Monday, 13 May 2024

Sihat itu kekayaan..

Benar sangat kan pepatah Health is Wealth. Kerapa juga saya dengar orang kata jika hari tua anda dijalani dalan keadaan sakit atau tidak sihat, harta atau duit banyak pun tak berapa nak bermakna sebab tak boleh nak berjalan atau melakukan sebarang aktiviti lantaran keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Justeru, jaga kesihatan dan jangan berasa tua sebelum waktunya. Ya, saya sentiasa kata pada diri Shasha berkerjalah selagi mampu, lakukan apa sahaja aktiviti semahu yang boleh dan bila beribadat, ingatlah pada Allah seolah-olah sebentara cuma lagi hidup yang masih bersisa.
15 hingga 19 Mei ini ada eventb Act Sooner Live Better di Bandar Utama, jom kita pi cek kesihatan dan tengok apa-apa panduan kesihatan yang boleh dilakukan..jumpa kat sana ya:)

Tuesday, 30 April 2024

30 April yang sangat bermakna..

Setiap tahun, tarikh 30 April sangat bermakna dan dinantikan, kerana apabila tiba tarikh ini, saya tahu setahun lagi usia bertambah dan itu juga tandanya Allah masih memberi peluang untuk saya menghirup udara, mendengar bunyi hujan, berhubung sesama sahabat, bertanya khabar adik-beradik dan banyak lagi perkara saya boleh lakukan.
Paling bersyukur apabila mampu bangun pagi dengan sihat dan membuka jendela untuk menjemput rezeki masuk. Ibarat kata, seperti burung yang akan berkicau riuh dalam perjalanan mencari rezeki dan begitulah manusia...Dan saya lebih beruntung kerana kadang-kadang, rezeki yang muncul di pintu..sahabat yang ini tidak pernah lupa akan tarikh 30 April. Kami kembar tak seiras, berlainan ibu bapa, akan tetapi berkongsi sebutan yang sama akan nama bapa. Beza sedikit sahaja iaitu pada ejaan, tapi sebutan hampir sama. Dr Mawar Shafei yang sudah sekian lama saya hormati akan ilmu kependidikan dan kesusasteraan yang ada padanya. Selembut tutur kata orangnya, begitu juga butir bicara apabila kami bersua..
Terima kasih Mawar meraikan tarikh 30 April saya. Semangkuk bingsu penghilang dahaga dan sajian Korea kami nikmati sambil berbicara cerita seputar hidup..semoga tahun depan saya pula berpeluang meraikan hari lahirnya..
Sedar tak sedar, dah lebih separuh abad hidup. Pelbagai warna telah dilihat, pelbagai keadaan telah dilalui dan setakat ini Alhamdulillah kerana masih berada di dalam peliharaan dan kepedulian Tuhan. Tidak mudah rasanya untuk mengharung hidup dalam dunia yg segala-galanya boleh dicapai dengan hujung jari, tidak semudah disangka untuk bersaing dalam dunia yang segala-galanya tanpa ada segan silu demi meraih 'tanda suka.' Pun begitu, semoga Tuhan terus bagi kekuatan untuk terus kekal aman damai dengan apa yang dilalui sekarang..dan semoga bertahan sehingga akhir hayat.

Friday, 12 April 2024

Aidilfitri di Rumah Ladang Sungai Malau, Selama..

Ketika zaman berkerja dulu, asal sebut hari raya je confirm nak kena apply cuti dan balik kampung. Dah plan nak balik awal seminggu atau balik suntuk-suntuk je sehari sebelum raya, tapi kini apabila dan berasa lama hidup, maksud saya dah lebih separuh abad usia, sambut Aidilfitri kat mana-mana pun ok asalkan ada sahabat handai atau adik beradik yang boleh dihubungi atau sama-sama menghadapi juadah penanda Aidilfitri, iaitu lemang, sate, kuah kacang, nasi impit mahupun nasi minyak.
Kebetulan beberapa hari sebelum 1 Syawal, ada kurus yang perlu dihadiri di Alor Setar. So plan terus jadi berubah, daripada nak beraya di KL jadi terberaya di rumah ladang adik di Sg Malau, Selama.
Tak sangka pula sambutan begitu meriah kerana ipar duai adinda saya ramai, masing-masing bawa juadah memenuhi meja dan mengikut tradisi keluarga mereka, pagi sebelum ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri, mereka akan mengadakan tahlil dan takbir ringkas diikuti menjamah hidangan sebelum meneruskan langkah ke masjid.
Jauh di sudut hati juga, saya terfikir hidup ada banyak pilihan, sama ada untuk terus berasa sedih, berasa kekurangan atau memilih untuk meraikan hidup seadanya, meraikan yang muda, menghormati yang tua dan selebihnya bersyukur dengan nikmat sebesar alam yang tidak pernah surut daripada limpahan kasih sayang Allah.

Monday, 19 February 2024

Aidilfitri pula..

Baru settle meeting dengan Raymond and Angel untuk add Aidilfitri..semoga ada idea untuk buat pantun raya!

Monday, 19 June 2023

Obesiti

OBES? Takut gila wehh aku dengar perkataan obes ni. Aku tau aku dah masuk tahap obes tapi still bernasib baik sebab ada kesedaran walaupun tidak 100 peratus mampu buat. So sebab tu aku gigih/gagahkan diri pi berenang dua kali seminggu. Percaya dak, separuh penduduk dewasa di Malaysia ni mengalami obes, arghhh ngeri! Ketua Unit Pembedahan Gastrointestinal Atas, Metabolik dan Bariatrik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Nik Ritza Kosai, berkata obesity sebahagian besar individu dewasa di negara ini mengelami obesity. “Obesiti menjadi satu pandemik di Malaysia dengan 50.1 peratus populasi dewasa mengalami berat badan berlebihan, di mana dari jumah itu, sebanyak 19.7 peratus adalah obes; dengan prevalens keseluruhan sebanyak 18.3 peratus untuk diabetes. “Lebih membimbangkan, menjelang 2035, 41 peratus rakyat Malaysia dijangka mengalami obesiti dan ini akan memberi impak kepada kos penjagaan kesihatan keseluruhan negara,” katanya pada majlis makan malam kempen berkenaan di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Biar ada ilmu...

Zaman sekarang, content creator atau bahasa Malaysia sebut 'pencipta kandungan/bahan" dah jadi satu kerjaya, cuma tak ada pay slip je. Ramai, berderu-deru anak muda jadi content creator, ada yg bagus contentnya, ada yg entah apa-apa dan ada juga yg so so. Aku baca mana yg aku rasa bermanfaat dan yg content macam '$#@^&*' tu aku ignore jelah. Apa yg aku nak cakap, kalau nak jadi content creator, kena ada ilmu ya dik. Jangan nak buat silat pukul angin bodohkan follower sbb follower pun ada mata, ada fikiran. Apa ke jadah silat bawa kuali sepak angin..aku tengok pun pelik!

Saturday, 3 June 2023

Happiness

Bila ada orang tanya apa aku buat untuk mengatasi sunyi dalam hidup? Kalau aku kata tak sunyi tu tipu sangat laa kan. Aku pun wish aku boleh tolong dorang yang sunyi dalam kehidupan mereka, tapi life kita berbeza. Jadi tak dapatlah aku nak tolong. Lagipun aku biasa dengar "i choose happiness" yg pada aku bila kita pilih 'happiness' tu maka kita kena create, kena buat, kena cari ke arah itu. So, happiness aku adalah benda kat dalam pic ni, yg selalu aku buat..bila masuk dalam air tak de benda lain dah nak fikir, tak de nak overthinking benda lain dah. Yang aku ingat adalah nyawa..

Orang diet, aku pun diet..

Orang diet, aku pun nak diet. Orang diet ada coach, aku diet aku jugalah coach. Tapi Alhamdulillah aku ada sedikit ilmu, jadi tak la diet membuta tuli. Nak buat apa-apa sekalipun, kena ada ilmu. Aku tak berapa mampu nak hire coach, kalau ada budget sekalipun aku prefer guna duit tu untuk beli food bagi memenuhi keperluan nutrition aku yang buat diet rendah kalori. Cakap pasal diet, sama la kesnya dengan lelaki yg berazam nak berhenti merokok aku rasa. Cakap senang bhaii tapi mampu dak nak buat atau berhenti merokok itu jam. Itulah juga yg aku rasa. Dah berzaman nak turunkan berat badan, dah berkurun dah kumpul semangat tapi adooo, seminggu dua je lepas tu ke laut lepas. Tak pe, kali ni aku kena buat betul-betul dah sebab tak mahu Doc Nadiah tambah dos ubat untuk BP aku..tq laa Doc bagi kepercayaan untuk teruskan medication dengan dos yg sama sejak dulu. Bagi peluang aku reduce weight dulu ya, aku tak nak la tambah dos ubat lagi. Haub rasanya nak telan ubat pahit tu..bluerkkk!

Kari bendi untuk hari ni..

Pantang teringin, memang kena buat. Minggu lepas Coach Dill buat kari ayam tanpa santan untuk anak dia, aku pulak yang terliur. Petang ni gigih buat kari bendi tanpa santan, menu yang diubahsuai untuk keperluan diet. Jadilah untuk diri sendirin bukan nak bagi orang lain makan pun, so sedikit tawarlah kalau nak compare dengan kari mamak nun..

I have nothing to chase..

Dua tiga hari lepas, ternampak satu entry by @ayiematpiah. Tak kenal pun sapa budak ni tapi entry dia menarik perhatian sebab dia sinis pasal perempuan yang nak kurus, lepas tu tak juga kurus. Kau ketawa-ketawa ye Ayie pasal perempuan yg nak kurus ni, tak pe kau tengok Akak diet nanti sure kau terperanjat kan apa metode aku buat untuk buktikan lepas dua bulan berat badan boleh dikurangkan. Akak doa kau dapat girlfriend badan cantik macam model tau.. Rasa terpanggil gila dengan ketawa dak Ayie ni, tak pe aku jadikan booster. Tak de nak chase sesapa pun macam aku selalu cakap (pada diri sendiri) i've nothing to chase/proof but myself, i've nobody to please but Allah. Kau tunggu ya Ayie..tq bagi akak semangat walaupun kau tak pernah kenal akak pun..

Dah sampai..

Ketika tayar mencecah bumi, ada sedikit rasa gegaran kecil namun tahu Emirates ini sudah selamat tiba di KLIA. Lebih 15 jam dalam perjalanan...