Saturday 13 August 2011

Sina hari ini..

letak saja namanya Sina...(bukan Sinar FM ya..)
usia awal 30-an...sedap mata memandang
walaupun bekerja sebagai cleaner saja di serdang
hari ini, nasibnya di hujung tanduk
saat aku lihat dia di wad
dia senyum saja
walaupun ada pendakap pada leher
dia cuba nak bercakap dan bersalam
tapi aku lagi cuba tahan dia supaya jangan bergerak
laporan perubatan belum keluar
kalau ada saraf pada leher yang rosak
dia akan lumpuh seumur hidup
kenapa?
kerana dia dipijak, tendang dan pukul
oleh suaminya yang sakit mental..
walhal aku sudah berpesan kepadanya
kalau nak selamatkan diri, datang saja rumah aku
dia masih berfikir2 untuk bertindak
dan penyudahnya...dia adalah wanita yang seperti aku ziarah hari ini...
nasibnya di tangan doktor..
dia yang aku sanjungi kerana menumpahkan kudrat
menjaga arwah Maa semasa hayatnya dulu..
dia bekas maid aku seketika dulu..
semoga Allah memberikan dia sedikit peluang menikmati kehidupan aman

*perempuan2 di luar sana..
jangan sekali-kali berserah pada takdir
walaupun kita selalu dengar orang kata "...dah takdir..."
bukan, bukan macam tu...
sesetengah hal boleh kata begitu
Sina, kehidupannya tidak bersinar seperti namanya
bahkan malap dan suram
aku harap dia bukanlah orangnya yg akan menghabiskan seluruh kehidupan dengan terlantar....

6 comments:

  1. "kalau nak selamatkan diri, datang saja rumah aku. dia masih berfikir2 untuk bertindak"
    ...dia teragak-agak untuk membuat keputusan ketika keadaan genting itu, sebab...

    ReplyDelete
  2. bendanya berlaku tiba2..last nite jam 2 pagi dia kena hentak lakinya yang ada mental problem..dia start motor keluar p balai polis dan rebah di balai polis. ambulan datang ambil bawa ke hospital dan kini tulang belakang retak dan saraf leher terjejas..tapi belum finalised...

    ReplyDelete
  3. org yg terlalu berserah pada takdir pada gua bodoh..selain dari doa boleh mengubah takdir, usaha jugak perlu ada.br bertawakal dan berserah..

    smga beliau cepat sembuh..knp perlu masih bertahan dgn suami yg mcm tu..selesaikan je kt mahkamah...setel

    ReplyDelete
  4. aku benci pada orang yang berkata...itu adalah takdir...
    hey come on lah.. takdir tetap ada tapi kita perlu usaha, bila usaha itu tidak diizinkan maka barulah berkata... aah sudah takdir...
    jangan cepat mengalah pada takdir semata2...

    ulat dalam batu pun boleh hidup..
    yaaa sebab ulat tak perlu pergi isetan klcc untuk shopping... bukan mcm manusia....

    semua orang sayangkan suami tapi kalau suami yang mental suka pukul2 isteri, lariiiii atau report polis... buat apa nak tunggu lagi...

    ReplyDelete
  5. kamen..dalam kes budak ni..aku x sure apa masalah sebenar dia masih lagi nak bagi chance pada laki biul tu...but then lepas aku da tau nak suruh dia buat apa...dengan segala bagai kecederaan yang dia alami, mahkamah syar'ie berhak memutuskan talaq kalu somi dia x mau lepaskan sekali pun...bukan aku nak suruh dia runtuhkan rumahtangga dia tapi aku tak mau nyawa dia habis kat tangan somi dia...

    ReplyDelete
  6. Net..dia dah bersetuju nak mengubah takdir dia selepas i visit dia siang tadi, dia naive sangat pasal hak2 wanita and i will lead her for that, kalau dia tahu hak wanita, dia x aan jadi begini...ini bukan 1st time kena...awal tahun hari tu kalu tak silap i dia misscariage sebab kes yg hampir serupa...

    ReplyDelete

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...