Aku selamanya berasa bertuah dan beruntung menjadi manusia yang sentiasa dalam perhatian Allah, menjadi manusia yang sentiasa ada tempat mengadu hal tanpa mengira waktu walau dalam sesukar mana sekalipun situasi aku...menjadi manusia yang sentiasa boleh bercakap terus denganNYA walau dalam keadaan tenat atau sengsara sekalipun kerana DIA mengetahui segala apa yang terlintas di dalam minda walau lebih kecil dari seekor kuman yang dibelah sejuta!
Dan aku kutip pernyataan ini dari blog seorang hamba Allah yg entrynya sentiasa menyulurkan rasa insaf aku...untuk dikongsi dengan sapa-sapa saja yang sudi menjenguk ke sini...
Selagi mana kita melakukan dosa, dan selagi itu ada balasan dan ujian dari-Nya, maka itu tandanya kita berada dalam kasih sayang-Nya. Selagi mana kita melakukan dosa, selagi itu hidup terasa semakin senang dan lapang, maka berwaspadalah dan timbulkan bimbang dalam hati, kerana barangkali kita sedang berada dalam kehinaan, dan jauh dari kasih sayang-Nya, supaya lekas-lekas kembali menjadi hamba yang mengingati-Nya.
Note: Oleh sebab masa semakin suntuk, peringatan ini adalah untuk diri aku sendiri dan sapa-sapa saja yang sudi merenungnya!
Laluan hidup kita tidak sama dan plan DIA untuk kita juga berbeza. Email shaidahshafie@gmail.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aidiladha beberapa tahun ini..
Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku beraya di Brockley. ...
-
Kalau aku tak jadi kuli macam sekarang, mungkin aku jadi tukang masak walaupun aku tak pandai masak selalu kalau masak, KA dulu pernah k...
-
Rumah arwah mak kat kampung adalah rumah papan daripada kayu cengal yang dicelup minyak dan makin lama kayu itu makin gelap warnanya. Arwah...
manusia mana yang tidak melakukan dosa?
ReplyDeleteMasa kita semua sbrnya semakin suntuk. Entah esok lusa ada atau tidak? Bukan hanya yg tidak sihat, yg sihat juga bakal berterbangan bagai bunga lalang ditiup angin....
ReplyDeleteThx for sharing..
=D
NP: ..ya..sebab kita bukan org yang maksum...thank God sebab bagi kita peluang bertegur sapa, dan kenal di sini kan..
ReplyDeleteMF: ya..memang sangat suntuk dah,..sebenarnya tak semestinya yg tua akan pergi dulu kan...anyway bagai bunga lalang ditiup angin itu remind me to one of the m nasir punya lirik lagu...syahdu lagu tau..
...semakin suntuk, mungkin untuk aku jugak.
ReplyDeleteSM:..bila tiba hari Jumaat saja..aku sentiasa rasa suntuk..ko tau kan kenapa...malah sentiasa rasa masa semakin dekat...
ReplyDeleteaku pulak tiap-tiap hari, sebab tiap pagi dan petang `dia' akan datang meluru ke arah aku...
ReplyDeleteitu tanda Tuhan sayang kita, sebab sentiasa ingatkan kita mengenai alam misterinya...perghh tetiba aku rasa macam ustazah plak...kih!kih!kih!
ReplyDeleteaku tiba-tiba rasa seram sejuk...
ReplyDeleteko pasang aircon ke seram sejuk tu?...(aku buat tatau..kalu ko takut..haku lagi penakut..)
ReplyDeleteaku kerja dalam peti sejuk gergasi... empat lapis baju bundle aku ni tak mampu memerangkap yang badan aku keluarkan.
ReplyDeletewahh besarnya peti sejuk..patut le ko keseraman...
ReplyDelete