Friday, 24 January 2014

Masih hidup...

Minggu lalu, ada sms masuk:
 
"Bila free, boleh jumpa tak? Nak bagi buku?"
"Buku apa?"
"Buku saya, ada dua biji baru siap.."
"O ok..anytime. Cakap je kat mana, nanti saya pi.."
"Isnin, jam 3 petang. Mai opis saya.."
"Ok boleh.."
 
Dan aku pun menunggu-nunggu hari yang dijanjikan, alang-alang turun KL nak jumpa pemberi buku, baik juga aku jumpa sahabat yg dah lama tak jumpa ni, Che Kem. Kalau jumpa Che Kem, aku mesti mengeteh sejam dua dengan dia, yang juga sama sealiran minat dan percakapan.
 
Lepas habis sembang, aku menghala ke opis pemberi buku dan Che Kem menuju ke Aswara kerana katanya dia ada urusan di sana. Jam 3 aku jumpa orang dimaksudkan. Dua buku bertukar tangan. Satu buku edisi mewah dan satu lagi buku nipis yang dia menang hadiah pertandingan puisi. Aku lebih-lebih lagi suka sebab dapat dua buku percuma dan sudah pastilah akan dihargai.
 
Sekitar jam 4.45 pm aku minta diri sbb nak elak sangkut..dari Jalan Tun Razak, bergerak ke Jalan Ampang dan masuk ke Jalan Cheras, lalu ikut terowong Smart yang agak panjang itu. Dalam terowong aku dah terfikir, tak boleh bawa laju sebab tak tahu apa yang ada di depan memandangkan terowong agak gelap. Sampai luar terowong, langit mendung dan ada rintik hujan..tiba-tiba aku tak tahu kuasa apa yang mendorong aku tekan minyak menyebabkan kereta bergerak dengan laju dan bila dah tersangat dekat baru nampak ada palang tol kat depan. Haruslah cermin kereta akan pecah, dan kaca berderai masuk dalam mata. Jadi tindakan segera yang aku lakukan ialah brek mengejut dan pejam mata rapat, sebab tak nak kaca yg pecah masuk dalam mata.
 
Ehh..bila buka mata, kereta betul2 ada di hadapan tiang palang dan tiada apa yang pecah, depan dan belakang tak ada kereta. Dan aku nampak palang berada di tepi, bergerak dengan sendiri kah? Dan tiada apa yang berlaku. Tiada kaca pecah, tiada kemalangan jiwa, cuma keliru. Palang tol itu lembutkah? Ada siapa ke yang tolong buka palang? Ke aku yang tak tahu palang itu dihasilkan dengan canggih untuk tidak mencederakan pemandu sekiranya dilanggar dengan laju? Sungguh aku berasa keliru..
 
Pemanduan diteruskan nak balik ke Sg Long, dan aku teringat, dua hari sebelumnya aku ada menulis di buku catatan peribadi..begini: Ya Allah, kalau nak ambil nyawa aku, ambil dengan baik supaya aku tidak menyusahkan sesiapa, tidak menyusahkan sesiapapun di dunia ini.
 
Terima kasih Allah, kerana mendengar kata hatiku.

Sunday, 12 January 2014

Gossip..

Dulu rumah sebelah kiri kosong lebih dua tahun, jadi aku berdoa supaya ada jiran. Tup tup awal bulan hari tu, nampak sorang mamat Africa berjalan masuk ke dalam rumah kosong tu dan kemudian ada lori besar park depan rumah dengan segala bagai barang. Okeh doa aku sudah sampai atas, Allah mendengar. Dan ada jiran sudah sebelah rumah.

La ni dah nak masuk dua minggu depa pindah masuk, ada kemusykilan lain pulak. Setiap malam ada bunyi bising seperti angkat berat dan hempas ke lantai. Aku tau la depa tu bina badan kot sebab pernah nampak thread mill depan pintu beberapa hari dulu. Ok la gitu kan, tapi memang mak hairan apasal malam2 pun depa bersenam. Musykil sungguh.

Depa ni rasanya couple sebab selain mamat Africa tu, ada sorang perempuan nama Jasmin (haaa sempatlah lagi I skodeng dan bertegur sapa dengan jiran kan), yang juga keluar masuk. Aku pernah dengar suara baby nanges di siang hari, tapi tak pernah nampak babynya.

Di suatu hari Khamis, sambil bela pokok bunga, keluar mamat jiran sebelah kanan sambil nak ambil surat dalam peti rumah dia.

"Eh kak, lama tak nampak..."
"Eh 'A'..aii awak tak keje ke?"
"Saya baru balik offshore kak, pening mabuk tak hilang lagi. Dua minggu kat offshore, 5 kg badan saya turun," katanya sambil belek2 surat.
"Sian awak.."
"Akak p  mana sebulan tak nampak?" (Mana der sebulan wehh haku mengembara tiga minggu jerr, ko yang sibuk dating le tewww)
"Akak pi mengembara jap.."
"Owhh..eh Kak, ada jiran baru ek?"
"A ah.."
"Ok tak?"
"Err..."
Seterusnya bla! bla! bla! Tak sangka mamat sebelah kanan rumah aku pun notis akan jiran baru kami. Nak kata aku kecoh, ehh kena kecoh kan sebab  ada dengar suara baby nanges. Nak kena kecoh juga sebab hampir setiap malam depa angkat dan hempas dumbbell kat lantai. Pehh gilos memalam buat senaman kardio bagai. Nak kena kecoh juga depa ni muslim ke tidak?

Sama ada aku yang busy body atau depa yang weird, tak pasti. Tapi sebagai jiran aku rasa aku kena kecoh sebab ada bunyi suara baby menanges tapi tak pernah nampak babynya. The rest tu, saya tak mau ambik tahu, saya cuma nak ambil tahu kenapa baby tu menangis saja..

* hmm patut atau tidak saya menjadi bz body dengan jiran saya ini...saya sangat musykil sebenarnya mengenai suara baby nanges dan bunyi dumbbell dihempas ke lantai tu..

Saturday, 11 January 2014

Amber Chia Vidal Sassoon

Betullah..apabila sudah terlalu lama ditinggalkan, ingatan kita pun pudar. Lupa secara perlahan-lahan dan tiada lagi sentuhan yang meresap, yang selama ini kita sayang dan kita jaga dengan baik. Tiada lagi kerinduan dan tiada lagi perasaan teringat-ingat. Saya tak pasti tajuk di atas sesuai atau tidak dengan entry ini..writers block again!!!
 
Hari ini, 10 Januari 2014 genap empat bulan aku berhenti menulis di halaman Wanita di akhbar yang cukup aku sayang, Berita Harian. Selama 18 tahun menjadi wartawan dan menulis di akhbar berkenaan, usah kata keringat, air mata juga mengalir apakala aku tak dapat menemubual individu yang dikehendaki editor. Ketika itu hampir Maghrib dan editor suruh aku menelefon seseorang. Bayangkan waktu orang sibuk ingin menunaikan solat, gua pulak sibuk mendail no telefon dan akhirnya tidak berjawab. Kerana terlalu takut, aku menangis di dalam tandas dan apabila keluar dari tandas wanita, ada dua tiga rakan termasuklah wartawan berasal dari Sabah, namanya Johny Giles Senin menenangkan aku. Katanya usah takut, itu adalah tugas biasa dan kalau tak dapat contact, nasiblah. Datang seorang lagi rakan wartawan bernama Fadzallah Pit, juga menyatakan yang sama dan beberapa lagi wartawan wanita turut menyejukkan ketakutan aku. Akhirnya aku akur dan memberitahu editor bahawa aku tak dapat menghubungi individu dikehendaki (sebenarnya perkataan tak dapat ni pantang bagi wartawan kerana apa-apa hal ko tonggang terbalik ke kena juga dapatkan orang dikehendaki), editor berkenaan pandang aku dan kemudian sengeh (ceittt dia tak tahu aku dah membazirkan air mata) langsung membenarkan aku balik. Itu adalah kisah ketika aku baru saja beberapa hari melapor diri untuk bertugas di akhbar sisipan Joran di BH.
 
Hari ini, 10 Jan 2014 genap empat bulan mengundurkan diri dari dunia kewartawanan setelah hampir lebih 18 tahun menjadi wartawan di akhbar arus perdana. Pelbagai kisah, cerita, titik bengik dan gossip memasuki telinga. Entah sudah berapa ribu artikel aku tulis, entah berapa ribu orang yang  sudah interview dan sudah lebih berapa ratus ribu langkah aku buat dalam dunia kewartawanan ini. Namun, aku kekal sebagai bekas wartawan BH, satu status yang aku akan bawa sampai akhir hayat dan seronok mengingati pengalaman mahal itu.
 
Pada 10 September 2013 adalah hari terakhir aku mengetuk keyboard di BH dan selepas itu hilang arah kerana tidak menulis. Aku jadi buntu kerana tidak menulis. Bertapa di dalam rumah, setiap kali menghadap computer, blur dan kami menyebutnya sebagai writers block. Kalau di BH dulu jika ada unsur writers block saja aku akan mengajak mafia kilang kertas minum kopi dan akan balik semula untuk sambung mengarang rencana. Aku bukanlah wartawan line hadapan, aku cuma wartawan biasa yang setiap hari keluar mencari berita, menemubual sesiapa yang berkenaan dan sekali sekala dihantar bertugas ke luar negara.
 
Banyak pengalaman dikutip dan antara yang menyedihkan ialah ketika menunggu jenazah Allahyarham Ibrahim Lebar yang terkorban ketika kes Lahad Datu. Ketika itu aku berada di perkarangan kediaman Allahyarham dan ramai lagi orang lain membanjiri kediaman beliau. Jam lapan malam dan langit mula gelap, angin bertiup lembut menyebarkan sejuk dan kesedihan berada di mana-mana pada wajah semua orang di situ termasuk aku. Memang memilukan dan aku tidak dapat bayangkan kalau aku berada di tempat anak-anak beliau.
 
Antara yang lain lagi, berkesempatan menemubual bekas wanita pertama, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali..Tun adalah individu yang penuh sifat keibuan dan sangat merendah diri orangnya. Rasa seperti bercakap dengan emak saja kerana nada suaranya yang lembut dan sederhana. Ya, ingatan yang sangat manis.
 
Seorang lagi individu yang aku sentiasa kenang ialah Sasterawan Negara Allahyarham Arena Wati. Sempat menemubual beliau ketika hayatnya dan menghabiskan hampir sehari suntuk di dalam bilik bacaan beliau di tingkat atas kediamannya sambil mendengar celotehnya yang tiada boleh didapati dalam mana-mana buku sekalipun. Ketika itu isterinya, Makcik Yam, berada di dapur kerana memasak. Ketika mahu pulang, beliau memandu sendiri keretanya menghantar aku balik ke stesen komuter terdekat. Banyak amanat diberikan dan paling aku ingat, katanya kalau ada wang lebih, terus tunaikan haji.
 
Rasanya sebulan pun tidak cukup untuk aku mengenang kehidupan sebagai wartawan. Yang lepas sudah jadi sejarah. Sudah jadi kenangan dan kini aku menghadapi dunia baru, menjalani kehidupan sebagai bekas seorang wartawan. Sehingga minggu lepas, Hui Ping menghantar jemputan kepada  untuk menghadiri majlis memperkenalkan gaya potongan rambut baru oleh Vidal Sassoon yang akan digayakan Amber Chia. Kata Hui Ping lagi, datanglah atas tiket blogger. Sayangnya, aku bukan wartawan lagi dan kini bekas wartawan. Boleh jer aku pi kalau nak, tapi ada tugas lain yang kena buat. Memantau anak buah yang baru masuk darjah 1 adalah perkara yg seronok untuk dilakukan. Dan dua tiga hari ini juga sayer adalah sibuk menyediakan shepard pie yang dipesan rakan-rakan.
 
Aku tau, hidup ini singkat dan walau apa pun yang terjadi, hidup mesti diteruskan. Selepas menyimpan kalam kewartawanan dalam pensil box antic, aku akan mula menulis sendiri mengikut rentak, tiada lagi tekanan atau minda yang sesak kerana aku mengatur sendiri jadual kerja. Boleh minum kopi bila-bila masa saja tanpa perlu menunggu writers block. Ok sebelum membuat entry lain, mau dengar lagu ini dulu..feeling2 Italy ya..
 
 

Friday, 20 December 2013

Hobbit...

Kali terakhir aku pi tengok movie bulan lepas dengan HH, ntah tak ingat dah pun citer apa. Rasanya citer ganas-ganas juga sebab aku sleepy kalau tengok citer lemau atau feeling-feeling ni. Mungkin juga faktor usia, rasanya layan citer yang berentak fast and thriller lagi mengembangkan saraf berbanding citer Cinderella atau Mr Arrogant...ehh sorry Mr Arrogant tu kat tv, maaf gua dah lama tak tengok tv. Tv kat rumah tu gua sedang berkira-kira nak jual timbang kilo ja, ada sapa-sapa nak?
Sorry ya saya tak usik dia, tak cucuk pun badan dia..tetiba dia mengamuk sakan..huh!
Semalam ketika keluar berfoya-foya dengan Cikgu Z, kami buat keputusan drastik nak tengok Hobbit. Hobbit? Ya, sebab aku kononnya minat pada bekas laki Miranda Kerr...sapa lagi kalau bukan kembang setaman Bloom tu..jadi kami pun ghaib dalam TGV Cinema selama hampir dua jam. Ok kisahnya memang marvellous, yummy and delicious sebab kesan digitalnya sangat mengujakan bagi aku yang tak berapa nak tahu sangat pasal filem sequel ni. Pada tahun 93, ketika belajar mengenai filem dengan arwah Dr Annuar Nor Arai, kami bukan dilatih menonton filem, tapi turut dilatih mencerna dan mengkaji filem dari semua aspek seperti angle, kesan khas, shadow, durasi, sparce dan segala bagai lagi. Jadi apabila menonton Hobbit, kepala otak gua ligat mentafsir kesan khas dan prop serta set yang sangat mengaum itu..
Banyak lagi tempat lain boleh geletek, situ juga yang best..:)
Paling mengujakan, atau boleh dikatakan merangsangkan minda ialah pembentukan watak seperti rupa fizikal mereka yang mengerikan. Rasanya wanita pregnant baik jangan tengok citer ni sebab wajah watak-wataknya terlalu ganas walaupun ada juga terselit wajah-wajah handsome yang buat mak tak berkelip..wahahaha ampun! Saya adalah wanita ya, jadi saya suka melihat lelaki handsome seperti Bard dan Thorin dalam Hobbit ini. Maaf Bloom, anda sudah terkebelakang kerana rambut putih anda membuatkan saya lihat anda seperti master kung fu ja..chiao!
Katanya kalau nak jumpa Peter Jackson, kena buat appointment dulu nyah...
Keseluruhannya aku bagi 4* pada filem arahan Peter Jackson ini kerana kadang-kadang kesan bunyinya tidak selari dengan pergerakan watak serta visual effect yang ada juga kekurangannya..chewahhhh mak mengkritik! Kebetulannya minggu lepas aku tersesat ke Auckland dan sempat singgah di studio kreatif Peter Jackson dan sudah semestinya aku sempat dating dengan tiga lelaki gergasi dan seorang lelaki tua ahli sihir yang tetap terserlah kehensemannya itu..termasuklah seorang lelaki jadian dan beberapa watak tambahan lain.
Ketika otw ke Wanganui juga kami (aku dan Syam) melepasi papan tanda Hamilton yang menjadi lokasi citer Hobbit dan ada lokasi khas dinamakan Hobbiton di Hamilton tapi kami tak singgah sebab berkejar dengan masa.
 
Macam biasakan, ada starting maka ada ending. Kita tunggu sekuel Hobbit ya sebab Arkenstone tu dah ditemui tapi tak pasti dapat ke tak digunakan oleh Thorin untuk merebut semula kampong dwarf yg jadi rebutan tu..Peter Jackson sila buat sambungan cepat, gua tunggu!
Pakwe gua nombor wahid! Tua-tua Gandalf pun dia tetap kacak!

Tuesday, 19 November 2013

Jom kita...


Sudah nak tafsir hati orang
perasaan orang
kita ingat dia suka kita
sebenarnya tidak
kita ingat dia main-main
sebenarnya tidak
memang susah...
jadi mana satu nak percaya ni.

Dah lama tak dengar khabar berita dia ni.
Aku agak dia mesti dah merajuk
sebab aku banyak kali tolak 'pelawaannya'.
Setiap kali dia cakap pasal perkara itu,
setiap kali itu juga aku bagi alasan, 'saya tidak bersedia'.
Lama-kelamaan, setelah dua tahun macam-macam alasan aku bagi,
selepas menghilang beberapa bulan,dia muncul pada suatu malam yang sudah larut.

Katanya walau di mana saja aku pergi,
dia tetap ingat pada aku dan mahu aku ingat dia juga.
Sudah pasti aku ingat dia sebab dia tak pernah jemu 'pelawa' aku.
Kami berbalas sms.
Setelah dia mencurah segala perasaannya dan menoktahkan ayat dengan:
Walau awak kahwin dengan sesiapa saja sekalipun, awak akan sentiasa ada dalam hati saya.
Aku kira, dia faham sudah maksud aku selama ini.

Tiba-tiba aku berasa macam nak kata kat dia:
Jom
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.kita
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.kawan sajalah!

Sunday, 3 November 2013

Kapal kertas dan lempeng pisang...

Sekarang setiap petang hujan..tak leh nak keluar rumah sangat sebab aku tak nak lepaskan peluang berada di dalam rumah ketika hujan. Kerana hujan adalah nikmat, melihat titik air jatuh timpa daun orkid, daun melur dan daun mawar...ehh daun pandan sama...hmmm nikmat sebab tak payah nak susah-susah siram pokok bunga. Bukan aku kedekut nak bayar bil air pun sebab sekarang ni pun dah terlebih bayar ke SYABAS sebanyak RM99..macam mana nak tuntut balik duit ni kan. Haruslah SYABAS tak akan bagi balik, kecuali aku kaw-kaw guna air..banyak mana sangat pun kalau basuh baju seminggu sekali..mandi sekali sehari..iskk..acah je, gua mandi tiga atau empat kali sehari bergantung pada cuaca. Kalau cuaca panas, maka keraplah menghabiskan air..ok bukan nak cakap pasal air..nih..pasal hujan.
Yeahh kasi upgrade sket kemunculan cik lempeng pisang berkelapa ini dengan makeup fake ala lurpark butter. Konon kita dah buat plastic surgery, dari cik lempeng pisang berkelapa ia ditukar nama kepada banana pancake! Korang ada? Hikhikhik...
Kalau hujan kat kampung, kami sibuk nak buat kapal kertas dan buang ikut jendela kayu cengal yang hitam tu. Kapal kertas tu pun terkial-kial mengikut lenggok air hujan yang membentuk bulatan bulat yang makin besar dan besar. Selalunya kami akan buat banyak kapal kertas dan habislah buku sekolah kena koyak. Esoknya memutih kapal kertas atas tanah depan jendela bila air surut. Dan paling mengerikan abah akan membebel dan habislah telinga kami pulak kena koyak..adehhh sakit tapi sekarang jadi manis dalam kenangan! Walaupun ketika itu melalak sakan sebab kena pulas telinga kan..kan!
Suntik botox butter kasi gebu..terliur ke tak?
Dan ketika hujan juga mak akan sibuk di dapur kecilnya yang sempit dan suram, tapi cukup luas bagi kami. Mak akan buat lempeng pisang yang ditaruk kelapa untuk kami makan bersama air kopi kasar. Lempeng pisang itu penuh nikmat untuk dimakan pada skala berebut-rebut tahap gaban. Sebab kami dah letih bermain kapal kertas, jadi kami akan beralih ke dapur konon nak tolong mak kemas dapur, walhal nak meninjau apa mak masak. Ternyata lempeng pisang itu adalah hi-coffee paling mewah bagi kami ketika itu.
Banana pancake parade..jap nak buat kopi!
Dua tiga hari lepas hujan..nak buat kapal kertas karang jiran aku kata aku hilang akal pulak nanti. Jadi aku bergerak ke kitchen, buka peti ais, ada pisang terover masak, ada kelapa juga, buka stor ada multipurpose flour juga...maka jadilah lempeng kelapa aka banana pancake yang dibakar dalam oven Pansonic aku yang dah usang tu tapi baktinya sangat cemerlang..kalau nak resipi lempeng pisang ini, tunggu kemunculan buku 'Cerita Minum Petang' aku yang akan muncul tak lama lagi..
 
 
Rindu mak...

Friday, 25 October 2013

Pengalaman kita tidak akan sama...

Pengalaman hidup kita tak akan sama, malah tak pernah sama walaupun kita menjejaki jalan yang sama. Katalah apa sekalipun, pengalaman hidup kita berbeza. Apabila berjumpa sahabat lama, rasa seperti tak cukup tanah nak berbual. Semalam novelis tanah air, Lily Haslina Nasir datang ziarah aku di rumah. Lily tak berubah, cuma tergambar kematangan pada wajah ibu empat anak itu dan dia tetap bersemangat suruh aku membuat catatan hidup kerana dalam tempoh masa 23 tahun, katanya aku berubah 360 darjah dan apa yang aku lalui tidak akan sama dengan apa yang dia alami. Kami pernah tinggal serumah di Old Town, Petaling Jaya pada awal 90-an ketika mula-mula sampai ke KL untuk melanjutkan pelajaran di Lembah Pantai. Seorang lagi sahabat kami ialah Cikgu Rodziah Akil dari Pahang dan Rodziah ini adalah adik kepada penulis Daeng Ramli Akil. Jadi kami bertiga ke sana ke mari dan persahabatan ini tidak pernah putus walaupun masing-masing sudah ada hala tuju sendiri.
Atas kiri: Lily rembat 4 buku..mekaseh Lily
Atas kanan: Dah lah datang bawak buah, siap bagi hadiah buku novel lagi..selamat bajet buku bulan ini...:)
Bawah kiri: Aku sempat bakar roti putih untuk Lily.
Bawah kanan: Ada sup daging untuk dimakan dengan roti.
Seperti biasa, Lily sentiasa hadir dengan buah tangan. Masa belajar dulupun dia yang sentiasa belanja aku dan Rodziah kerana pada ketika itu, Tahun 1 di UM, Lily sudah ada duit poket sendiri kerana dia sudah menulis sejak usia 14 tahun. Jadi apabila kami nak makan, tapi duit tak ada, jadi Lily akan bermurah hati belanja kami. Sifat kakak-kakak sangat menebal dalam diri Lily, mungkin kerana dia anak sulung dalam keluarga Pak Nasir dan Allahyarhamah Cikgu Jamilah. Jadi sifat ambil beratnya terserlah manakala Rodziah anak bungsu dalam keluarganya dan aku anak kedua. Jadi kami ada perangai sendiri dan Lily jadi tempat rujukan kerana dia memang matang. Ketika di tahun 1 juga, Lily dah ada pakwe (kini suaminya) dan kami pun akan ikut dia dating sama kalau dia dating dengan Cik Lan. Ceitt kami konon jadi bodyguard Lily walhal tak de apa pun yg nak diguardkan ya Lily..hehe
Buah dokong dan cucur udang yang sedap buah tangan Lily. Sambil makan sambil berbual..dan banyak idea yang Lily cadangkan. In shaa Allah, akan dilaksanakan andai ada kudrat.
Seperti biasa juga, banyak benda nak dibualkan dan Lily tidak pernah kering idea, mungkin sifat baik hatinya itu membuatkan Allah bagi ganjaran ilham yang sentiasa melimpah ruah di mindanya. Daripada tugas wartawan kanan di majalah Jelita beberapa tahun lalu, Lily mengambil keputusan berundur dan menjadi penulis bebas pada awal usia 30-an dan sehingga kini dia masih menulis dengan ilham yang melimpah ruah.
 
Terima kasih Lily Haslina Nasir kerana menjadi sahabat yang sama seperti 23 tahun lalu...

Saturday, 19 October 2013

Dah mati 9 bulan lalu..

Sembilan bulan 18 hari..
bukan sekejap tu
kalau pregnant, dah kira bersalin pun
dalam tempoh 9 bulan 18 hari tu
ada beberapa kali
masa aku balik keje jam 12 malam hingga 1 pagi
JPJ buat roadblock
Polis buat roadblock
kat Sg Long, kat Mahkota Cheras
memang keta aku pun depa tahan
depa tanya kenapa balik memalam buta
saya cari rezeki pak incik
tapi tak pula tanya lessen
semalam aku pi JPJ Wangsa Maju
konon nak buat international licence
sebab nak drive masa travel nanti
Syam pun dah buat
sekali...
buka je lesen depan pegawai JPJ
makkkkkk....lesen dah mati pada 24 Februari 2013
korang jangan jadi macam aku yer..
sia-sia jer kalo kena tahan
tapi heran juga, sepanjang tempoh tu
tak dak sapa nak tanya lesen aku!

Bila dah buat lesen,
aku kata nak buat untuk tiga tahun je
jadi gua pun bayar RM105 utk tiga tahun
bila balik rumah..
makkkkkk....kira punya kira
pegawai tu bagi haku ampat tahun!!!
tiba-tiba lagi sekaliiii...
makkkk...tarikh lesen mati ialah pada 30 April 2017
tarikh kesayangan...
sebab aku hirup udara dunia pada tarikh ini, 30 April, berpuluh tahun lalu!

Friday, 11 October 2013

Im coming...soon!

Banyak perkara nak dibuat, tapi kaki tangan ada dua + dua jer..jadi ler empat. Masa pun ada 24 jam je, tu pun kadang-kadang mengada-ngada lebih nak minta lagi satu jam, jadi 25 jam. Konon satu jam yang Allah bagi lebih tu nak manfaatkan sebaik mungkin..balik-balik tidur je lah gamaknya. Ketika arwah Abah ada dulu, tak pernah sedikitpun aku tengok dia dok saja.
Dalam masa beberapa minit, harga tiket boleh berubah pada kadar beberapa ratus. Ironinya hidup kita juga berubah selepas melalui pelbagai pengalaman yang mendewasakan kita. Sama ada pahit atau manis, suka, duka, kecewa, patah hati. Allah sudah menyediakan laluan untuk kita rentas dan sebagai hambaNya, perkara terbaik yang boleh dan perlu kita lakukan ialah bersedia, bersedia mental dan fizikal dalam semua perkara dan aspek kehidupan..
Ada je benda dia buat. Sapu daun-daun kering depan laman rumah, bagi makan burung merpati satu reban tepi rumah, baiki reban ayam, basuh motosikal bernombr plet DN 7160 dan tak pun dia akan pergi pasar beli lauk..heran aku tak pernah nampak dia letih. Pagi-pagi bangun lepas solat subuh dia masih boleh lari sekeliling rumah lima nam round dan kemudian buat air milo sambil minum tepi dapur mak, hirup udara pagi dan dengar kicau burung.
 
Satu kehidupan yang sudah lama aku tak buat, tak mengalaminya. Kalau dia masih ada, tentu dia akan tanya aku buat apa hari ini, aku tulis apa hari ini, aku beli majalah apa dan baca buku apa dan nak gi mana lepas ini. Abah yang sentiasa menunjukkan ambil pedulinya dengan cara tersendiri. Dia tidak akan pernah berkata jangan atau tidak, sebaliknya sentiasa berpesan..lakukan apa saja yang termampu, asalkan tidak menyalahi hukum Tuhan di bumi ini, dan pergilah ke mana saja, lihatlah kebesaranNya walaupun pada sehelai daun kering.
 
Daun maple kering yang gugur pada musim luruh di tempat orang tidak sama dengan daun kering yang gugur di halaman kita. Ranting kayu kering yang gondol di laman kita juga tidak sama dengan ranting kayu kering di tempat orang. Banyak perkara ingin dilihat dan dinikmati pada usia yang sudah melepasi takah Zuhur ini.  Semoga Allah mempermudahkan perjalanan yang akan dilalui selepas ini...masa menjadi terlalu berharga..sedetik berlalu tidak akan berulang kembali..City River Wanganui..im coming..soon!

1 - Biru langit Wanganui..

andainya kau tahu
sebanyak mana rindu aku
kiralah berapa banyak bintang di langit malam
 
**************
 
Skrin komputer ditatap sepi.  Hanya cahaya putih memanah anak mata, berkelip-kelip..kadang-kadang cepat, kadang lambat. Bergenang..memberat dan seakan mahu menitik, cepat-cepat air mata yang tidak jadi keluar itu diseka, seakan-akan mahu menafikan rasa rindu yang kian membuak kepada Mak, kepada Chek dan kepada semua. Wangi kesidang di tepi laman..kalaulah dapat dihidu di tanah bergunung ganang ini, mahu saja dia hirup wangi itu dalam-dalam, simpan kemas di dalam lubuk hati yang paling dalam, diam di situ sehingga terjumpa pelengkap rusuk kiri yang jadi idaman sekian lama. Tapi di mana? Di mana mahu mencarinya, siapakah bakal mengisis kedudukan itu dan bila? Dia buntu, rambut paras leher diraut ke belakang. Kopiah putih yang Chek Ngah bagi tahun lalu di letak di tepi komputer. Ada juga gelas kopi dan beberapa ketul skon jagung yang sudah sejuk.
 
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bacaan di skrin komputer diteruskan...
 
...Nik, mak kata balik! Dah lama sangat dia tunggu Nik. Buah sawa nila tepi rumah sudah banyak kali berbunga, mengeluarkan putik, berbuah, lebat berketul-ketul dan akhirnya Mak hanya makan sebiji saja, itupun payah dia nak habiskan. Katanya Nik suka buah itu. Begitu juga buah mata kucing di sebelah kiri pagar rumah, dan banyak kali juga berbuah, banyak plastik juga Mak sedekah pada jiran sebab katanya dia tunggu Nik balik, tapi Nik tak muncul-muncul juga.

Nik..baliklah..


Biru Langit Wanganui / Chapter 1: Menganyam rindu../ 11 Okt 2013

Friday, 4 October 2013

All sorrows are less with bread..

“All sorrows are less with bread. ”
Miguel de Cervantes Saavedra


Christine send me an sms, asked me if I want to join bread worksyop at B.I.G last Tuesday. Without hesitate, I replied YES! Cooking session is always my best therapeutic for me. Playing dough, flour, butter etc..awhh that was great session.

Masa agak singkat tapi Shila sempat ajar empat jenis roti..antaranya focaccia. Yayy!!! hari tu belajar dengan Rachel Allen, hari ni pulak dengan Shiela. Lain cikgu lain caranya, yang penting..gua suka roti cool ini yang juga boleh digunakan sebagai kulit pizza..

Belajar membuat roti sama seperti belajar memahami seorang manusia, kena tahu membaca retorik mereka, terlebih uli pun tak bagus, terkurang uli pun tak cantik juga...begitu juga pemikiran manusia..kena pandai menaakul..

Ahh tak mau cakap banyak..

Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak

Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sih...