Sunday 21 August 2011

andai aku ada pilihan untuk tidak menjadi manusia...

aku ngeri untuk melalui atau melepasi mana-mana kedai buku kerana tidak lain dan tidak bukan, jika aku singgah, pertanyaan yang akan diajukan adalah: do you hv any book abt vampire? dan jual beli akad niaga pun berlaku kerana imej itu sentiasa menarik perhatian aku untuk diteliti. ampunkan aku ya Tuhan.
bukan aku tidak bersyukur, jauh sekalu menyesali kejadianNYA tetapi, menjadi manusia bagi aku
buat masa ini, amat sukar apabila berada dalam keadaan antara sedetik untuk memilih lorong mana yang harus aku tuju kerana tiada sejalur cahaya sebagai penyuluh, yang ada hanyalah kegelapan yang membutatuli, kegelapan yang maha gelita walaupun aku sentiasa mencari cahaya itu, ia tidak muncul. adakah ini suatu hukuman  yang harus aku tanggung sehingga akhir hayat..adakah tidak menjadi manusia itu lebih mulia...andai benar...ya Tuhan..aku dalam kegalapan.

12 comments:

  1. kau dah terlalu obses dengan kegelapan, sehingga menjadikan vampire itu sebagai satu titik rujukan...

    ReplyDelete
  2. Bukan...itu adalah satu escapism saja Dan vampire itu adalah satu metafora drpd masa lalu yang sehingga kini masih terasa ngilunya...

    ReplyDelete
  3. tapi emosi kau sering terjurus ke arah kegelapan tanpa kau semdiri sedar atau mampu mengawal...

    ReplyDelete
  4. Aku kadangakala tidak sedar..atau lebih tepat aku tidak mampu mengawal minda kerana beban yg maha berat...

    ReplyDelete
  5. beban itu datang dari luar, mengawal itu adalah dari minda kau sendiri. apa kata setiap kali lalu bookstore, kau cari buku koleksi jamie oliver. atau sesuatu yang dapat melarikan perhatian kau daripada dunia-dunia gelap yang cuma sesuai untuk tempoh hibernasi panjang. reasonable tak idea aku ni?

    ReplyDelete
  6. sangat reasonable..bak kata ko..buddy yang baik akan sentiasa bersetuju sebanyak 80% setiap kali buddynya membuat kenyataan...ahahaha..
    anyway..i hv a lot of cook book collection and now start to collect a book of darkness of vampire.

    ReplyDelete
  7. apa kata kau cari pulak buku adam liaw, juara masterchef australia season 2. lupakan je dulu zaman gelap pekat si vampire tu.

    ReplyDelete
  8. nak best, buku junior masterchef australia ada tak? heee......

    ReplyDelete
  9. SM nafsu aku choii la dgn buku masakan kini tp cukup terangsang dgn makhluk yang tidur di siang hari Dan memburu pada waktu malam...nocturnal bliss...o yeah...hahahaha...

    ReplyDelete
  10. apa isi kandungan novel ni?

    ReplyDelete
  11. aku baru saja bermesra dengan beberapa chapter awal, belum lagi bercumbu rayu dengan chapter seterusnya, bila dah menerokai keseluruhan chapter..aku bitau...

    ReplyDelete

Aidiladha beberapa tahun ini..

 Tiba-tiba teringat pasal sate pulak tengah hari ni.. Aidiladha aku tak pernah sama setiap tahun. Pada tahun 2014, aku  beraya di Brockley. ...