Tuesday 9 August 2011

Damit

Tiba-tiba aku terkenang Damit
dia baik..
aku kenal dia hampir dua tahun
setiap hari
dia tak pernah gagal
muncul di skrin komputer
menghantar isyarat
bahawa dia ada di sebalik skrin cahaya itu
dia peramah
satu forum suka dia
ada saja info dan isu yg dia kemukakan..
katanya
dia beruntung
kerana ada ramai forumer cyber
yang dia boleh buat kawan
termasuk aku
satu hari tu..Damit tak muncul
paling tidak pun dia akan login
letak status
sama ada dia ada kes atau tak de
hari kedua Damit tak muncul juga
aku dan forumer lain resah
sebab Damit tidak pernah gagal
dan sentiasa menepati kata
sebagai majistret
dia memang punctual
hari ketiga kami berasa kehilangan Damit
walaupun masih belum tahu
statusnya ketika itu.
Selang beberapa hari
ada berita di suratkhabar
"Majistret ........ditemui meninggal dalam bilik kediaman.."
apabila diteliti
maklumat itu menepati Damit yang kami kenali
sedih yang amat
Damit yang kami semua rindui
meninggal keseorangan di bilik penginapannya di Miri
akibat deman panas
dia ditemui selepas dua hari menghembuskan nafas
namun
jasadnya sempurna
dan tiada bau
kerana suhu sejuk penghawa dingin
menjadikan tubuhnya kaku
..tiba-tiba..
aku sedar
im a 'vampire'
who live alone
and curse to be alone
is sadness
penghawa dingin semakin sejuk
dan sejuk..
Al-Fatihah untuk Damit
semoga rohmu sahabat
dicucuri rahmat ALLAH sentiasa...

Location: Windsor
Time: 3.49am
Circumstances: Down n pressure
Mood: Sadness
Date: 9 August 2011

1 comment:

Patin Tempoyak Kak Nik..

Saya tak pernah cuba patin tempoyak di Kedai Kak Nik walaupun dah banyak kali ada rakan beritahu masakan patin di kedai berkenaan sedap d...