Saturday, 3 June 2023

Orang diet, aku pun diet..

Orang diet, aku pun nak diet. Orang diet ada coach, aku diet aku jugalah coach. Tapi Alhamdulillah aku ada sedikit ilmu, jadi tak la diet membuta tuli. Nak buat apa-apa sekalipun, kena ada ilmu. Aku tak berapa mampu nak hire coach, kalau ada budget sekalipun aku prefer guna duit tu untuk beli food bagi memenuhi keperluan nutrition aku yang buat diet rendah kalori. Cakap pasal diet, sama la kesnya dengan lelaki yg berazam nak berhenti merokok aku rasa. Cakap senang bhaii tapi mampu dak nak buat atau berhenti merokok itu jam. Itulah juga yg aku rasa. Dah berzaman nak turunkan berat badan, dah berkurun dah kumpul semangat tapi adooo, seminggu dua je lepas tu ke laut lepas. Tak pe, kali ni aku kena buat betul-betul dah sebab tak mahu Doc Nadiah tambah dos ubat untuk BP aku..tq laa Doc bagi kepercayaan untuk teruskan medication dengan dos yg sama sejak dulu. Bagi peluang aku reduce weight dulu ya, aku tak nak la tambah dos ubat lagi. Haub rasanya nak telan ubat pahit tu..bluerkkk!

Kari bendi untuk hari ni..

Pantang teringin, memang kena buat. Minggu lepas Coach Dill buat kari ayam tanpa santan untuk anak dia, aku pulak yang terliur. Petang ni gigih buat kari bendi tanpa santan, menu yang diubahsuai untuk keperluan diet. Jadilah untuk diri sendirin bukan nak bagi orang lain makan pun, so sedikit tawarlah kalau nak compare dengan kari mamak nun..

I have nothing to chase..

Dua tiga hari lepas, ternampak satu entry by @ayiematpiah. Tak kenal pun sapa budak ni tapi entry dia menarik perhatian sebab dia sinis pasal perempuan yang nak kurus, lepas tu tak juga kurus. Kau ketawa-ketawa ye Ayie pasal perempuan yg nak kurus ni, tak pe kau tengok Akak diet nanti sure kau terperanjat kan apa metode aku buat untuk buktikan lepas dua bulan berat badan boleh dikurangkan. Akak doa kau dapat girlfriend badan cantik macam model tau.. Rasa terpanggil gila dengan ketawa dak Ayie ni, tak pe aku jadikan booster. Tak de nak chase sesapa pun macam aku selalu cakap (pada diri sendiri) i've nothing to chase/proof but myself, i've nobody to please but Allah. Kau tunggu ya Ayie..tq bagi akak semangat walaupun kau tak pernah kenal akak pun..

Im back!

After more than 3 years and long hiatus, suddenly the feeling came and decided to start writing. Bismillah..

Monday, 9 March 2020

Insaf setelah nyawa terancam!

Baru sedar diri rupanya, setelah bertahun hidup dengan dua perkara ini, baru hari ini saya rasa betul-betul sedar diri. Itu pun setelah BP naik 170/100 dan gula dalam darah pula tahap 13, tinggi gila...ngeri pula rasa.

Setiap kali jumpa doktor, berbuih mulut doktor nasihatkan saya, betullah orang cakap selagi tak bertembung dengan sesuatu yang menginsafkan, selagi itulah kita tak akan dengar cakap orang yang lebih tahu.

Jadi kes saya ini ialah 'berasa insaf setelah nyawa terancam,' haa tajuknya over sikit kan tapi ini adalah kebenaran. Jika saya tidak ambil tindakan atau langkah proaktif terhadap keadaan kesihatan ini, tidak mustahil esok lusa saya PADAM! Tapi disebabkan saya nak hidup lama lagi (sambil berdoa dan memohon pada yang di atas supaya bagi saya peluang atau extra usia) maka saya berusaha untuk kurangkan berat badan supaya reading BP cantik dan begitu juga dengan gula. Ini kerana saya nak travel lagi, nak naik Gunung Kinabalu, nak buat horse riding dan yang paling saa nak buat ialah pakai baju kebaya Kota Bharu raya ni..hehe ada beran!

Oleh itu setiap Selasa dan Khamis saya akan ke kolam renang dan teliti food intake setiap hari. Minima kalori yang sesuai dengan berat saya ialah 1,531 cal setiap hari. jadi saya kena pastikan apa yang saya ambil untuk hari ini, jumlah calorinya tidak melebihi 1,531..ok small matter. You can do it Shasha!

Thursday, 16 January 2020

Beard Brothers BBQ punya penangan!

Mai nak share pasal restoran kat Tropicana ni, u all sure pernah dengar pasal Beard Brothers BBQ ini yang menawarkan hidangan ala Texas dan memang style dia orang serve makanan pun sebiji macam korang makan di sebuah restoran di Texas. Maksud aku, depa hantar makanan yang dipesan agak ambil masa sebab depa masak masa tu juga bila kita order.

Maknanya makanan yang korang makan tu fresh dan segar dari ladang, bila fresh maksudnya korang makan yang terbaiklah kan. Tapi aku ok je depa hantar lambat pun sebab mostly menu yang dia orang buat tu sedap dan kena dengan tekak aku. So semalam sempat p food testing kat Beards Brothers Deli ni. Gigih aku temankan bos untuk buat food testing.

Korang suka ramen tak? Aku dah tentu suka segala macam ramen, maggi atau spaghetti. Aku test dua jenis ramen. Beef Ramen dan Chicken Ramen

Kalau ikut taste aku, beef ramen Beard Brothers ni sedap wehhh..beefnya tender and juicy..aku tak makan daging sebab aku rasa macam tak berapa best je kebanyakan daging yg pernah aku cuba tapi yg beef ramen kat sini memang highly recommend. Sup pun sedap, katanya sup tu dibroth selama 14 jam dan kalau ikut apa yang aku tahu, lagi lama masak lagi sedap..cuma dari aspek zat tu mungkin tak berapa banyaklah sebab dah terlalu lama atas dapur kan tapi beef tu memang ada umphh la korang. presentation pun not bad sebab depa letak dried nori, roasted sesame seed dan spring onion. Ada juga sebelah soft boil egg which is added value laa pada beef ramen depa ni. Confirm tak mengecewakan kalau korang p makan dengan family atau awekss.

Nazri Jameson, owner Beard Brothers BBQ yang menawarkan hidangan style Texas.
Yang belah kanan tu parner dia. Menu yang depa offer ni memang berbaloi untuk dicuba.
Apa kata korang ajak akwan-kawan gi makan sini weekend ni, tak mengecewakan uols!
Dalam kes aku ni, aku suka chicken tapi bila dah makan beef ramen hat depa serve mula-mula ni aku rasa chicken ramen tak berapa best pulak sebab dah tertarik dengan beef ramen. Tapi bagi penggemar chicken pasti sedap la weii.Presentation sama ja dengan beef ramen cuma rasa tentulah ada beza sbb hat tu beef, hat ni chicken. Jadi korang boleh pilih mana yg korang suka.
Beef Ramen Beard Brothers BBQ yang aku kata sedap tu. Cer tengok kuah tu betu-betul korang,
sila bayangkan rasanya yang sedap, kena je bila sampai kat lidah kau dan soft boil egg tu memang bagi nilai
tambah pada menu ini selain smoke beef yang bagi aku, mengembalikan nostalgia macam makan sup daging
yang mak aku masak guna kayu api. Korang telan air liur aku tak bertanggungjawab ek..
Chicken karage yang hadsome je aku nampak, memang rasa pun smart juga. Ibarat kata
kalau ini adalah pak we, memang sesuai untuk disambar. Segak je bila kau kunyah slowly..ada rasa
ayam goreng yang sangat mulia..ehh ayam goreng pun mulia ke?
 Chicken karage ni memang meletopss sebab depa serve panas-panas dan crispy sangat isi ayam yang depa bagi. Disertakan juga dressing dan aku lebih suka cecah dengan cili oil depa yang rangup dan terasa pedasnya tu.
OK ini sandwich BB New York Pastrami dan London Salt Beef . Kedua-duanya aku suka
sebab depa guna sourdough rye bread..roti artisan yang sangat sedap bagi aku.

Lagi satu yang aku try ialah BB New York Pastrami. Ini pun awesome juga sebab depa guna sourdough rye bread yang mana aku memang suka makan sourdough bread. Boleh dikatakan presentation depa ni artisan sangat. Sourdough depa pun dah terlebih artisan bagi aku sebab roti tu memang sedap..tapi kalau korang tak makan sourdough mungkin kat tekak korang roti ni x best. But if u asking me about sandwich ni, pun aku bagi ibu jari sebab sourdough dan beef smoke yang  dihidangkan memang rare. Bersama BB New York Pastrami ni, ada London Salt Beef Sandwich..bezanya sikit ja, beef tu depa slow cooked selama 5 jam sebelum dihiris untuk dimasukkan ke dalam lapisan sandwich.
Guys ini mac n cheese depa yang sedap, petite and yummylicious!
Mac & cheese depa ok je. Kecik comei macaroni yang digunakan, buat aku rasa macam kanak-kanak pula makan mac & cheese cute mute tu hahaha

Ehh korang kena try juga cream coffee kat sini yang rasanya berbeza sangat dengan coffee kat cafe lain. Kopi depa ni satu macam sedap oo..dah la depa serve kopi dalam botol comel, label cantik dan paling kebabom kopi tu sendiri pun sedap rasa sebab depa guna Ireland Cream, brew dalam tempoh yang lama. Jadi aku rasa inilah rahsia kenapa kopi depa ni sedap.
Apa yang special pasal kopi ini ialah Ireland cream yang digunakan
dalam pembuatannya. Ada rasa creamy, milky dan yg penting kau tak akan
rasa masam atau pahit lepas minum kopi ni.
Oklah tak mau cakap lebih-lebih sebab citarasa dan selera korang mungkin tak sama dengan aku, tapi seriously tak mengecewakan kalau korang makan ramen kat sini, dan kopi tu plssss korang kena cuba juga.

Monday, 9 December 2019

Mimpi...

Catatan asal: 2 Mei 2018
Saya bukan jenis manusia yang kerap bermimpi. Kalau bermimpi pun sebab terlalu letih dan mengarut. Saya anggap mimpi itu berlaku apabila kita terlalu menginginkan sesuatu itu berlaku dalam hidup dan apabila perkara berkenaan bermain dalam fikiran, maka ia akan terbawa-bawa ke dalam tidur atau mimpi. Dalam tempoh dua bulan ini, ada tiga mimpi yang mengasak minda saya. Bagaimanapun hanya dua sahaja yang saya dapat ingat dengan jelas. Biar saya perincikan apa yang sedang membuatkan adrenalin saya sentiasa rush dan apakah mimpi yang dialami itu.

Situasi 1:
Sepatutnya awal Mei lalu, saya berlepas ke UK untuk aktiviti back pack travel yang sudah banyak kali saya lakukan. Entah kenapa, setiap kali rakan di sana bertanya bila nak beli tiket, saya bagi jawapan nanti dulu. Seronok tu memang seronok kerana saya pernah bekerja dan menetap di UK selama hampir setahun. Jadi, andaikata saya jadi terbang ke sana, ia seperti satu reunion untuk kami berkumpul (dengan beberapa rakan yang sama kepala dengan saya, mengembara sambil bekerja jika berpeluang). Memang dalam fikiran, saya sudah merancang apa yang saya boleh buat  untuk dapatkan duit. Ok sepatutnya begitulah yang berlaku..berangan tak habis dengan aktiviti yang sepatutnya.

Mimpi yang saya alami:
Saya bawak keta warna putih dan memandu di sebatang jalan yang lurus. Apa jenis keta entah saya pun tak ingat, lagipun dalam mimpi..ingat-ingat lupa. Sedang elok bawa keta tu, tiba-tiba rasa nak patah balik dan saya lihat cermin depan dan cermin sisi, tak de kereta, jalan clear. So saya buat tindakan pantas berpusing 180 darjah disebabkan rasa nak patah balik semula kan. Confirm jalan clear..konon macam jalan selebar-lebarnya itu saya yang punya. Tiba-tiba belum habis corner, kereta saya dilanggar dengan kuat dari belakang dan hancur terbarai, terbakar dan kalau ikut logik dengan saya sekali dah padam.

Ehh tiba-tiba saya rasa saya memandu dengan cool di jalan yang tenang dan bila saya memberhentikan kereta sambil menoleh ke belakang, sebuah kereta warna putih sedang terbakar dengan dahsyatnya dan jasad saya ada di dalam kereta itu. Habis tu saya yang sedang bawa kereta ni, apa kes??? Ya Allah rupa-rupanya roh saya sahaja yang tinggal kini dan saya maut dalam kemalangan.  Ya roh saya yang masih bawa kereta dan tiada sebarang luka. Menangis air mata darah sekalipun, saya tak akan hidup balik sebab jasad saya dah cedera teruk dalam kereta yang sedang terbakar. Saya belum rasa nak mati. Saya belum  bersedia untuk mati sebenarnya.

Sekarang tak ada sesiapa boleh lihat dan nampak saya sebab saya sudah menjadi roh. Sedangkan masih banyak yang saya mahu lakukan. Saya mahu berjumpa si polan untuk beritahu dia saya suka dia sampai akhir hayat, saya sanggup tunggu dia selama-lamanya dan kini saya sudah jadi jenazah pun, bagaimana nak bercakap dengannya? Saya masih belum puas berbual dengan Kak Long. Kakak sulung saya yang sentiasa ambil berat pasal saya yang jarang sangat pulang ke rumah. Saya masih belum puas bermesra dengan anak saudara yang seramai sembilan orang, berusia 7 tahun hingga 19 tahun. Mereka pun masih sentiasa menunggu kepulangan saya ke rumah pusaka emak.

Dalam termangu-mangu memikirkan bagaimanakah untuk saya bercakap dan memeluk mereka, saya terserempak dengan sekumpulan manusia yang dapat melihat kewujudan saya dalam bentuk roh. Saya boleh minta pertolongan mereka untuk kembali menjadi manusia. Namun puas merayu dan menerangkan apa yang saya alami, jawapan mereka ialah 'Tidak Boleh' kerana nyawa saya sudah diambil oleh Pencipta. Saya sudah meninggal dan tidak ada peluang untuk hidup semula kerana kata mereka kematian itu tidak boleh ditangguh kerana kematian itu tepat pada masanya seperti yang dijanjikan oleh Allah. Puas saya menangis memohon supaya saya diberi peluang untuk hidup semula memandangkan hajat saya belum kesampaian untuk berjumpa dia dan orang-orang yang saya sayang.

Kata mereka lagi, tak boleh kerana saya sudah meninggal dunia, memang buatlah apa sekalipun mereka tidak akan dapat melihat saya lagi. Allahhuakbar...ketika itu saya berasa seperti saya sudah sahih akan berlegar-legar sebagai roh yang tidak tahu ke mana hendak dituju kerana sepatutnya saya perlu naik ke dunia akhirat tapi rasa sayang pada kehidupan duniawi masih kuat dan manusiadi dunia pula tidak dapat melihat saya, jadi apakah yang boleh saya lakukan? Tak lain dan tak bukan ialah menunggu giliran untuk dihisab.

Ya..mimpi itu tamat di situ dan apabila saya terjaga, perkara pertama yang saya lakukan ialah meraba tubuh badan sendiri. Ahhh masih utuh. Dan saya masih hidup. Ya Allah, terima kasih kerana masih mahu mengurniakan saya kehidupan yang saya mahu..

Beberapa hari selepas mimpi ini saya alami, saya cancel plan nak back pack travel ke UK. Due to technical problem, baiklah saya tak ambil risiko.


Mimpi kedua:
Saya memang dah lama nak cabut gigi yang dah mula goyang dan reput. Jadi kononnya saya guna jari sendiri untuk cabut gigi. Tiba-tiba gigi atas dengan mudahnya tercabut dan tidak berasa sakit pun..confirm saya cabut sendiri gigi tu..apakah?


Dua mimpi ini benar-benar mengusik minda saya..

Zon selesa...

Dalam tempoh tidak sampai seminggu, saya akan tahu apa nasib saya di tempat kerja ini, nasib duniawi, nasib yang berpaksi pada percaturan manusia, namu saya tahu nasib untung saya sebenarnya sudah ditentukan Pencipta.

Ramai juga yang sedang berkeluh kesah kerana memikirkan adakah nama mereka termasuk dalam senarai yang akan diberhentikan kerja kerana syarikat tidak mampu membayar gaji ramai staff, jadi sebahagiannya akan diberhentikan dengan sedikit token. Dan saya yang masih sangat baru di syarikat ini, tak tahulah bagaimana.

Sebenarnya bukan pasal nasib yang saya hendak bebelkan di entry ini. Saya ingin bercakap kepada diri sendiri mengenai memasuki zon yang berbeza dalam hidup sebenarnya. Saya sudah pernah berada dalam zon selesa, selama hampir 18 tahun menduduki zon berkenaan, datang kerja seperti biasa, hujung bulan gaji masuk. Tapi selepas itu saya berasa bosan dan penat dengan rutin saya, seolah-olah tiada cabaran lantas saya mengambil keputusan berhenti kerja dan memperuntukkan sejumlah masa untuk diri sendiri. Situasi ini berlaku pada penghujung Ogos 2013, empat bulan selepas PRU 13. Ia seolah-olah saya membebaskan diri sediri daripada satu tugas dan beban yang sudah lama saya pikul. Simbolik hidup mungkin. Selepas itu, daripada September hingga Oktober, saya tidur baring di rumah. Kalau Mak ada, saya boleh menyantuninya dengan banyak masa, tapi dia lebih dulu pergi, sejak pertengahan 2011.

Jadilah saya penganggur dengan pilihan sendiri, setiap hari saya berkemas, lap sana dan sini. Masuk bulan November saya bekerja sambilan di studio kraf seorang sahabat, bakar kek jika ada permintaan dan saya buat apa sahaja yang menggembirakan saya. Pada masa sama, saya menjadi sahabat yang mendengar keluhan raman rakan lain juga, meminjamkan telinga dan masa saya untuk mereka yang ingin mengadu rasa.

Sedar tak sedar, saya sudah terbiasa dengan zon yang tidak begitu selesa ini dan kini sekali lagi saya akan memasuki zon yang sama, menghadapi situasi berhenti kerja. Meskipun senarai yang akan diberhentikan belum keluar, saya berjaga-jaga dan berada dalam mood standby!

Thursday, 21 November 2019

Laksa Sarawak...




Kena report duty? Ya lah, report duty kat diri sendiri setelah nak masuk setahun saya tak menulis di sini. Kebelakangan ini kehendak untuk menulis muncul semula dalam diri. Selama ini saya menulis kerana keperluan tugas hakiki sebagai wartawan di sebuah portal online tapi yang ini saya menulis kerana saya ingin menulis apa yang ada dalam minda saya yang sudah bertahun terkumpul.

Cantik sangat able decorationnya..
Dua tiga hari ini teringin pula nak makan laksa Sarawak yang sedap itu. Kali terakhir saya makan Disember tahun lalu di Kuching, semalam teringat-ingat lagi. Tak tahulah sama ada teringat laksa Sarawak atau teringat orang di Sarawak sebenarnya, dua-dua pun ya. Takkan sampai nak beli tiket p Kucing kot kan sebab nak makan semangkuk laksa Sarawak walaupun saya tahu kalau saya ke sana, macam-mana jenis makanan tempatan saya boleh cuba sebab ada orang yang akan bawa saya ke sana  ke sini  utk saya cari makanan yang diidamkan. Belum sampai masa saya nak menggunakan khidmat dia, tunggu lain kali..

Haa penuh kehijauan, bau bunga segar menusuk hidung, saya
rasa macam dah ada betul-betul kat Borneo.
Kebetulan semalam saya dijemput menghadiri media night anjuran Sarawak Tourism di KL Hilton. Berjumpa ramai rakan media di situ, ada yang lama dan ada yang baru. Namun yang paling buat saya teruja ialah dekorasi dewan di KL Hilton yang 100 peratus berubah. Rasa seperti berada di dalam lingkungan kehijauan Borneo sahaja sebab sekeliling dipenuhi kehijauan rimba dan tambah melankolik bila Tony Eusof yang juga MC memulakan acara mengenai kisah Puteri Sejinjang dan Puteri Santubong. Saya fikir koreografernya sangat kreatif kerana berjaya membawa suasana rimba ke dalam sebuah dewan kecil, lengkap dengan bunyi desir bayu dan air sungai.

Laksa Sarawak yang sangat sedap..abaikan quality pic ya sbb lampu lip lap
tak dapat nak ambil proper..
Ada lagi perkara yang saya suka, iaitu laksa Sarawak yang dihidangkan. Dapatlah merasa dan gian nak makan laksa Sarawak pun settle. Kalau u all nak bercuti, Sarawak is among the best place to go because Bumi Kenyalang kaya kisah dan lokasi menarik, even Kuching Waterfront itself pun dah sangat mengujakan bagi saya kerana setiap malam ada lighting show yang sangat unik. Masa saya ke sana dulu, sempat lihat show berkenaan. TQ Abang Long Kawasan yg sanggup buang masa dia bawa saya tercegat di situ sebab nak lihat night view di Kuching Waterfront dan berjalan-jalan di Darul Hana Bridge.

So apa lagi u all, cuti sekolah tak lama lagi kan? Cepat beli tiket flight yer..

Tuesday, 19 February 2019

Daulat Tuanku!

Tuanku mengadakan demo dengan bantuan Chef Alex Vitalis daripada Resort World Genting.
- Gambar ehsan Resort World Genting.
Bukan senang nak bersua dengan tokoh pemimpin tertinggi negara. Bukan menteri, bukan juga YB. Wajah yang satu ini, sudah lama saya minat dan suka melihat penampilannya. Walaupun saya bukan orang Pahang, saya tetap senang dan mahu sentiasa lihat dia jika berpeluang. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar, cantik dan sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki bagi saya. Figura keibuannya terserlah apatah lagi aura sebagai permaisuri yang disayangi seluruh rakyat jelata.
Tuanku mengadakan demo dengan bantuan Chef Alex Vitalis daripada Resort World Genting.
- Gambar ehsan Resort World Genting.
Kami menoleh ke belakang, ada seorang perempuan yang tersenyum-senyum melihat kami terpinga-pinga dan teragak-agak nak bergambar dengan TKP yang kini Raja Permasuri Agong. Kalau tidak silap saya, wanita ini juga adalah salah seorang daripada pengiring Permaisuri.
Dan kami pun berlari mengejarnya untuk bergambar. Mana boleh lepas peluang, mungkin sekali seumur, silap gaya tak berpeluang langsung pun.
“U all buat apa sini?” Ujarnya ketika kami approach nak bergambar dengan Tuanku.
“Kami kerja sambil cari pengalaman.”
“Oo rajinnya. Bagus..”
Dan kami pun zapp zipp zupp.
“Terima kasih Tuanku.”
Semua menu sedappppp! Saya try semua air tangan Tuanku Permaisuri. Paling sedap spaghetti asam pedas.

Sekitar September 2014, saya dan Amirul berjalan-jalan di Southbank ketika itu. Kami ke Southbank untuk cari makanan Melayu kerana ketika itu ada Malaysian Week dan pelbagai jenis masakan dan makanan Melayu ada di jual. Selepas hari gelap, kami bercadang nak balik dan berjalan kaki menuju ke stesen keretapi terdekat. Tiba-tiba Amirul bagitahu saya dia nak kejar TKP (Tengku Puan Pahang). 
Saya pun meluaskan pandangan, tak nampak pun TKP. Rupa-rupanya TKP sedang berjalan bersama-sama ahli keluarga dan beberapa pengiringnya beberapa langkah di hadapan kami. Suasana gelap malam menyebabkan saya tak perasan dia ada di depan kami.
“Nak ke dia bergambar dengan kita ni Mirul?”
“A ah ek, alamak segan la Ksha.”
Sambil kami berkira-kira, ada satu suara lain di belakang kami berkata:
“Go and chase her laa. TKP’s ok.”

Ya, walaupun sekejap macam kilat, pantas dan berdesup, sampai ke hari ini saya ingat momen itu.
Dan sekitar Oktober tahun lepas, saya berpeluang berkunjung ke Penjara Bentong atas jemputan Resort World Genting. Tuanku Permaisuri hadir membuat demontrasi memasak menggunakan paste asam pedas hasil air tangannya sendiri, dengan kerjasama chef Alex daripada RWG. Tuanku menyediakan lebih 5 menu dan saya sendiri dapat merasa menu berkenaan.
Semuanya sedap, terutama spaghetti asam pedas yang menggunakan pes asam pedas hasil air tangan Tuanku sendiri. Ibarat kata ular menyusur akar tak akan hilang bisanya, saya dikhabarkan Tuanku Permasiuri ini hebat dan handal memasak. Saya kena cari buku masakan yang dihasilkan Tuanku Permaisuri, Air Tangan Tengku Puan Pahang - Masakan Tradisional Pahang sebab pes resipi asam pedasnya teringat-ingat!




Wednesday, 6 June 2018

Sephora Miniature Palette Donut Shades Collection

Andai ditanya pasal mekap atau kosmetik jenama apa yang saya pakai? 
Jawapannya ialah saya pakai semua brand yang sesuai dengan kulit wajah dan yang bersifat mampu milik serta sepadan dengan kocek saya. 

Contohnya? 
Olay, Follow Me, Loreal, Safi Rania, Neutrogina dan beberapa lagi yang ada jual di Watson. Sebenarnya saya tak kisah dengan jenama, asalkan saya suka dan tak bagi kesan negatif pada kulit, itu dah ok pada saya.

Habis tu dalam handbag ada nampak Chanel, Christian Dior, Estee Lauder, Lancome bagai?
Oohh itu saya tak beli, saya diberi untuk dicuba dan tulis serba sedikit apa tindakbalasnya pada muka saya. Saya fikir banyak kali bila nak beli kosmetik mahal ni Cik Kak, sebab saya bukan berwang. Tapi kalau ada duit, pasti saya beli terutama minyak wangi dan eyeshadow sebab saya memang suka dengan dua item ini.

Tipulah kalau tak pernah beli alat solek?
Ehh ada, bukan saya nak tipu. Ya dulu-dulu masa saya bekerja ada juga saya beli jenama mekap yang saya suka, tapi bukan beli tenyeh kad atau cucuk duit. Biasanya saya akan buat tabung dululah dan pastikan kualitinya. Saya pernah guna eyeshadow sampai 4 tahun, baru habis. 

Lamanya?
Ya, sebab barang baik dan kualiti bagus. So teksturnya tak cepat poros, tidak berdebu dalam casing dan warna blend betul dengan kulit.

Biasanya warna apa yang selalu ada dalam simpanan?
Saya gila betul dengan eyeshadow warna hijau dan biru, pastel atau earth colour. Lipstick pun kaler ala-ala rona tanah. Eyeliner pun saya guna yang warna coklat. Tapi ada juga yang warna hitam solid.

Kali ini saya diberi beberapa produk daripada Sephora dan Duck. Sukalah, apa lagi. Pagi-pagi sampai kat meja saya dah plan nak try eyeshadow baru daripada Sephora iaitu Miniature Palette: DONUT collection namanya dengan finishing matte, shimmer and glitter. Semuanya rona lembut dan bernatar tanah. Saya kira kalau orang berkulit putih, sesuai sangat nak tenyeh kat mata depa neh. Tapi kulit saya pun tak putih mana. Tak pe lah, try tenyeh dulu. Lagipun ada enam pilihan palette warna yang semuanya lembut dan manja je warnanya. Jangan ingat orang je boleh manja, eyeshadow pun boleh manja dan lembut juga. Maksud saya kesannya bila diapply pada kelopak mata. 

Miniatute Palette: DONUT Shades Collection.
Ada rona cream, candy, almond, honey, chesnut dan cassis. Bila dah apply kat kelopak mata, eehh ok juga warnanya sebab senang blend dengan kulit so tak nampak bercapuk kat atas kelopak mata. Saya guna berus supaya teksurnya betul-betul sebati dengan kulit lembut pada bahagian mata. Kulit bahagian ini memang mudah meresap pigmen warna eyeshadow. Untuk pastikan ia lebih kekal lama, saya guna base sebelum apply eyeshadow ini. Memang warnanya jenis lembut dan senang diserasikan dengan kulit. Yang saya suka mengenai palette Donut daripada Sephora ini ialah sebab ia tidak berdebu dan tidak berminyak. Kadang-kadang ada eye shadow yang bersifat melekit atau oily base. Sebenarnya saya suka sebab warnanya memikat dan lembut. Pakai mekap pun sama macam pakai baju. Bagilah warna apa pun, kalau kita yakin, rasa cool je kan. Walaupun pakai baju merah tapi mekap atas mata warna hijau mak kau..YAKIN! 



Maskara, lipgloss dan eyeliner. O ya kalau nak nampak natural,
elok guna eyeliner warna coklat. Bagi satya, kalau eyeliner
warna hitam, mata nampak galak dan garang.

Lipgloss, pun satu hal juga. Kadang-kadang yang sampai ke tangan saya adalah lipgloss yang bergloss-gloss sangat. Berminyak rasanya, macam bibir dicelup minyak. Macam mana tu? Bila minum air, melekit-lekit lipgloss pada birai cawan atau gelas. Oh no!

Tapi yang tengah ini, DUCK lipgloss..hmm selesa sangat sebab tak perasan pun pakai lipgloss ini, bibir tak kering. Ada shining sikit tapi natural. Biasanya saya akan jadikan liploss ini base sebelum apply lipstick. Tak sememeh dan selesa. Mungkin pada bibir anda, ia tidak bagus, tapi pada kulit saya, it work!


Berdasarkan pengalaman saya, kalau nak beli kosmetik saya akan pastikan ia adalah water base, tidak berminyak, senang dibersihkan. Try sikit pada kelopak mata, kalau rasa macam cool, itu tanda anda kena dapatkan palette itu. So koleksi DONUT ini ada kat Sephora. P cari cepat, benda miniature kecik comei gini biasanya cepat habis uolss!

Penjagaan usus penting untuk tingkat imunisasi kanak-kanak

Usus adalah antara organ terpenting dalam badan manusia baik terhadap individu dewasa atau kanak-kanak kerana apabila memiliki usus yang sih...