Thursday 18 August 2011

buka puasa @ heritage

Pisang stim dengan gula merah dan kelapa parut..sedap dan enak..kali terakhir makan lima tahun lepas dan sekejap tadi..
arwah mak aku selalu berkata, rezeki yang sedikit, jika dimakan bersama-sama...akan terasa keenakannya dan terasa banyak. katanya juga, rezeki yang banyakpun, jika tidak dikongsi, terasa sedikit dan tidak puas untuk dimakan..thanks to stephen and hani & ayu too for sending me back to the office.
alhamdulillah, buka puasa di food heritage@bangsar amat mengesankan, kerana ada menu sira pisang dengan kelapa parut dan lempeng kelapa dengan gula merah. dua menu yg arwah mak aku suka sangat buat semasa hayatnya. dua menu ini juga adalah hidangan yang sentiasa ada di meja kayu kami di dapur kecil dan suram tapi kami menikmatinya dengan tenang dan walapun hanya lima biji pisang sira, dimakan oleh satu kelarga besar, ia cukup untuk kami.
walaupun ruang makan FH terhad dan menu yang tidak banyak bilangannya, tapi aku terasa lapang dan selesa untuk menikmati menunya yang berhemah. kerabu pucu paku, ikan masak taucu dan ayam goreng pedas, tapi aku pilih soto. one day nanti aku nak ajak korang berdua makan sini...to both of u, we can share the moment while having a good food..i mean it!

Note: Allah..thanks for giving me a loving family, a good friends, a nice food and a great day since i started my1st breath long time ago..

8 comments:

  1. weh, nak follow ar...!

    ReplyDelete
  2. SM, boleh. mai kita set date...mana NP neh...

    ReplyDelete
  3. mmm sedapnya.. makanan dulu2 yg jarang jumpe
    lagi 1 suke serawa durian makan dgn roti jala..superb

    ReplyDelete
  4. MZ..try p cawan kat bangsar, ada ubi kayu rebus, pisang rebus..eksotik food ada kat situ..kalu makan nasi, gedabak gitu, kena makan 2 orang baru habis..

    ReplyDelete
  5. sorry lambat chek in...

    makanan yang sikit tapi makan rebut2 memang best
    makanan yang banyak tapi makan sorang2 memang tak best..

    SM: sure ker nak ikut??

    MN: semua menda dia suka....:P

    ReplyDelete
  6. hihi..ya betul..so bila nak buat operasi shapedek ni? i got few places to introduce to u..
    mari kita paksa SM ikut...kita buat style paksarela..hahaha

    ReplyDelete
  7. hey i'm nervous okay...wahhh tetiba lak mcm nak blind date ..eh memang blind date apa..

    ok konon i pakai kebaya nyonya, sanggul tingkat2 mcm bini si simpson, pastu letak bunga ros merah..

    u pulak baju kebaya nyonya, pastu selit bunga ros putih kat sanggul..

    SM pulak, pakai baju melayu siap tengkolok bagai... maklumlah aura raya...

    ReplyDelete
  8. ampun mak datuk...funny gila scenario tu...kalau real..musti i gelak berderai2 air mata..

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...