Saturday 13 August 2011

open email to Maa...

Assalamualaikum Ma..
Maa apa khabar? Maaf, saya dah lama tak berziarah ke rumah Maa..
Saya yakin, Maa tahu kenapa saya tidak mengunjungi Maa..
pastinya rumput dan semalu sudah mula meliar di tepi-tepi batu
pasti juga tanah sudah mula mendap, sebab 2 3 petang ini hujan gugur membasahkan bumi
jiran-jiran Maa pun tentu tertanya-tanya kenapa saya tidak muncul di rumah Maa...
sebab kalau saya muncul, mereka juga akan dapat hadiah..
Maa..ampunkan saya
kalau saya tidak berziarah ke rumah Maa sekalipun
saya sentiasa menyediakan hadiah untuk Maa, Abah dan Nenek
Setiap hari sambil memandu saya menyediakan tiga sampul surat putih untuk Maa, Abah dan Nenek
dan hari Jumaat saya menyediakan hadiah yang lebih lagi untuk Maa kongsi bersama Abah dan Nenek..
tiada apa yang saya boleh hulurkan
kecuali hadiah yang saya titip setiap hari, untuk menyuburkan ingatan saya kepada Maa dan mereka
tiada apa yang boleh menghubungkan kita
kecuali sedekah dan amal jariah yang saya lakukan untuk menggembirakan Maa, Abah dan Nenek
dan kali terakhir saya berkata-kata kepada Maa...
30 Mei 2011, jam 21.30pm, saya mohon Maa doakan segala urusan saya dipermudahkan Allah..
dan Alhamdulillah..saya yakin doa Maa diangkat ke pintu yang terbuka di langit kirmizi
ketika saat anak Adam ini menuju sakaratul maut..
entah bila pula saat saya, akan berangkat ke sana
menemui Maa, Abah dan Nenek
saya mohon, Allah menjemput saya dalam keadaan terpelihara..
Al-Fatihah...

Email to: maryam binti halimah, nisan bertanda 821, perkuburan Islam, Taman Universiti, Bangi.

Nota1: Al-Fatihah juga untuk arwah Shafie Md Nor, Halimah Awang Seman dan Mahani Taib, semoga Allah mencucuri rahmatNYA ke atas mu..

Nota2: Maa...kalau Maa ada ketika ini tentunya saya sudah menyediakan Maa untuk injection insulin dan 250 ml Glucerna...saya akan sentiasa mengenang saat itu...

3 comments:

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...