Sabtu lalu aku berfoya-foya di SACC...ada ekspo perkahwinan yang sangat va va voom...apa taknya...semua wedding gown yang dipamerkan sangat cantik dan memukau...itu pasal aku malas nak pergi event macam ni tapi sebab wajib pergi...terbuntang mata menengoknya...(wedding exhibition ini berlangsung sehingga 30 Feb)
Nice kan gown coklat cair daripada chiffon lembut dengan perincian jemeki dan manik swarosvki itu. Bila model melangkah, fullamak kalau aku pun dah terbeliak, apa lagi kalau jantan2 yang tengok...model cantik dan gown pun cantik...macam purrfect gilos! Ok mak berangan jap, kalau mak yang design baju tu..mak nak buat kaler lilac dengan kombinasi pastel...hehe boleh taruk harga kaw kaw punya..kaya beb jadi designer la ni..dulu kalau baju pengantin paling menggigit pun RM150 je upah walhal sikit punya payah nak jahit sebab songket asli kan..kena lining segala bagai...zaman berubah, sikalang lagi payah lagi lumayan ooo...so siapa yang ada anak dara tu...siap la esok2 nak kahwin, kalau tak dak RM100K...sila menitis air mata..hikhikhik!
Tengok parade macam ni lagilah rasa teringin nak jadi fashion designer...copp bukan teringin nak kahwin eh, teringin nak jadi fashion designer dan menyesal sebab dulu-dulu masa kecik tak mahu belajar menjahit dengan arwah mak..uhhh menyesal la sangat...bila mak minta tolong jahit butang pun aku dah bagi sejuta alasan. Balik2 mak cakap duduk diam2 nanti mak jahit mulut dengan jarum, dah tak boleh makan..
Haaa ini dia, aku nampak senget lah bahu brader2 foto ni dok shoot objek lawa-lawa kat depan...memang marvellous habis...ntah harga kamera depa ni nak sama rege dengan baju pengantin yang dipamerkan...
Ini pun aku suka..macam fairy tale gitu..warna biru nila cair dan fabrik digunakan adalah chiffon dan renda..kemain lagi cik kak ni bergaya, tapi dah dia lawa...memang sakan dia jalan kucing kat stage tu...
Model Erina Salim dengan gaun kembang berbunga periwinkle putih, sweet sangat dan memang berupaya buat sapa-sapa yang feeling nak jadi pengantin tu, terbayang2 gown ini...
Percaya atau tidak, pakej perkahwinan sekarang paling cikai pun RM50k...itu kira pakej paling murah..cer kalu nak buat gerbang bagai, dengan fresh flower ala-ala anak tauke kedai bunga...maunya sampai 150k. tak campur rsvp sana sini, bunga telur, lauk dan etc..isk..kesian la kalau kahwin zaman kini. Tak kahwin, tak bleh juga, nak kahwin, aci menangis air mata darah pun, tak juga murah..tsk!
Laluan hidup kita tidak sama dan plan DIA untuk kita juga berbeza. Email shaidahshafie@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aidiladha beberapa tahun ini..
Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku beraya di Brockley. ...
-
Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang, mungkin aku jadi tukang masak walaupun aku tak pandai masak selalu kalau masak, KA dulu pernah k...
-
Rumah arwah mak kat kampung adalah rumah papan daripada kayu cengal yang dicelup minyak dan makin lama kayu itu makin gelap warnanya. Arwah...
salam LW
ReplyDeletemasih belum terlambat nak jadi fashion designer hehehe
kekadang apabila melihat perkahwinan pada zaman ini yang menelan belanja sampai 50k hingga 100k membuatkan bapak berfikir , "sampingan" yang diutamakan sedangkan "pengisian" terhadap hikmah perkahwinan itu diketepikan, itu yang sering berlaku apabila majlis bagai nak rak, akhirnya jalan penceraian juga menjadi penamat.
itu sekadar pendapat bapak kerana perkahwinan dulu2 yang hanya belanja tiga empat ribu pun kekal bahagia hingga akhir hayat berbanding sekarang
alamak...! 2nd...
ReplyDeleteWaalaikumsalam Bapak,
ReplyDeleteItulah perkara pertama terlintas dalam fikiran saya tatkala melihat persalinan yang begitu indah, siap dengan pelaminnya sekali. Bukan mendoakan yang tidak baik tapi sudah acap kali perkara ini berlaku. Perkahwinan yang begitu grand itu panasnya tak sampai ke petang, bila tengah hari ada hujan berserta ribut badai, putuslah akad yang baru dibina. Mungkin juga perkahwinan sekarang lebih kepada ingin dipertontonan kepada khalayak berbanding menjalani kehidupan dengan memanfaatkan sebaiknya hubungan yang halal itu...sedih memikirkan pasangan sama cantik sama padan boleh bercerai berai.
SM,
aku 3rd! Ahahaha...
LWindsor
Assalamualaikum LW,
ReplyDeleteAlhamdullilah...pengisian, objectives dan hala tuju perkahwinan agar mendapat keredhaan Allah, dikurniakan zuriat yang soleh solehah itu yang perlu ditekan ingat rather than the price of the wedding event itself. Mengingatkan diri yang ada 4 orang anak ini...
WoW cantiknya!! mcm cinderella XD
ReplyDeleteAde jodoh ade la,rezeki ada! :D
Hehe
Nk jadi fashion designer? Jadi fashion designer Muslimah :D
Waalaikumsalam Mieza,
ReplyDeleteBerbahagialah Puan dalam lingkungan dan persekitaran perkahwinan yang diberkati Allah. Yang penting itu adalah akad yang sah serta menjalani kehidupan berkahwin dengan penuh tanggungjawab, tapi trend terkini memperlihatkan fesyen megambil alih acara yang sepatutnya dilakukan dengan penuh kesederhanaan...ia digembar gemburkan dengan yg sunat lebih gah mengatasi yang wajib.
pergh.....lawa2 baju dan model2 tu
ReplyDeletebertambah pergh!!! lagi tuk harga2 baju tu
jahanam...mmg boleh menitiskan air mata kalo harga mcm ni
wahhhh rm50k????adesssss....
ReplyDeleteTP, bukan setakat menitiskan air mata..peluh pun tak mau keluar la memikirkan sehelai gown pun dah cecah 10k...untung tau kawin dedulu...RM5k dah settle semua Dan kahwin berkekalan..so Lu kena sedia kepala agung tebal2 la bro kalu nak meminang anak orang....
ReplyDeleteMr Clive, yerp..yak caya ker? Ke nak pakej yang up sket harganya?
ReplyDeletePetite liselle,
Yeszaa...dear u mesti kawin..merasa pengalaman sekali seumur hidup..
kalau anak aku nak kahwin esok, aku tak izinkan dia pakai macam ni. eh!!!
ReplyDeletei nak kahwin buat yang wajib jer..
ReplyDeletetak nak membazir yang bukan2..
tu pun kalau i kahwin lagi sekali laaa
laaa apsal tak cakap u ada kat shah alam??? kalau tak, i jumpa u kat situ je...
SM,
ReplyDeleteElehh sekarang berani cakap laa..esok2 kalau anak cakap nak pakai baju yg lagu tu juga...Ada ko berani bantah? Hahahah cabaran jadi ibu bapa hebat ooo sikalang!
NP,
Erkk ya kah boleh jumpa I kat situ? Alahai ruginya kalau tak boleh kita feeling2 pilih pelamin ke hapa...kan! Hikhikhik...
kak lw, cantiklah gown yang coklat cair tu..hehehehe..
ReplyDeletemahalnya nak kahwin skrg..hoho
bukan saja LW tak terlambat nak jadi fashion designer, nak pakai baju cam tu pun leh jerr..still can
ReplyDeleteitu sebab saya tak nak kahwin... stress memikirkan bajet kahwin.. hahaha.
ReplyDeletepapepom, nice dress tu.. hehehe
heeeeeeeeeeeee...
ReplyDeletetak ajak noooooo
ReplyDeletebaju tu seksi sangat. kalau dah dosa tu, tetap dosa la jugak. aku takkan bantah kalau anak aku akan cakap "takpe bah, nanti kat akhirat saya gantikan abah masuk neraka. janji saya dapat pakai baju cantik tu." agak2 boleh tak?
ReplyDelete-SM
Salah 1 sbb sy tak suke psl majlis kawen2 nie - belanje bsr. Dan sy tak suke gak gaun2 berenda2 mcm tu. Ms kawen tu pun sbb nak ckpkan syarat je. Klu ikutkan, kawen pki jeans n kasut converse pun cara gak kan? Hahahahah! Ok. Statement org gile!
ReplyDeleteTeenager Housemaid,
ReplyDeleteYerp sangat cantik..masa akak tengok tu rasa macam sweet sangat warna tu...pastel colour...suka!
All Along the Way,
Hehehe nak jadi fashion designer tu rasa macam ok lagi tapi kalau kahwin pakai baju macam tu..owhh tidak...nanti nampak macam berangan..busana yang cantik hanya untuk mereka yang cantik saja manakala i yang terlebih cantik ni kena pakai baju songket je lah kot...ngee i verangan!
Reenapple,
Jangan stress lah sayang...esok bila tiba jodoh kamu, dok terpacak je lah atas pelaming tu...hikhikhik!
Bidadari Syurga,
ReplyDeleteSorry tak sempat nak anak...i pun stress memikirkan kerja melihat baju pengantin dan menjamu mata akan bariani serta hidangan pengantin...menyelerakan sehhh!
SM,
Baguslah kalau ko berpendapat sedemikian. Aku takut lagi 2o tahun akan datang orang kahwin dengan pakai kain net jer..ko jangan tegezut kat US dah ada pasangan kahwin bogel, hanya tutup seciput kat situ jer, tak bertamadun langsung depa ni...org zaman batu pun tahu tutup kemaluan guna daun...
Mommyfara@Pok Amai Amai
Wahh ruggednya kalu boleh kawen pakai jeans and converse...cayalah! Orang sekarang bertunang pun dah gaya kawin pemakaiannya..fuhh!
:) memang cantik..
ReplyDeleteglamour gitu kalau pakai baju kawin macam ni :)
harganya tentu cukup 'glamour' gak kan hehehe..
seru nk kwin blm sampai lg :D
ReplyDeleteNong Andy
ReplyDeleteya sangat...harganya glamor gilos...aku telan ayo liyo je lah...tak boleh kahwin kalau macam ni rega..
Abang Stalker
Ala u muda lagi..jangan risau..ntah2 ramai nak sponsor u..hehe
kita pun sedang menuju ke arah tu. majlis pernikahan, berpakaian tapi berbogel.
ReplyDeletebila nak jumpa 30 Feb tu sis..? hihi!
ReplyDelete*i syorkan u book hotel seri pelangi, jiran seri costa. > murah tau! :-)
SM,
ReplyDeleteko menikah apa plak..berpakaian tapi bogel?
Blog Tip Kurus
okeh nanti kita tukar plan ke sri pelangi...hihi