Friday 19 August 2011

andai ini ramadhan terakhir...

Adakah ini Ramadhan yang terakhir?

Soalan ini perlu selalu menerjah di ruang fikir kita, kerana kematian akan menjadikan kita Muslim yang sentiasa berhati-hati dalam segala tingkah dan amal, selalu mengingatkan kita dengan Akhirat, selalu memacu hati supaya memilih di antara dua destinasi, syurga atau neraka. Seperti sabda Rasulullah s.a.w :

"Orang yang bijak adalah orang yang memuhasabah diri sendiri dan beramal untuk sesudah kematian dan orang yang lemah adalah orang yang menuruti hawa nafsunya kemudian berangan-angan (mengharap rahmat) pada Allah." (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Soalan ini akan memacu kita ke arah ketaatan, kemurahan rezeki, mengelakkan kehinaan dan laknat, menetapkan hati dalam istiqamah. Ayat ini akan menerbitkan rasa kita "melihat" dan "dilihat" oleh Allah. Malah sentiasa memberi peluang supaya kita menghargai setiap derap langkah, jerih nafas dan detak jantung untuk bertaubat, kembali dan menyesal atas segala dosa yang kita lakukan. (untuk bacaan penuh mengenai entri ini, sila klik http://amizakhusyri.blogspot.com/)

tanggal 19 Ogos bersamaan 19 ramadhan 1432 hijrah..alangkah sedihnya andai ini adalah ramadhan terakhir aku di muka bumi ini...jika benar, aku mohon kepadaMU, putuskan seurat nyawa aku ketika aku dalam keadaan berwudhu dan terpelihara dari sebarang kejahatan..dan andai ini adalah ramadhan aku yang kesekian kali, aku mohon kepadaMU perbaiki segala khilaf dan perbetulkan segala gerak geri aku supaya menjadi insan yang lebih baik dalam segala sudut di kemudian hari, terutama ketakwaanku kepadaMU...

* Salam maa...saya sudah menghantar hadiah untuk maa, abah dan nenek pagi tadi ketika memandu..semoga ia sampai ke pangkuan maa, abah dan nenek...al-fatihah!.
* Aku suka jenguk blog sdr amiza ini untuk mengambil selembar keinsafan, menyelesaikan kekusutan dan melihat ke dalam diri betapa aku ini terlalu banyak melupakan kurniaan Allah ke dalam hidup aku yang sejengkal cuma daripada sakarataul maut..mungkin esok, mungkin lusa..Allah boleh saja menyentap sejalur nyawa kerdil ini tanpa memberi amaran kepada aku..dan aku wajar beringat sentiasa...semoga apa yg aku lakukan hari ini mendatangkan manfaat untuk sesiapa saja yang menginginkannya...terima kasih Allah..

6 comments:

  1. persoalan yang sama aku fikir tiap kali aku melangkah keluar rumah sehari-hari...

    ReplyDelete
  2. Semoga kita sentiasa dlm peliharaan Allah...walau di mana saja kita berada..

    ReplyDelete
  3. Mcm entry sy yg sebelum nie....tertanya-tanya. Bukan hanya pk umur tak kesampaian tp....apakah bumi ini masih mampu bertahan?

    ReplyDelete
  4. MF, bumi kita pun dah tersangat tua, ibarat kata...bongkok sabut...andai boleh dilihat, orang tua ini kepalanya sudah amat dekat dgn bumi kerana bongkoknya itu..ngeri..itu yg I sentiasa doa, kalau Allah nak ambil nyawa, biar dalam keadaan beriman...

    ReplyDelete
  5. siapa nak beli insurans? mai sini, kawan aku agen insurans...!

    ReplyDelete
  6. pe hal oii..tetiba insuran plak..seb baik aku x caya pada insuran...ahahaha..

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...