Sunday 7 August 2011

..we never know..

Jam 3 petang semalam..aku bakar kek etc..
tetiba ada sms masuk
"LW..J ada kat Ampang Puteri, dah 3 hari..."
"Nape? Sakit apa?" aku tanya.
"Diabetic..and mild stroke.."
"Ya Allah..kenapa baru bitau?"
"Saraf muka terjejas gak, ada herot sket.."
"Dia boleh makan tak...?"
"Boleh, wad tingkat 5..."
Aku pun cepat2 siapkan kek. Lepas asar bergegas ke sana.
Alhamdulillah J ok, boleh jalan semua cuma muka jatuh sket..aku tengok wajah dia sedih je..
maybe dia tak sangka..her ex inlaw (me) nak jenguk dia di hosp.
we had a good chat..from one topic to another topic..
finally dia tanya juga soalan bonus..
"Kak LW, x nak join kami lagi ke..raya ni jom balik BS.."
Aku sentap...sendu pun ya..dia tak tahu hati aku cedera
apabila fikir mengenai abang dia
ye lah..aku rasa kita mesti nak yang terbaik dalam hidup
kita mesti nak settledown dengan aman
dengan org yang kita sayang
aku sentiasa imagine
pada usia ini
kami boleh sama2 solat berjemaah
kami boleh sama2
menghirup angin nyaman
selepas keluar surau balik terawih
malah aku sentiasa fikir
kami boleh sama2 berdoa
di hadapan sepinggan nasi
rezeki yang kami cari dengan titik peluh halal
tapi angin kepatahan sayap
angin pun tidak mahu berhembus
yang ada cuma nyala rasa ngilu
aku pun tiada kudrat
untuk menukangi sesuatu yang hampir runtuh
J..kalau J tahu
saat kami berbual ini
hati aku sudah retak sejuta
pada sebuah institusi
yang dinamakan perkahwinan
maaf J,
ngilu sebuah kehidupan
mencalar peta hidup..
* * *
dan aku memandu balik
sambil mencongak
adakah lagi sejalur cahaya
di hujung jalan
buat aku
menyuluh langkah
Allah..aku mohon
aku mohon
berilah aku peluang
walau sedetik
untuk mencium
bau kasturi
pada sebuah pengembaraan hidup.

No comments:

Post a Comment

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...