Thursday 25 August 2011

tazkirah diri

Hari Jumaat...sering mengingatkan aku kepada kematian...rasanya semua yang beragama islam menyedari keadaan ini kerana hari kiamat kita dikatakan jatuh pada Jumaat, penghulu segala hari, tapi kita tidak tahu bila...mudah-mudahan kita sentiasa dalam peliharaan Allah walau di mana saja berada...

Bermula isnin depan aku terpaksa meninggalkan kediaman aku selama beberapa malam kerana memenuhi tuntutan saudara kandung aku..terpaksa! Kalau tidak kerana tuntutan aidilfitri aku tidak akan meninggalkan kediaman aku yang sunyi ini...kerana aku sayang dan sayang kepada rumah ini..kediaman yang mendamaikan bagi aku walaupun ia mungkin menakutkan bagi orang lain kerana suasana perumahan di sini sangat sunyi..sunyi yang kelinglongan...

Ok, aku sentiasa teringat kepada quotation ini, yang pernah aku baca di FB Ustaz Khusyri Amiza tidak berapa lama dulu..
Begini antara yang aku masih ingat:
"...sesuatu yang diminta atau didoakan itu berlaku bukan sebab doa kita dimakbulkan, tetapi ia berlaku sebab Allah mahu ia berlaku dalam kehidupan kita..."

Makanya apabila sesuatu yang tidak elok itu berlaku kepada seseorang yang tidak sehaluan dengan kita atau apa saja yang bertentangan dengan kita, janganlah menganggap itu adalah balasan daripada perbuatan tidak baik mereka sebaliknya ia berlaku dengan kehendak Allah...

Begitu juga kalau berlaku sesuatu pada aku..aku yakin ia adalah jalanan hidup yang sudah ditulis oleh Allah di loh mahfuz dalam kehidupan aku...

Justeru, sewajarnya kita berprasangka baik sesama insan. Jika ada secebis rasa dengki atau iri di dalam hati mereka, itu adalah urusan mereka dan Pencipta..

Nota: n3 ini sepatutnya dikeluarkan pada hari Jumaat, tapi masa sudah suntuk dan aku tidak dapat menahan diri untuk menampalnya di sini...

10 comments:

  1. entri ni boleh sahaja ditampal pada bila-bila masa kerana ketentuan tuhan bukan tangan kita yang memegang jadualnya, kita tak tahu bila...

    ReplyDelete
  2. ya..terima kasih kerana faham...

    ReplyDelete
  3. dah nama pun buddy...

    ReplyDelete
  4. ..buat aku lagi rasa bersyukur kepada TUHAN...

    ReplyDelete
  5. salam,
    ye betul juga tu..ape yg terjadi bukan disebabkan doa dimakbulkan semata tp kerana tuhan mahu ia terjadi.. tq

    ReplyDelete
  6. kita selalu ingat Tuhan makbulkan doa kita, hakikatnya memang sudah ada dalam perancangan DIA...

    ReplyDelete
  7. kita hanya mampu berdoa, tapi semua tu adalah hak DIA untuk bagi atau tak...

    tapi kita kena usaha jugak...

    tapi ada jugak yang hukum karma walaupun kita tak mendoakan apa2 pun....

    ReplyDelete
  8. NP: ada..ya usaha dan ikhtiar memang perlu...walaupun kita tahu semua dalam tangan DIA...hukum karma, DIA lebih mengetahui...

    ReplyDelete
  9. hukum karma macam dalam drama tv? watak jahat selalu: mati kena langgar kereta, jatuh tangga lepas tu mulut berdarah dan mati, tekanan perasaan sampai jadi gila, kena tangkap polis sebab bunuh orang...

    ReplyDelete
  10. SM: rasanya hukum karma ni boleh datang dalam pelbagai bentuk...kalau tak kena pada diri sendiri, mungkin terkena pada org yg kita kenal ke..

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...