Wednesday 26 September 2012

Untung jadi wanita pregnant...

Kalau nak cakap pasal baju, kita mesti ada satu atau dua baju yang kita suka pakai. Maybe suka pakai sebab warnanya ke yang cantik, sebab brandnya ke yang mahal atau sebab baju itu pemberian orang yang kita sayang. Aku ada satu blouse daripada shantung silk yang aku jarang pakai walaupun suka dengan fabrik dan warnanya, iaitu kuning lemak ketam. Blouse ni berpotongan bawah dada dan ada pleat..so sekali pandang macam baju pregnant. Dan ia memang bawa rahmat sebab fabriknya yang keras dan gaya potongan blouse itu. Kenapa aku kata bawa rahmat???

Semalam tunggu teksi dari Bangsar nak pergi Kota Damansara. Cuaca panas dan darah pun naik juga. Tiba-tiba ada satu teksi berhenti dan seorang perempuan keluar lantas membukakan pintu untuk aku masuk. Wahhh kagum mak rasa sebab dibukakan pintu oleh penumpang wanita yang duduk dihadapan.
Bila masuk dan duduk di belakang, driver cakap..

"Puan, kesian tunggu teksi. Penumpang tadi kebetulan mahu turun ke depan sikit tapi bila dia tengok Puan mengandung dan tunggu teksi, dia sanggup turun sini dan minta saya ambil Puan...."

Apaaaaa? Dia ingat aku mengandung??? Cheiiitttt! Tak tahan punya dalam hati, dan tak tahu juga sama ada nak ketawa atau marah....mak speechless nak!

Beberapa tahun lalu, masa tu aku jadi penumpang tegar  LRT dari Sri Gombak ke Bangsar. Pagi-pagi kami akan naik LRT ke tempat kerja. Penumpang penuh sesak sebab pagi-pagi semua orang nak pergi kerja. Aku pakai blouse yang sama sambil tangan tergantung pegang palang dalam train.. Tiba-tiba ada satu lelaki offer aku tempat duduk.

"Kak, duduklah..." Katanya.
"Ehh tak pe..tak pe..," kata aku.
"Duduklah kak.." katanya lagi.
"Eh tak pe.." kata aku.
"Akak pregnant kan?" Katanya sambil senyum.

Ooooh budiman sungguh lelaki itu. Dan aku duduk tanpa banyak kata. KA yang berdiri sebelah aku sengeh pandang aku dan rasanya aku nak lempar kasut pada KA ketika itu. 

Ceitttt depa ni tengok orang dengan hidung ke apa? Tapi tak boleh nak salah depa juga sebab blouse itu memang menampakkan pemakainya seperti pregnant. Dan aku akan pakai blouse itu bila ada appointment yang memerlukan aku naik pengangkutan awam..untung jadi perempuan mengandung!

Bagaimanapun masih ramai lelaki di Malaysia tidak mempunyai kesedaran terhadap wanita mengandung, orang tua mahupun kanak-kanak apabila berada di dalam train. Mereka lebih rela buat-buat tidur atau pejam mata...

45 comments:

  1. kuning lemak ketam tu kira2nya sama macam ketam masak lemak la ek?
    ketam kalau dah dimasak warna merah kan kulitnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nizam.Ariff
      a ye aye le tu sama cam ketam masak lemak
      eh tak...sama cam ketam masak pedas,
      so kulitnya waner merah..haha puas hati?

      Delete
  2. salam

    heheheh
    bapak pun nak pakai blouse la hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapak,
      Kalau pakai blouse, tak sesuai la pulak kain pelikat go bang tu..:)

      Delete
  3. hehehehe....

    nampak gayanya kena ubah imej ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. TP
      ubah imej dan kuruskan badan...hehe

      Delete
    2. amacam dgn program diet ada hasil tak? moga ber hasil ye

      Delete
  4. KAK LW..
    saya tak tahu nak kata apa.
    nak gelak dan nak nanges pun ada juga
    saya ada satu baju tu..beberaoa kali pakai mesti ada yg tanya 'berapa bulan?'stres tau.saya dah bagi pd kawan yg peknen.tak snggup nak pakai lagi.kalau betul peknen takpe jugak..ini sah2lah org igt saya peknen sbb perut buncit.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa,
      akak pun tatau nak kata apa juga masa tu..terus pura-pura berlakon sebab menghargai budi baik mereka tu..walaupun dalam hati rasa nak ketawa besar, namun ku kan pelakon terbaik makan kuteruskan jua adegan itewww..ekekeke")

      Delete
  5. pernah bw akak sy yg ngah pregnant naik lrt, bagus btl dak² pempuan tu, sekali bgn 4org sbb suh akak sy duduk.. hehehe.. tu bila budiman, bila kuajo, trus xpandang ssh org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. MizzTina
      Time mereka budiman kita pun rasa respect pada mereka kan...tapi time mereka kuajo, rasa nak cakap kesiannya mak bapak mereka didik mereka penat-penat..tapi mereka tetap tak hormati orang tua..

      Delete
  6. untung tu pakai baju tu kak...diberi keutamaan..ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. CaDLyNN,
      a ahh..akak sayang baju tu walaupun setiap kali pakai pasti ada peristiwa 'sadis' belaku...ngeeee(>.<)

      Delete
  7. Akak sgt bernasib baik. Semoga org yg membantu akak tu akan terus bernasib baik juga.

    Dulu ms sy preggy (tgh sarat), sy nek bas...tp sorang pun tak simpati pd sy. Uwaaaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. faraherda.razalan
      insyaAllah doakan semoga akak terus bernasib baik ya...fara juga..:)

      Delete
  8. pernah jadi masa pregnant dulu naik lrt tapi soghang pon tak kisah nak kasi duduk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. m.u.l.a.n
      kalau kita nak tengok manusia budiman, manusia selfish dan manusia hipokrit, LRT adalah lokasi terbaik kerana ada pelbagai jenis sifat manusia di dalamnya..

      Delete
  9. ahahaha.. aku senyum jer baca ni LW

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimi Nong Andy
      Hewhewhew....naper Nong, ko ada pengalaman gini ke?

      Delete
  10. ada pro and con laa kan..
    pro sebab dapat kemudahan
    con sebab ... u tahu sendirilah..kang tak pasal2 kasut yang nak ke muka KA landing kat muka i... sowwy yer lalingkk... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nenet Penne
      mwahahaha okeh okeh...sabtu malam ahad ni kita buat ulasan selari yek...kikiki

      Delete
  11. *No komeng* jawapan stended artis Mesia. Boleh giteww, LW? hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eliza
      Hikhikhik....haish memang saya rasa terbuntang mata masa driver teksi tu tanya gitu...adehh saya tak ada pengalaman real jadi ibu mengandung...ala-ala penyamaran pun boleh laaa kan...:)

      Delete
  12. Untung lah tu. Pedulikan apa orang kata. At least ada juga org yang bersifat macam tu, prihatin..kan?

    Teringat kisah saya naik komuter, beberapa tahun lepas...semua orang pandang saya dengan jelingan semacam saja...semua perempuan pulak tu..nak kata i tak bagi seat, takde pulak pompuan yg berdiri time tu..semuanya duduk...rupanya gua naik coach pompuan la...aiyyaaaaa! Next station saya turun then tukar naik coach lain. Malu siott.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khairul Abdullah
      Bhahaha...saya boleh bayangkan masa tu mesti awak serba salah sebab ditenung dan diattack oleh semua wanita dalam satu coach itu..adehh cemane bleh tersilap bro!

      Dan saya tetap akan simpan baju yg bawa untung teww! :)

      Delete
    2. hahahaha...boleh tumpang gelak tak...muahahahaha...gelak guling-guling....

      Delete
    3. nak tumpang gelak jugak laaa.... :)

      Delete
    4. blu4sky & nenetPenne
      Jom kita gelak berjemaah...hahahahah KA jangan hangen dengan kami-kami!

      Delete
  13. Bagus sungguh idea tu *sambil cari2 blouse sedemikian rupa dalam lemari sendiri* :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dinas
      sekali sekala buat camouflage dengan baju ni pun best juga..hihi

      Delete
  14. terbaeeeek. :D

    kuning lemak ketam...! (aku rasa aku bulih bayangkan warna kuning tuh, sebab aku anak nelayan...!) hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepa,
      sure kau mesti sangat boleh membayangkannya sebab kau dok tepi pantai kan...tahu tak warna hijau dan biru laut ikan jebung(parrot fish)? cantikkan warna ikan tu..

      Delete
  15. hahahaha...been in the same situation quite a lot..in a way.. rasa bersalah juga sbb tak preggy pun..cuma lomak tepu tak pandai nak surut2..hahaha.. and orang plak salah sangka ingat kita preggy..bagi tempat duduk...
    i sll offer blk tolong pegang beg org yg bagi tempat duduk..if org pompuan lah.. tp yg sll prihatin biasanya perempuan.. lelaki ni..emm ada kot tapi boleh kira dengan jari.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blu4sky
      Hahaha quite funny rite, tapi kita terpaksa meneruskan
      drama swasta itu supaya mereka juga tidak
      malu kerana tersalah agak dengan kita...
      I kadang2 offer juga tapi selalunya depa
      tak nak kita pegang beg depa.

      Delete
  16. Hi Lady Windsor, wow! Shangtung silk. You have great taste.
    I can imagine your wardrobe with all the designer clothes and hari2 spend time making decisions what to wear, ha ha.
    Have fun and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Uncle
      Hehe..I like to wear silk..shantung, Thai silk and and of course local silk..
      Well my designer is a beautiful amoi which is her shop is in Ipoh.
      Yeah...u r rite, pagi2 menung fikir nak pakai baju apa...hihi:)

      Delete
  17. lahhhh..salah paham pulak. haha. tapi tak pa kak, kira untung sudah. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ahh kira halal lah kan niza...hehe walaupun akak rasa nak cakap jer pada driver tu...kiki..kira macam berlakon le sekejap..:)

      Delete
  18. lah...saya pun pernah terkena pun..org tegur pregnant bape bulan?

    padahal sy buncit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. CikZaitul
      Ahh biar je lah...bukan jadi masalah pun kan...betapa baju berjaya mengaburi mata manusia kadang kala...

      Delete
  19. Salam perkenalan LW..
    Saya pun ada pengalaman yg sama masa ngan kawan... masa tu saya dan kawan tengah beratur kat Giant nak bayar... tetiba ada sorang kakak tu ckp kat kawan saya... "kak... akak akak bayar la dulu, kesian akak mengandung" dgn senyum simpul kawan saya terus jer bayar... sakit perut saya nak tahan ketawa...

    by the way sapa pong dr kelate.... hik hik hik

    ReplyDelete
    Replies
    1. MystoryPic
      itu adalah insiden di luar jangkaan..tapi kalau saya berada di tempat kawan awak tu, saya akan terima pelawaan kakak tu dan teruskan berlakon macam betul2 pregnant..sapa nak que lama-lama nak bayar barang kan...mesti kita nak cepat...hihi

      oo btw kelantan kat mana?

      Delete
  20. hai LW

    ni dah boleh kena dakwa ni
    menyalahgunakan keistimewaan wanita pregnant!

    hahaha

    btw zine Ex-Boifren masih boleh diorder.
    sila emel saya di ayinayusof@yahoo.com

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayin...heheh nak dakwa eh...sekali selak2 perut jer bunch tapi x preggy pun...:)

      Delete
  21. Greetings! I've been following your blog for a while now and finally got the courage to go ahead and give you a shout out from Humble Tx! Just wanted to mention keep up the good work!

    Stop by my site - Lon Turrubiartes

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...