Saturday 20 August 2011

belajarlah memaafkan...walaupun sakit

di kiri aku E dan di kanan aku G..
aku sentiasa menjadi pendamai dan kadangkala aku terpaksa menyisihkan diri ketika mereka mempunyai perancangan yang tidak memerlukan aku hadir di antara kedua-duanya..namun jarang aku disisihkan..
pada satu ketika sekitar 96..
G mendatangani aku: V...aku nak bertunang dengan E.
Aku gembira mendengarnya walaupun tahu aku akan kehilangan sahabat paling luhur..
esoknya, E mendatangi aku: V, kau restui kami kan...aku akan hantar tanda untuk G
akulah manusia yang paling bersyukur andai kedua-duanya berjaya disatukan, kerana aku tahu pahit getir yang mereka lalui..
dalam pada itu, G sibuk menyediakan kelengkapan pertunangan yang tidak lama lagi..
dan aku meneruskan nafas di dalam arus kehidupan yang sungguh mencabar..
kukira tugas aku usai sudah kerana mereka bakal bersatu
beberapa bulan..aku yakin mereka bahagia
G mengutus selembar ayat di skrin telefon aku: V, E tidak muncul saat kami hampir amat bertunang...
aku berasa darah berhenti mengalir dari setiap pembuluh saraf

dan awal tahun ini, E menghubungi aku: V aku tidak ada alasan untuk diberikan..dan aku tidak dapat memaafkan diri aku sendiri...apa lagi perlu aku lakukan V, hidup aku sengsara...
kedua-dua E dan G sudah menentukan halatuju hidup masing2 dan  menjalani kehidupan sederhana bersama pasangan..namun sesekali dan kadangkala, aku masih lagi menerima mesej ringkas daripada kedua-dua...
G: V, kenapa E sanggup mencalar hati aku begini...
E: V, kenapa aku tega melupakan detik itu...dan aku sakit yg amat kini..kerana tidak dapat memaafkan perbuatanku kepada G..

baru sekejap tadi, selepas berbuka puasa....mesej ringkas E masuk ke telefon aku:
V, baru aku sedar, setiap kali aku di KL ada suatu macam pembunuhan rasa di dalam...
Aku: Pembunuhan rasa...kau belum mampu menafikan rasa itu ya...
E: Tak masuk KL, rasa nak masuk...
Aku: Masuk je, jangan terlalu berkira dengan diri sendiri...hidup ini singkat je, go ahead...
E: Aku sakit...
Aku: Ada pilian?
E: Ntah...tapi aku memilih untuk memelihara semua ingatanku. Sakit, tapi begitulah hakikat..maaf V, aku tak mampu tahan kali ini...terpaksa bercerita..
Aku: Kau harus terima hakikat..ia akan sentiasa di sisimu...sampai akhir hayat...
E: Aku kat Merapoh dah, ptg tadi aku ambil keputusan utk keluar dari KL, sebelum rasa di dalam semakin parah.
Aku: Kadangkala kau kena telan juga walaupun ia adalah duri

Walaupun sudah sejuta kali aku nyatakan kepada kedua-duanya: G, kau belajarlah memaafkan E...dan E pula, kau belajarlah memaafkan dirimu atas khilaf yang sebetulnya mencalar seluruh kehidupan G...

Akukah yang hipokrit, kerana meminta kedua-duanya belajar memaafkan, walaupun aku sendiri, mengambil masa bertahun untuk mengucapkan sepatah kata...MAAF..kepada dia, yang menumpahkan warna suram ke dalam katarsis aku..sepanjang hayat aku dikandung badan...dan sakitnya masih bersisa kerana memaksa diri, menyebut maaf...

12 comments:

  1. betapa sukar untuk kita memohon maaf, begitulah juga sukarnya untuk kita memberikan kemaafan kepada orang yang kekhilafannya itu telah mencalar hidup seseorang (atau diri kita) terutamanya orang yang kita benar-benar sayang...

    ReplyDelete
  2. tertekan..luka..ngilu..menjadi santapan yang paling susah untuk ditelan apabila berada dalam situasi ini...antara memberi dan memohon, kedua-dua sulit untuk dizahirkan...

    ReplyDelete
  3. korang ni bersastera bagai....

    i, no no no...no maaf maaf... lantaklah dia kat situ... baik baik juga...

    pada ketika tu, muka dia berlagak habis...konon cinta gila kat betina tu...konon i ni tak ada makna dah dalam hidup dia...

    biarlah seratus tahun i hidup namun sorry nak maaf2... eeeh tetiba emo lak....ha ha ha...

    ReplyDelete
  4. NP: bersastera bagai, kasi ada umphhh sket kan...ala maaf la sangat..dalam hati tak siapa tahu..ingat senang nak maaf seratus peratus? owhhh no! no bebeh...itu pun 10% je tu...

    ReplyDelete
  5. LW: apa kata tuturkan saja kata maaf itu. maaf yang cuma di bibir...
    NP: nak straight to da point, rasa macam tak berapa nak mari ar...

    ReplyDelete
  6. SM: its not easy as 1 2 3 or A B C beb...bak kata maroon 5...sorry seems to be the hardest word!!!

    ReplyDelete
  7. bak kata sir elton john la...

    ReplyDelete
  8. i tak maafkan 100%
    senang2 dia jer cakap sorry..
    perbuatan dia tu buat i suffer okay..
    tak semudah tu...

    ReplyDelete
  9. Okeh...I x tau a real story but then maybe dia deserve untuk tidak dimaafakan...

    ReplyDelete
  10. u tak tahu the real story?
    mana mungkin....

    ReplyDelete
  11. i tahu base on buai laju2..kalau i tahu dari biru is blue sejak awal..lagi best nak cincang

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...