pagi Ahad, 21 Ramadhan 1432 hijrah bersamaan 21 ogos 2011
hari ke 21 kita menyalami ramadhan
aku tiba di tempat kerja awal
jam 9.45 pagi..
tit! tit!..getaran telefon di atas meja aku jeling sekilas lalu
ada nombor yang tidak dikenali..
“...penulis Tuk Ya meninggal....belasungkawa mana?”
aku tarik nafas sekali sambil membaca al-fatihah sebagai hadiah kilat kepada beliau
telefon diletakkan kembali di tepi tetikus dan aku sambung tugas menatap skrin kaca..
detik beralih dan aku alpa untuk menukilkan seberkas kenangan kepada beliau yang pernah beberapa kali aku temui di Rumah Pena...
sehinggalah matahari beralah dan bulan mengambil tempat
aku terlepas pandang dan ingatan terhadap beliau menjadi kabur
sebentar tadi..
ada satu lagi mesej ringkas diterima
“...aku kehilangan...”
dan aku kembali menyelia mesej ringkas yang aku terima awal pagi semalam
masih ada dan tidak diforward kepada sesiapa pun..
sekali lagi...
sendu!
belasungkawa untuk allahyarham Azizi Hj Abdullah yang aku tekuni ilham fikirnya pada seorang tua...tanpa jemu, tanpa keluh...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Obesiti
OBES? Takut gila wehh aku dengar perkataan obes ni. Aku tau aku dah masuk tahap obes tapi still bernasib baik sebab ada kesedaran walaupun t...
-
Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang, mungkin aku jadi tukang masak walaupun aku tak pandai masak selalu kalau masak, KA dulu pernah k...
-
I know (purposely), the title of the entry is obviously well enough to capture your eyes. Want to share this story with you all, it was happ...
.
ReplyDeletei tak kenal dia..ya ya i tahu i bukan peminat sastera..
ReplyDeleteal-Fatihah...
ReplyDeleteNP: tak pe..i pun kenal gitu2 je..tapi dia pengarang tersohor..mencorak pemikiran pelajar sastera suatu masa dulu...
ReplyDeleteSM:..aku hargainya..
LW: aku teringat gurauan dia Anak Belantara mungkin karya terakhirnya... sejak sekian lama, aku sangat meminati pemikirannya, walau bukan seratus peratus aku setuju. tapi dia memang seorang yang berpendirian.
ReplyDeleteSangeetha antara yg aku ingat..aku patut malu padanya kerana dia pernah add aku di FB..walaupun sekali dua saja bersua ketika hayatnya..
ReplyDeleteSangeetha, ya... Allahyarham sering manjadikan dilema kesepian dan keterasingan dalam frasa senja sebagai subjek utama. Kau masih ingat drama adaptasi daripada karyanya Tulang Ikan Pekasam? Drama yang sentiasa mengingatkan aku akan jagaan nenek aku ketika aku sekolah dulu. Dia punyai caranya yang tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang, sampai sekarang...
ReplyDeletetulang ikan pekasam...ingatan aku x begitu bagus mengenai kisah ini..tapi banyak ilham dia mengenai sisi manusia yang bersendiri dengan garapan yang sangat menyentuh pemikiran..itu kelebihan dia..
ReplyDelete