Wednesday 24 August 2011

fragmen B (1)

(dedicated to Zain in casa del mar..langkawi)

SAUJANA mata memandang..hijau bertemu biru..di tengah-tengahnya pasak bumi menunjang kukuh akarnya di dalam tanah...aahh...hati gundah tak boleh senang walau hanya melihat lukisan alam ini...yang pastinya, dia mesti pergi ke situ..mencari sesuatu..mencari pelengkap rusuk kiri yang akan menyempurnakan kejadiannya sebagai hamba di bumi Tuhan...tapi bagaimana?
Ingin mengambil anak orang...takkan mahu dibawa lari..cehhh ini bukan zaman dulu..kupujuk-pujuk ku bawa lari!

Zaman kini adalah zaman teknologi moden, zaman hujung jari. Sekelip mata mesej sampai dan rahsia hati pun terzahir.. tak mudah juga untuk dia meluahkan apa yang berbuku...sejak dua tiga bulan lalu. Ya, yakin...sejak dua tiga bulan lalu...
"Zain..thanks for the info. Nanti saya beritahu mak...kena jagakan...customer is always right..macam raja...haha," dia mengucap sopan pada lelaki itu.
"Alah biasa je..sebab saya suka makan di sini, tu yang saya beritahu awak...," balasnya lagi.
"Eh tak pe..memang kita nak tahu komen pelanggan..."
"Ada satu komen lagi...nak tahu tak?"
"Apa dia?"
"Dua tiga hari ni..saya makan gulai masin...ada orang nak kahwin ke?"

Adoilaa...kenapalah aku ada di hadapan dia sekarang..kalau ada gulai ikan masin tu nak saja aku tuang atas rambutnya yang bertocang macam ekor kuda tua...
"Err...dah memang gulai ikan masin...masin la jadinya..."
"..tapi ini masin lain...bukan masing gulai ikan masin rasanya...."
"Hmm...."
"Marah?"
"Tak...anyway...thank you so much! Sila datang lagi..."
"Ok! Ok! Im sorry..."
Its ok..no harm.” Dia lihat wajah yang disukainya itu poyo saja.,tanpa reaksi. Marah atau suka? Berbaur-baur agaknya. Mungkin marah kerana gulai ikan masinnya dikatakan masin. Atau suka? Motif? Ahhhh....serabut. Dia bingkas bangun dan meninggalkan not RM10 di atas meja. Harapnya sebelum angkat punggung dia boleh lihat lagi wajah yang ada tahi lalat comel di hujung hidung. Tapi...hampa kot..

11 comments:

  1. apa tajuk sebenar kedua-dua e-novel kau ni?

    ReplyDelete
  2. belum ada tajuk...aku selalunya fikir tajuk selepas siap...

    ReplyDelete
  3. maknanya, berapa percent lagi nak siap?

    ReplyDelete
  4. banyak..baru 100 pg, perlu sekurang2nya lagi 300 page...

    ReplyDelete
  5. dah siap kasi satu copy kat i..
    i suka kalau dapat memegang buku novel dan tak berapa gemar baca melalui e-novel...

    ReplyDelete
  6. insyaAllah..lambat lagi rasanya...

    ReplyDelete
  7. mwahahaha, korang ni kan...semangat atas sokongan..appreciate that darling!

    ReplyDelete
  8. dah dapat ke cara cara nak ending?

    ReplyDelete
  9. Belum..suku pun belum cecah tu...

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...