedempol dan pemalas..sebab dah dikasi anak Mak Yah..bertuah punya kucing..makan makanan mahal, dimandi, dibawa ke hospital setiap 6 bulan..cek gigi, telinga etc..aku pun x macam tu. Beberapa hari lepas, kecoh kat FB..depa dok sembang pasal nak hantar kucing ke hotel kucing sebab nak balik raya. Ada yang nak hantar kucing ke resort kucing..aku peduli apa..sebab aku x ada kucing..kejap tadi, aku telefon kakak M, konon nak ucap selamat raya yang masih bersisa...suaranya penat dan risau..
"Kenapa kak, macam penat je.."
"A ah..kakak sedang mandikan kucing.."
"Nape dengan kucing akak?"
"Balik raya, akak hantar ke rumah penginapan kucing, bayar RM300 untuk beberapa hari tapi penjaga sudah lari dan lebih dua ratus kucing kelaparan..ada yang mati. Kucing akak masih trauma, tadi dah hantar veterinar..dah dua kali dimandikan, masih bau busuk.."
..aku hanya mampu kata.."oh ya ke kak..kesian kucing akak!"
3. KENYATAAN
Aku masih ada tujuh jam untuk menunggu suatu keajaiban berlaku...antara berani dengan tidak..aku boleh dial nombor bos, nak cakap.." bos, saya nak off besok.." maunya KPI aku merudum. aku masih berharap, bos aku yg tpon aku, cakap macam ni.."V, esok u off, ganti Sabtu hari tu..."..impossible! Aci kerat jari kelingking pun x akan berlaku..kenapa esok adalah Isnin..bohhhsaaannnnn!

anekdot sebuah kebebasan@merdeka
1. Senario ini berlaku minggu ini, dalam perjalnan balik ke KL..
Sejak melangkah masuk dalam kenderaan dan cousin aku start pegang stereng kereta nak balik KL dua hari lepas, manakala aku jadi passenger berpeluk tubuh dengan nyaman sambil layan mata, boleh kira dengan jari kereta yang ada pasang bendera malaysia..kereta yang aku naik tu pun x de pasang bendera...masa kat hiway turun dari tapah, aku cuma nampak dua buah kereta tempek bendera kecik je kat atas bumper depan...ini aura merdeka rakyat kita!
2. Senario ini berlaku pada 1996..di pangkalan Navy TLDM Lumut..
"Ginde...kau pegang tangan budak ni..jangan lepas..nanti hilang anak orang, aku x ada jawapan pulak pada mak bapak dia..."
"Baik Chief.."
"Hah kau apa lagi tunggu? Malam nanti ikut Kopral Ginde...ke kau nak ikut aku? Kalau nak ikut aku, kena tidur dekat tent aku.." katanya senyum penuh makna..
"Eh tak pe chief..saya ikut Encik Ginde.."
"Apa encik2, dia Kopral..kopral tau tak!!!" nak pecah telinga aku dengar suara besar dari saiz fizikal yg lebih kecil dari aku...
..dan malam itu aku pun ikut Kopral Ginde redah hutan..sikit pun aku x lepas hujung baju dia..kadang2 aku pegang belt dia sampai nak terlondeh katanya..
besoknya chief kecik tu jerit lagi pada aku..
"Kau apa buat semalam? Kopral kata kau pegang dia tak lepas2 ya...cehhhhh!!"
..aku kena lagi...
...aku pekakkan telinga sebab chief yang pada mata aku nampak macam kecikkk sesangat tu asyik menjerit dan memerintah tak tentu hala..
...pada hari lain...aku kena lagi...
"Kau pasal apa tak masuk sungai semalam? Esok siap kau...aku nak kau basah dengan air sungai dinding...sungai yg ada buaya tu..kalau org lain boleh basah..kau pun kena basah..kalau tidak jangan jumpa aku lagi.."
Hazabbbb! Sudddahhh macam ni...aku rasa nak telan je dia yang dipanggil chief tu..memang kerja dia nak memalukan aku saja...
Kopral Ginde senyum2 saja masa aku kena taram dengan chief yang semakin kecik di mata aku...
"Lain kali kau jangan jawab mulut dia..." kata Kopral Ginde senyum sinis..
Hazab! memang hazab!..tapi...
selepas lima hari di outbounce Lumut....aku mula sedar diri...
dan pada hari nak balik...chief tu datang..
"Aku nak tanya kau..kau belum kahwin kan? Kalau ada peluang kau nak kahwin dengan siapa?"
Ciss...soalan maut yg tiada kena mengena dengan latihan yg aku buat..oleh sebab dia slumber badak tanya aku...aku pun jawab selamba badak juga..
"..saya nak kahwin dengan silver man..chief tolong cari sorang untuk saya...!"
"..kau ni kan...nak je aku buat bini no 2..menjawab mulut!!!"
..chief yang kecik itu jegil biji mata pada aku...dia ingat aku takut..aku rasa nak je jelir lidah..aku dah nak balik KL...dah nak masuk kereta..aku peduli apa dengan ko chief...chief la sangat...
..sebelum kereta aku gerak...dia datang lagi..minta no telefon aku...dan aku pun bagi...ehh tetiba terbagi pulak...walaupun hati aku lima hari bengkak kena jerit...
"..kau ingat ya...kami di sini sentiasa bersengkang mata nak pastikan kau hidup dalam aman, merdeka dari pengganas, merdeka dari penjajah, merdeka dari segalanya...negara kita dah aman..seronok duduk kat KL...tapi aku suka lagi duduk Lumut...dekat sungai dinding yg ada buaya..aku jamin selepas aku hilang dari mata kau..kau akan rindu kami semua...terutama Kopral Ginde yang kau pegang beltnya sampai nak londeh seluar dia...hahaha!"
..cisss....satu kem tahu aku pegang belt kopral Ginde x lepas! sialannn....mereka tahu aku belum merdeka dari ketakuan gelap pekat malam...
..dan kata2 chief PASKAL itu adalah benar..Malaysia merdeka kerana mereka adalah sebahagian daripada benteng senyap yang mempertahankan negara walaupun ketika itu, kita sudah berpuluh2 tahun mengecap nikmati merdeka..namun anasir subversif masih ada di celah-celah kehidupan..hanya kita yang mampu menyaring sejalur kemerdekaan dalam kekacauan hiruk pikuk Malaysiaku yang tersangatlah permai ini...
..dan lagi...sampai kini aku ingat wajah chief kecik tapi berhati waja itu...ntah sapa la bini no 2 dia...

Saturday, 3 September 2011
anekdot...
1. Antara bau yang aku suka adalah bau tanah, bau hutan dan bau bayu..memang bayu tidak ada bau tapi aromanya memberi nafas kelegaan...kelegaan berpanjangan yang tidak ada dijual di farmasi, tidak ada dijual di shopping complex mahupun di gedung niaga besar..kelegaan itu ada di sana, ketika aku menjenguk perkuburan arwah abah pada jam 11 pagi, 1 shawal lalu...kelegaan itu ada bersama bau tanah dan semalu di perkuburan abah...selama-lamanya di situ..dan kelegaan aku yang satu lagi bersisa di perkuburan emak di bangi..meskipun kedua-duanya terpisah oleh wilayah dan belantara, kedua-duanya ada di dalam hati aku...sangat dekat dan akrab..kerana keduanya-duanya ada menyimpan rahsia hidup aku...kalau boleh dibelah jasad ini menjadi dua, seperti tun jana khatib membelah pohon kelapa dengan pandangan mata, aku ingin bahagikan kepada dua, sebelah di bangi, sebelah di PM, supaya ada di dua tempat serentak, membaca surah yang sama dan berasakan naluri yang sama...tapi aku hanyalah manusia!
2. Apabila sudah terbiasa dengan dunia berkhalwat..sunyi menjadi lebih akrab berbanding berada dalam keriuhan..kerana dalam riuh, sunyi lebih menguasai apatah lagi berada dalam sunyi, kesunyian akan sentiasa diraikan. Berada selama dua malam di tanah tinggi..aku tidak sedar ada bulan menemani sehingga jam 3 pagi, sehingga aku perlu beralah memberi laluan kepada makhluk lain menguasai suasana sebelum dinihari..dan makhluk itu juga memerlukan ruangnya sendiri..aku perlu beredar sebelum aku menjadi seperti mereka!
3. Kematian sentiasa dekat dengan kita walaupun kita sentiasa cuba menjauhkan diri darinya..sedetik pun tidak akan terlambat..
4. Jumpa Nik's Brothers..aku terbabas 'membunuh diri' kerana ada segala bagai menu...roti kerca, banana chocolate pie, apple crumble, vege pie, paitee, pasta penne and bacon..hehe NP..i tiba-tiba teringat u...hik!
5. Ketupat dakap yang aku cita-citakan tiada..namun usaha kakak perlu disanjung kerana dia berusaha menyediakan ketupat lain sebagai ganti..kakak, budimu ku kenang..tahun depan harap umur aku masih ada untuk bersama-sama di kampung...anyway cik besah terima kasih sebab jamu aku dengan tapai beras..yummylicious! SM, aku makan tapai..haha
5. Perkataan paling tepat untuk menghadapi Isnin ini adalah 'suck'!!! namun sedikit release kerana aku sudah kembali berkubu di Vamp Camp...
6. ..okeh...off to Ikea...

Al-fatihah
Ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa sakit...
namun kita tidak tahu apa perancangan Tuhan untuk kita
aku tidak boleh bayangkan bagaimana pilunya keluarga beliau
kehilangan orang yang paling dekat dengan kita
lebih-lebih lagi pada syawal yang masih lagi baru diraikan
tugasnya diperakui
dan beliau antara yang disenangi
al-fatihah untuk allahyaham Noramfaizul Mohd Nor
terkejutnya baca berita jurugambar Bernama
ditembak mati di Somalia
didoakan rohnya sejahtera dan aman di negeri abadi..
Inna'lillah'hiwainna'ilaihirojiun..

Subscribe to:
Posts (Atom)
Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak
Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sih...
-
Let books be your dining table, And you shall be full of delights Let them be your mattress And you shall sleep restful nights. ~Author ...
-
1) Jika aku seorang lelaki aku akan pastikan dia menjadi makmunku setiap kali aku sujud mengadapNya aku akan pastikan dia mengaminkan do...